MJH8

1.2K 130 9
                                    

Lima bulan telah pun berlalu dan Jin masih belum sedar dari kemalangan haritu. Setiap hari kawan-kawannya melawat Jin dan setiap hari jugalah mereka hadap Jin yang suka menangis dari tidur. Baru 5 bulan, hari-hari makin teruk perangainya dan terpaksalah mereka bawa balik Jin ke rumah. Dan itu pun permintaan mereka kepada doktor di hospital itu.

"Namjoon hyung, bila Jin hyung nak bangun? Dah 5 bulan dia tidur tapi masih lagi tak bangun-bangun" rungut Jimin pada Namjoon yang sedang mengelap muka dan tangan Jin yang dilakukannya setiap hari.

"Tak tahulah Jimin. Kalau dia koma lama sangat.. hyung risau kalau dia amnesia pula lepas ni" kata Namjoon. Jimin memuncungkan mulutnya ke arah Jin yang sedang terbaring kaku lagi.

Dia memandang sahaja muka Jin dan terlihat air mata keluar dari mata tertutup Jin. Apa sebenarnya yang jadi ni?

"Hyung, Jin hyung menangis!" Kata Jimin separuh menjerit.

"Takkan kau tak biasa Jimin. Dia memang tiap-tiap malam menangislah. Lepas ni eloklah. Dah malam sangat ni, kau pergi tidur eh" Jimin mengangguk dan akur dengan arahan Namjoon.

"Janganlah menangis hyung. Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap. Walaupun kau masih lagi berbaring macam ni, ada lagi yang boleh jaga adik-adik kesayangan kau. Kami minta maaf sebab dah berlaku kurang ajar pada kau hyung. Aku minta maaf dah kutuk kau"

Namjoon mengesat air matanya yang tumpah setitik.

"Aku harap kau bangun. Kami rindu kau hyung. Rindu nak dengar kau bercakap, rindu nak dengar kau membebel tak ke sudah, rindu nak makan masakan kau dan aku rindu nak tengok mata kau. Hyung aku harap kau bangun hyung"

Tanpa sedar kawan-kawannya yang lain melihat mereka berdua dengan sayu. Ada yang sudah menangis, siapa lagi kalau bukan Jungkook. Ada yang memandang bawah. Mereka semua mengharapkan benda yang sama

"Jin hyung bangunlah. Kami rindu hyung"
...
"Namjoon hyung? Yoongi hyung? Korang masak apa sampai lama sangat duduk dapur. Masak ke berdating?" Tanya Taehyung.

"Banyaklah kau punya dating. Itu Namjoon dengan Jin hyung je. Aku tak okay aku tak" Namjoon sudah menjeling tajam pada Yoongi.

"Senang-senang dia je, aku dating dengan Jin hyung. Sepak juga kang baru tahu hyung ni"

"Apa benda pandang-pandang? Aku tahulah aku handsome"

Taehyung: ....

Namjoon: ....

Skip

"Okay siap pun makanannya." Namjoon meletakkan bekas makanan ke atas meja dengan gaya Kim Seokjin si isterinya.

K joke.

"Hyung? Hyung ni Jin hyung ke Namjoon hyung?" Tanya Jungkook pada Namjoon. Terus Namjoon pura-pura tak tahu dan duduk di sebelah Yoongi

"Kook rindu Jin hyung" Jungkook mengalihkan pandangannya pada Jin yang masih lagi terbaring kaku.

"Takpe Jungkook. Lepas ni kau nak tenung dia, tenunglah. Aku tak kisah" kata Hoseok. Jungkook menangguk lemah dan makan makanan yang sudah dimasak oleh Namjoon dan Yoongi.

Bersambung

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now