S2 - 05

669 83 6
                                    

Jimin dan Taehyung sudah berlari untuk pergi ke wad yang ditempatkan Seokjin. Selepas mendapat panggilan daripada Hoseok sebentar tadi, mereka terus gelabah untuk berjumpa dengan Seokjin selepas pulang dari sekolah.

Pintu wad Seokjin dikuak oleh Jimin dan mereka berdua berlari dan melihat keadaan Seokjin. Merela berdua mengeluh lega dan mendekatkan diri mereka pada Seokjin. Tangan Seokjin digenggam erat oleh mereka berdua.

Keadaan Seokjin yang terbaring itu membuatkan mereka sebak. Kepala Seokjin berbalut kerana darah keluar selepas hentakan kuat kepalanya di dinding dek tolakan Jungkook. Dan dia juga dipakaikan alat pernafasan.

"Namjoon hyung, Seokjin hyung tak apa-apa kan?" Tanya Taehyung pada Namjoon. Wajahnya tampak risau kalau ada perkara buruk yang akan dinyatakan oleh Namjoon.

"Dia tak apa-apa, Tae. Tapi ... barah otak dia dah merebak dan sekarang dia meningkat ke tahap 3." Taehyung dan Jimin terkejut dengan keadaan penyakit Seokjin.

Mereka seakan tidak percaya penyakitnya sudah meningkat ke tahap 3. Mahu sahaja mereka berdua menyuruh doktor melakukan pembedahan tetapi Seokjin tidak mahu. Mereka juga langsung tidak tahu apa sebab sebenar

"Kaca yang ada di kepalanya sudah tertusuk dalam. Takut pula ia menjejaskan organ dalamannya. Itu yang dinyatakan oleh doktor tadi." Sampuk Hoseok pula. Mereka mengeluh berat.

"Namjoon hyung, apa kata kita buat pembedahan ke atas Seokjin hyung. Hyung kan boleh tanggung kos pembedahan tu?" Jimin cuba mencadangkan idea. Dia sebenarnya tak sanggup kehilangan hyung yang dia sayang.

"T-tapi---"

"Hyung, aku tahu yang kau memang nak buat tapi kau takut Seokjin hyung tak benarkan. Kau nak ke kalau dia tinggalkan kita? Aku tak sanggup. Aku nak dia bersama kita selamanya. Biarlah dia nak marah kita pun." Air mata Jimin yang ditahan tumpah membasahi pipinya. Mereka menunduk dan terfikir apa yang Jimin katakan ada benarnya juga.

"Baiklah. Kalau itu yang membuatkan kita semua bahagia, aku setuju dan kita akan buat pem---"

"J-Jungkook ..." terputus kata-kata Namjoon apabila Seokjin tersedar dalam tidur sambil memanggil nama Jungkook. Mereka terkejut dan cuba untuk menenangkan Seokjin yang meronta kerana Jungkook.

Air matanya juga turut tumpah. Yoongi berlari mendapatkan doktor setelah diarah oleh Hoseok.

...

Jimin yang ada di sebelah Seokjin memandang hyungnya lama. Wajah Seokjin tampak pucat dan hanya menyentuh makanan dengan sedikit sahaja.

Jimin mengenggamkan tangan Seokjin membuatkan dia tersedar lalu memandang Jimin yang sedang memandangnya.

"H-hyung kau nak makan lagi ke?" Seokjin menggeleng kecil.

Jimin mengeluh dan dirinya teramat risau kerana Seokjin. Hanya dia seorang sahaja yang menemani Seokjin memandangkan semua kena pulang kerana hal masing-masing.

"Hyung ... kalau kau nak tahu, Namjoon hyung akan tanggung kos pembeda---"

"Tak payah. Aku tak perlukan pembedahan untuk pulihkan diri aku. Buat apa aku nak sihat kalau Jungkook tak terima aku sebagai hyung dia?" Jimin terdiam dengan kata-kata Seokjin. Bibirnya dicebikkan untuk menahan tangis.

"Aku cuma nak kau sihat je. Aku tak nak kehilangan kau, hyung." Rayuan Jimin diendahkan oleh Seokjin.

"Aku tetap tak nak buat pembedahan kalau Jungkook masih tak terima aku."

...

-TBC-

...

Okay paipai ❤

Dipersilakan juga baca kerja-kerja ayu yang lain di account ayu okay ❤

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now