S2 - 12

660 67 0
                                    

" Namjoon janganlah macam ni! Aku tak sukalah kalau kau murung macam ni. Kau tak macam selalu. " Hoseok memandang Namjoon yang masih duduk bersandar di kepala katil. Semalaman dia tidak bercakap selepas syarikatnya muflis dan terpaksa ditutup sementara.

" Macam mana aku tak murung, Seok? Syarikat aku dah muflis dan aku yang seorang ni pun tak boleh nak tanggung kau orang berdua. " Namjoon menggosok hidungnya yang terasa perit. Nak menangis rasanya apabila memikirkan tentang syarikatnya. Apa yang Appanya akan kata apabila dia tahu nanti.

Tuan Kim dan Puan Kim ada di Perancis atas urusan kerja memandangkan syarikat di mana Namjoon bekerja adalah paling terkenal di serata dunia dan dikenali ramai. Tapi selepas sahaja muflis, apa yang akan terjadi nanti? Huru-hara!

" Tapi aku tak nak tengok kau macam ni, Joon. Aku tak suka. Please be happy for me and for us! " Namjoon tidak menjawab. Dia memejamkan matanya untuk tenangkan fikiran dan tak nak fikir apa-apa lagi sebelum appa dan ommanya tahu semua benda.

Klak!

Pintu dibuka dan Seokjin membawa dulang makanan dan minuman untuk Namjoon. Memandangkan Hoseok dan Namjoon tinggal di rumahnya sementara dan boleh menjaga Jungkook di rumah jika dia sakit nanti.

" Namjoon makan dulu eh. Janganlah sedih-sedih. " Seokjin mengambil tempat duduk di sisi Namjoon. Nasi goreng kimchi yang dimasaknya tadi diberikan kepada Namjoon tapi lelaki itu tidak mencapainya.

" Joon makanlah sikit. "

" Aku tak nak. " Seokjin mengeluh dan memandang Hoseok. Seokjin tiba-tiba sahaja terbatuk dan berlari keluar dari situ menyebabkan Namjoon dan Hoseok tersentak.

Daripada bilik mereka sudah kedengaran batuk Seokjin yang agak kuat daripada biliknya. Namjoon dan Hoseok berlari menuju ke bilik Seokjin dan kelihatan Seokjin memegang bucu meja untuk menahan dirinya.

Bam!

Seokjin terjatuh. Hoseok segera berlari ke arah Seokjin dan mengangkatnya berbaring ke atas katil. Seokjin sudah terbaring pengsan dan tidak sedarkan diri.

" Aku nak masuk bilik dulu. " Hoseok mengeluh berat. Lepas satu, satu masalah yang datang menghurung kehidupan mereka.

...

" Hei bagi duit kau sekarang! Aku nak duit! " Seorang budak lelaki yang bernama Kim Jaemin mencengkam kolar Jungkook. Muka Jungkook sudah lebam kerana dipukul oleh gangster-gangster di sekolahnya.

" Aku tak ada duit! " bentak Jungkook. Perut Jungkook ditumbuk membuatkan dia mengerang dan terjatuh tetapi dia terpaksa berdiri kerana Jaemin mencengkam kuat kolarnya.

" Penipu! Guys cari duit dia! " anak buahnya hanya akur dan menyelongkar beg dan poket seluar Jungkook untuk mencari duit yang mereka semua inginkan. Mereka terjumpa duit di dalam poket seluarnya dan tergelak.

" Ni apa?! Kertas! Hei kalau ada duit bagi aje jangan malu-malu! "

" Bagi baliklah. Aku perlukan duit tu! " Jungkook cuba mengambil duit yang dipegang oleh Jaemin tapi tidak kesampaian. Mereka tersenyum sinis dan memukul Jungkook sehingga lebam dan cecair likat mengalir dari mulut Jungkook sehingga dia terbatuk-batuk.

" Hoi sial! Kalau kau nak duit mintak mak bapak kau ah! " Seseorang menjerit dan orang itu adalah Park Jimin bersama rakannya Kim Taehyung dan juga Min Yoongi.

" Wei blah! " mereka terus pergi dari situ apabila ternampak Yoongi. Yoongi, Jimin dan Taehyung segera menapak ke arah Jungkook yang sudah terbaring lemah itu.

" Kau okay tak? " Jungkook tidak menjawab persoalan Jimin. Air matanya mengalir apabila satu masalah menimpanya dan tidak sanggup untuk beritahu Seokjin tentang dia dibuli oleh rakan-rakan gangster di sekolahnya dan juga masalah yang menimpa Seokjin iaitu syarikat Namjoon muflis. Mana dia nak cari duit untuk yuran sekolah? Dia tak nak susahkan Seokjin sebab dia... sakit.

" Dah hantar dia ke klinik. " Mereka akur dan memapah Jungkook masuk ke dalam kereta Yoongi untuk membuat rawatan ke klinik.

...
To Be Continued
...

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now