S2 - 01

1K 76 1
                                    

Seokjin yang sibuk menyediakan sarapan pagi terlihat Jungkook sedang turun dari bilik dan sudah siap dengan pakaian seragam sekolah tinggi di mana Jungkook belajar.

Jeon Jungkook adik kepada Kim Seokjin. Nama ayah saja yang lain kerana Jungkook adalah anak angkat pada keluarga dan menjadi adik kepada Seokjin. Keluarga Jungkook sudah tiada sejak dia berumur 4 tahun kerana kemalangan semasa mereka on the way mengambil anaknya di rumah pengasuh dan pengasuhnya adalah keluarga Kim.

Memandangkan Seokjin sudah pandai menyara dirinya dan berkerja, dia membeli sebuah rumah banglo untuk duduk di sini bersama Jungkook dan dirinya. Dia tidak mahu menyusahkan ibu dan ayahnya yang sudah meningkat umurnya.

Berbalik pada cerita. Jungkook duduk di atas sofa sambil memakai stokin hitamnya. Seokjin dengan pantas meluru ke ruang tamu dan menyahut nama Jungkook.

"Jungkook mari sarapan. Kamu kena sarapan dulu kalau tidak mudah sakit di sekolah. Jom." Pelawa Seokjin dengan lembut tetapi dijeling oleh Jungkook sendiri.

Seokjin sudah terbiasa dengan perangai Jungkook ini. Kekadang dia terasa juga kerana Jungkook sebenarnya langsung tidak menganggapnya sebagai abangnya.

"Tak apalah. Aku makan di sekolah saja dan terima kasih sajalah dengan sarapan kau tu." Balas Jungkook sambil msmbetulkan kemejanya. Dia keluar dari rumah dan memakai kasut.

Seokjin mengeluh berat apabila Jungkook masih lagi tidak melayan dirinya dengan baik dan ikhlas. Apa lagi dia mahu buat untuk dia membuka hatinya untuk abangnya, Seokjin? Dalam hati dia berharap agar Jungkook menerima seadanya sebelum dia pergi.

...

"Yow Jungkook. Awal pula ya kau datang sekolah. Selalunya kau paling lambat datang kelas tak pun lepas rehat baru kau datang." Kedengaran bait-bait kata yang keluar dari mulut Jimin seperti memerlinya. Jungkook tidak kisah dengan sindiran Jimin yang penting sekarang ... ada sebab kenapa dia datang awal hari ini.

"Betul tu, Jimin. Ini mesti ada hal kan kenapa kau datang awal begini?" Tanya Taehyung pula. Jungkook hanya memandang mereka berdua dengan pandangan kosong. Mahu saja dia menyepak punggung meteka berdua kerana suka menyakat.

"Heh sudahlah. Aku ada sebab tersendiri kenapa aku datang sekolah awal hari ini. Dah berambus aku nak pergi tidur ni." Jungkook menolak perut mereka supaya jauh dari mejanya. Mereka berdua hanya ketawa mengekeh dan menurut sahaja kehendak Jungkook.

"Taehyung, apa kata lepas balik ni kita jumpa Seokjin hyung di pejabatnya? Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu sangat dengan abang kita seorang tu." Taehyung hanya mengangguk dan dia pun merasakan benda yang sama seperti Jimin rasakan. Mereka berdua memang terlalu rindukan Seokjin hyung.

Tapi rasa sedih terbit apabila terkenang keadaan Seokjin kerana mereka tahu apa yang dihadapi oleh Seokjin sendiri. Jungkook pun tidak tahu langsung tentang ini.

...

To Be Continued

...

Okay S2 dah pun dipublished ❤

Harap okaylah ❤

Ayu akan update fanfic ni selepas habis exam awal tahun ❤

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now