Seokjin's pov
Kejadian ini berlaku semasa aku meningkat ke alam remaja. Dan pada waktu itu, aku berumur 16 tahun dan Jungkook baru berumur 10 tahun. Beza 4 tahun sahaja umur kami berdua.
Aku dan Jungkook terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kerana perangai masing-masing yang membuatkan kami berdua rindu nak berjumpa dan bermain bersama. Siapa sahaja yang tak gembira dapat adik angkat seperti Jeon Jungkook itu?
Jungkook adalah anak yang diasuh oleh ibu aku kerana dia adalah suri rumah dan ayahku tidak membenarkan ibuku berkerja jadi dia mengambil keputusak untuk menjadi pengasuh anak-anak kerana dia memang sukakan kanak-kanak terutamanya bayi.
Tapi semuanya berubah apabila aku tidak sengaja membunuh kedua-dua ibu aku kerana tindakan cuai semasa hari bahagia Jungkook yang ingin menyambut hari jadinya.
"Hyung!" Panggil Jungkook dari luar pintu mengejutkan aku yang sedang membuat kerja rumah.
"Masuklah." Jungkook hanya mengikut dan berjalan ke arahku sambil tersenyum hingga ke telinga. Aku rasa aku tahu apa yang mahu diberitahu itu.
"Hyung nak tahu tak esok birthday Jungkook. Mak ayah kookie bagi hadiah besar nanti tapi diorang kata ada hadiah lagi besar oleh someone. Tapi siapa? Hyung tahu tak siapa?" Tanganku digoyangkan olehnya membuatku ketawa kecil. Dia terlalu comel seperti anak kecil.
"Hurm ... hyung tak tahulah tapi esok kookie tahu juga. Dah pergi tidur sebab esok kookie kena bangun awal." Jungkook hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Goodnight hyung." Aku hanya membalas dengan senyuman sebelum dia berlalu pergi.
Aku menghempaskan badanku ke atas katil. Kami semua sudah tahu kemana kami akan menyambut hari jadi Jungkook itu. Dan ya aku akan membawa ibu bapa Jungkook ke tempat itu.
...
Hari yang paling dinantikan oleh Jungkook. Hadiah di dalam kotak yang sederhana besar itu sudahpun diletakkan ke dalam bonet kereta. Ibu bapa Jungkook juga sudahpun berada di dalam kereta seat belakang.
"Cepatlah, Seokjin. Nanti tertunggu pula kookie tu nanti." Sapa puan Jeon dengan lembut. Aku hanya tersenyum dan mengambil tempat duduk di seat pemandu dan memakai tali pinggang untuk keselamatan.
"Saya harap kookie sukakan hadiah yang kita bertiga beli tu. Ya kan?" Selepas beberapa minit melanda kesunyian, encik Jeon bersuara.
"Saya pun berharap jugalah dia sukakan hadiah tu. Lagipun kita mengharapkan Seokjin sahaja."
"Eh tak apalah eommonim. Lagipun saya gembira kalau tengok Jungkook gembira." Mereka bertiga tersenyum dan meneruskan perjalanan.
Semasa Seokjin ingin membelok ke simpang kiri, tiba-tiba sahaja ada kereta laju yang menuju ke arah mereka. Tidak sempat untuk mengelak, mereka sudah dilanggar dengan teruk.
Keadaan ibu bapa Jungkook yang sudah terbaring dengan banyak kesan lumuran dari kepala mereka. Keadaan Seokjin dengan kepalanya disandarkan kaca tingkap yang pecah. Disebabkan ianya pecah, kepalanya diturunkan dan menyebabkan satu kaca tertusuk di kepalanya membuatkan mukanya lebih pucat dengan teruk
Mata Seokjin terbuka perlahan-lahan dan kelihatan dia berada di dalam kereta dengan keadaan yang teruk. Dia memegang kepalanya kerana terlalu sakit. Air matanya juga turut tumpah kerana membuatkan Jungkook kecewa dengan dirinya.
"Ugh, J-Jungkook m-m-mianhae-y-yo tsk--" Rintih Seokjin perlahan sebelum matanya tertutup kembali.
...
-TBC-
...
YOU ARE READING
[√] Mianhae Jin Hyung.
Fanfic[S1 & S2] Warning | Cerita yang mengarut dan penulisan yang agak kucar-kacir. " Maafkan hyung sebab hyung tak dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik hyung. " Aku tak diminta dilahirkan ke bumi dengan cara adik-adik yang aku sayang melayan aku d...