S2 - 02

737 85 5
                                    

Seperti biasa, Seokjin akan berkerja di pejabat. Dia juga ada dua orang kawan iaitu Hoseok dan Namjoon. Seokjin adalah personal assistant kepada Namjoon. Hoseok pula adalah pekerja biasa tetapi memandangkan Hoseok sahabat Namjoon, dia juga turut menjadi personal assistantnya juga.

Seokjin yang sedang ralit menekan keyboard komputernya terganggu apabila salah seorang dari pekerja Namjoon meletakkan fail untuk dihantar kepada Namjoon.

"Seokjin, tolong hantarkan fail ini pada Boss kita untuk di sign. Boleh ya?" Seokjin hanya mengangguk sambil tersenyum dan mengambil fail itu.

Tok! Tok! Tok!

Namjoon melihat ke arah pintu dan menyuruhnya masuk. Seokjin meletakkan fail itu di atas meja. Sebelum memulakan bicara, Namjoon meletakkan jarinya pada bibir.

"Jangan panggil aku bos. Aku dah tahu mulut kau tu macam mana. Cakap sajalah tak formal." Seokjin hanya tersengih sumbing. Namjoon mengambil fail itu dan menjalankan tugasnya yang kecil.

"Macam mana dengan Jungkook harini, Seokjin?" Tanya Namjoon seraya tugasnya sudah habis. Dia memandang riak wajah Seokjin yang berubah itu.

"Kau jangan terasa apa yang aku tanya. Aku nak tahu je. Kalau kau tak nak bagitahu tidak mengapa. Aku fa---" terputus kata-kata Namjoon apabila Seokjin memegang kepalanya dan badannya terhuyung hayang.

Segera Namjoon bangun dan menahan Seokjin daripada terjatuh. Dia menyuruh Seokjin duduk di atas sofa dan memanggil Hoseok untuk mengambilnya air.

"Maafkan aku. Aku tak tahu kau akan jadi macam ni, Seokjin." Namjoon berkata dalam keadaan saya sambil tangannya ralit mengurut dahi Seokjin. Namjoon dan Hoseok tahu apa yang dialami oleh Seokjin.

"T-tak apa. B-bukan s-salah kau pun." Hilang sedikit wajah pucat Seokjin daripada keadaannya yang merisaukan tadi.

Tidak lama kemudian, Hoseok masuk dengan membawa secawan air dan ubat tahan sakit untuk Seokjin makan. Dia duduk di sebelah Seokjin dan menghulur air dan ubat yang sudah di ambil dari plastik ubat tersebut.

"Nah, Seokjin. Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya Hoseok agak risau dengan keadaan Seokjin. Takut ia menjadi lebih parah.

Mereka berdua tidak menjawab. Seokjin hanya mengambil ubat itu dan makan sebelum dia meminum air kosong yang dibawa oleh Hoseok tadi.

Seketika dia menyandarkan kepalanya, dia teringat akan keadaanya dalam masa yang sama dia teringat akan Jungkook. Air matanya gugur perlahan dan bunyi tangis yang tidak sengaja mengejutkan Namjoon dan Hoseok.

"Seokjin." Kata Namjoon dan Hoseok serentak. Mereka sudah terbiasa dengan dirinya yang akan menangis.

"Kalau aku tak bawa kereta dulu, semua ini tak akan jadi. Semuanya sebab aku. Aku yang buat Jungkook jadi benci aku. Dan sebab aku juga ...

aku alami barah otak sekarang."

...

-TBC-

...

S2 ni klishe je ayu buat.

So korang dah dapat agak apa jadi selepas tu kan.

Okay paipai ❤

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now