Jungkook yang sedang melayan lagu terganggu dengan usikan dua orang kawannya iaitu Park Jimin dan Kim Taehyung.
Mahu sahaja diluku dua orang ini kerana terlalu bising dan suka sangat mengusik orang.
Bukan tidak kenal anak Jeon yang ramai peminat ini. Dia seorang yang pendiam, sombong dan tidak suka bergaul dengan orang. Entah bagaimana dua orang itu boleh menjadi kawan baiknya.
Oh lupa ini kerana mereka anak angkat kesayangan Kim Seokjin. Gumam Jungkook perlahan.
Apabila teringat tentangnya, perasaannya bercampur baur dan akan teringat kejadian ngeri yang melibatkan ibu dan ayahnya sehingga kemalangan.
"Oi, jomlah main bersama. Tak bosan ke asyik bersendirian?" Taehyung dan Jimin mengambil tempat duduk di sebelah kanan dan kiri Jungkook.
Niat mereka bukan untuk bermain tapi untuk bertanya keadaannya dengan Seokjin.
Ini pun idea yang datang dari Namjoon untuk menolong Seokjin dan Jungkook bersatu semula.
"Tak." Jawab Jungkooh sepatah. Memang beginilah jika bersembang dengan anak Jebon yang bernama Jeon Jungkook.
"Ugh, whatever! Aku nak tanya kau something boleh?" Tanya Jimin pula. Harap tiada apa yang berlaku jika bertanya soalan yang agak sensitif bagi budak gigi arnab ini.
"Apa?"
"Macam mana keadaan kau dengan Seokjin hyung?" Tanya Jimin sedikit gerun takut-takut Jungkook bertindak luar kawalan.
Jungkook sedikit tercabar dengan soalan sebegitu. Mana tidaknya, soalan sensitif yang diberi.
"Kenapa kau tanya?" Tanya Jungkook lagi. Malas mahu bertekak dengan Jimin dan Taehyung ini.
"Tak adalah. Aku just tanya je. Kau masih tak nak terima dia ke lagipun Jin hyung memang nak kau jadi ad---"
"Enough Jimin! Aku tak nak dengar lagi pasal dia. Kalau kau tanya lagi, aku tak akan jawab langsung." Jerit Jungkook membuatkan Jimin dan Taehyung terkejut.
Lantas lelaki itu bangun dan membuka langkah pergi dari situ meninggalkan mereka berdua.
"Macam mana ni, Taehyung?" Tanya Jimin pada rakannya tapi tiada langsung suara yang euar dari mulut Kim Taehyung itu.
Jimin mengeluh berat.
...
"Seokjin, hari ini kau dah boleh balik jadi aku hantarkan kau eh." Hoseok mengemas beg pakaian Seokjin.
"Terima kasih." Hoseok hanya tersenyum dan menerukan kerjanya mengemas beg pakaian itu.
"Seokjin, aku nak tanya boleh?," Lelaki itu hanya mengangguk perlahan.
"Apa penyebab yang sebenarnya hubungan kau dengan Jungkook jadi macam ni?" Jelas terpapar wajah Seokjin berubah apabila bertanyakan soalan itu.
"Kalau kau tak nak cerit---" Kata-kata Hoseok terhenti apabila Seokjin menyapa bahunya dengan lembut.
Dia memandang Hoseok sambil tersenyum nipis dan senyuman yang sedih.
"Kerana kemalangan dan salah faham penyebab aku dan dia jadi macam tu"
...
-TBC-
...
Hua ayu nak habiskan cepat fanfiction nih.
Ending dia nak sad or happy?
Heheheh
YOU ARE READING
[√] Mianhae Jin Hyung.
Fanfiction[S1 & S2] Warning | Cerita yang mengarut dan penulisan yang agak kucar-kacir. " Maafkan hyung sebab hyung tak dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik hyung. " Aku tak diminta dilahirkan ke bumi dengan cara adik-adik yang aku sayang melayan aku d...