S2 - 16

679 64 2
                                    

" Barah otaknya sudah meningkat ke tahap yang serius iaitu tahap empat. Kalau nak dilakukan pembedahan, risikonya amat tinggi. " Mereka semua terkejut dengan ujaran doktor itu.

" Doktor, kami benarkan doktor untuk buatkan pembedahan ke atas Seokjin. Kami tak kisah asalkan dia selamat. " Doktor itu mengeluh dan menepuk bahu Namjoon.

" Kami akan cuba sedaya upaya. Bawa pulang dia dahulu dan kami akan sahkan bilakah tarikh untuk pembedahan itu dijalankan. " Namjoon hanya mengangguk dan mengucapkan terima kasih pada doktor itu.

Namjoon, Hoseok dan yang lain masuk ke dalam wad Seokjin yang sedang terbaring. Badan Seokjin diangkat dengan perlahan dan dibawa pulang ke rumah mereka.

Seokjin membuka matanya. Dia cuba bangkit daripada situ dan keluar daripada biliknya. Pandangannya masih lagi kabur tetapi dikudratkan juga untuk melihat dan bergerak.

Kelihatan Namjoon dan Yoongi sedang memasak di dapur. Hoseok pula sibuk membasuh sayur-sayuran. Jimin, Taehyung, dan Jungkook sudah pun ke sekolah.

Seokjin tersenyum nipis dan menepuk bahu Namjoon yang sibuk memotong bawang walaupun tidak jadi tapi adalah rupa bawang itu.

" Eh hyung dah bangun rupanya. Rehatlah dulu nanti kami siapkan sarapan. " Yoongi dan Hoseok hanya melihat. Namjoon memandang Yoongi untuk menyuruhnya memimpin Seokjin ke ruang tamu.

Yoongi akur dan memimpin tangan Seokjin. Mereka berdua berjalan sehinggalah ke sofa, Yoongi menolong Seokjin untuk duduk.

" Hyung duduk sini dulu tau. " Arah Yoongi. Seokjin hanya mengangguk dan membiarkan Yoongi berlari ke dapur. Sesekali air matanya mengalir secara tiba-tiba.

Buk! Pipi Jungkook ditumbuk sekuat hati oleh Jaemin membuatkan Jungkook terjatuh dan terbaring. Bibirnya pecah akibat ditumbuk banyak kali oleh Jaemin dan rakan-rakannya.

Kali ini perut Jungkook dijadikan mangsa untuk Jaemin menyepak. Darah membuak keluar daripada dalam mulut Jungkook yang sudah tidak bermaya itu.

" Sebab kaulah keluarga aku jadi tunggang langgang. Semuanya disebabkan hyung kau yang malang tu! " Air mata Jungkook mengalir apabila nama Seokjin disebut dan dihina oleh orang di hadapannya.

Dia lemah tidak bermaya itu hanya memandang Jaemin yang memandagnya tajam. Mereka segera pergi dari situ meinggalkan Jungkook yang masih lagi terbaring.

Jungkook cuba bangkit dengan bantuan dinding. Dia berjalan dan mengambil begnya yang terjatuh. Kepala dan perutnya dipegang kerana terlalu sakit sehingga di pertengahan jalan, dia terjatuh dan pengsan di situ.

" Maafkan Kook, hyung. "

...
To Be Continued
...

20 chapter confirmed to finish this fanfiction. Dan last ayu update harini. Ayu akan hiatus dua minggu :(

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now