S2 - 03

693 81 2
                                    

Semua murid 3 Euphoria diminta duduk di tempat masing-masing apabila guru mereka sudah sampai dan ingin memulakan pelajaran iaitu Matematik.

Guru yang mengajar itu adalah Min Yoongi kawan baik kepada Seokjin dan Jungkook, Jimin serta Taehyung sudahpun Yoongi anggap sebagai adiknya.

"Okay murid-murid, buka buku teks bab bentuk piawai. Cikgu harap kau orang semua bagi tumpuan kerana bab yang ini juga masuk dalam peperiksaan kamu nanti." Murid-murid di dalam kelas itu hanya mengangguk dan memberi sepebuh perhatian pada Cikgu Min kecuali seorang sahaja iaitu Jungkook.

Jungkook seperti menulis sesuatu di atas buku. Dan secara senyap dia menuju ke arah Jungkook dan melihat apa yang dibuat dan ditulis olehnya. Terguris hati Yoongi apabila dia menulis sesuatu berkenaan tentang sahabatnya iaitu abang kepada Jungkook juga.

'Aku tak layak ada abang macam Seokjin. Dia pembunuh. Dia pembunuh appa dan omma aku. Layakkah dia menjadi abang aku? Dia memang sial depan aku. Aku benci dia!' Itulah yang ditulis oleh Jungkook. Walaupun bukan berkenaanya tetapi dia tetap terguris dengan ayat itu.

Jimin yang ada disebelahnya memandang Yoongi dengan pandangan sedih dan hatinya juga turut terguris. Hanya Taehyung yang duduk di belakang Jimin sahaja yang tidak mengerti situasi.

"Jeon Jungkook! Kenapa kau tak beri perhatian semasa cikgu mengajar?!" Suara ditegaskan sedikit oleh Yoongi membuatkan Jungkook menutup bukunya. Jungkook hanya memandang Yoongi dengan riak wajah kosong.

"Suka hati akulah nak beri perhatian ataupun tidak." Balas Jungkook dengan selamba. Nafas Yoongi turun naik kerana menahan amarah. Menunggu masa sahaja untuk memukul anak muridnya ini tetapi apa boleh buat. Seokjin sudah memberitahunya agar jangan berbuat apa-apa pada Jungkook.

"Kalau hyung kau tahu macam ini perangai kau macam mana? Kau tahu tak dia tu s--- nak tengok kau berjaya?!" Yoongi sudah tidak tahan dengan perangai Jungkook yang langsung tidak membuka hatinya untuk menerima Seokjin sebagai hyung.

"Sorry, cikgu. Dia bukan abang saya dan saya tak anggap dia sebagai hyung. Dia pem---"

Pang!

Kata-kata Jungkook terhenti setelah dia dilempang oleh Yoongi. Jungkook memegang pipinya terasa sakit dan air matanya turun. Segera bangun dan menolak badan Yoongi untuk keluar dari kelas itu.

Yoongi sudah terduduk di atas lantai dan air matanya juga turun kerana perbuatan dia. Jimin dan Taehyung bangun dan menuju ke arah Yoongi. Mereka segera menenangkan hyungnya daripada menangis dan juga rasa bersalahnya.

"Aku minta maaf, Seokjin. Aku tak sengaja nak buat begitu pada Jungkook." Murid-murid yang lain berkumpul dan menenangkannya tetapi gagal.
Rasa bersalah menghurung dirinya.

"Hyung nanti kita jumpa Seokjin hyung ya. Lupakan apa yang hyung dah buat." Kata Jimin dengan lembut sambil menepis air mata Yoongi dan menggosok belakang Yoongi.

...

-TBC-

...

Uwu kejamnya Jungkook.

Kejap lagi ada watak hiperbola lol.

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now