"Hyung! Hyung buat apa dengan baju baru Jimin ha?! Tengok ni dah luntur warna baju ni hyung buat. Lain kali takyah basuhlah!" Jimin menunjukkan baju yang baru dibelinya semalam kepada Jin yang sedang ralit memandang skrin tv.
"O-oh Jimin mianhae. Tak tahulah baju tu mudah luntur warnanya. Takpelah Jimin kan ada ba----"
"Senyaplah hyung! Hyung ni menyusahkan Jimin jelah. Dahlah baru beli semalam guna duit kumpul, senang-senang je hyung kata takpe" Jimin mendengus kasar dan berlalu naik ke atas.
Yang lain hanya memerhati Jin hyung dengan pandangan kosong. Seperti tiada langsung perasaan kasihan dalam diri mereka. Jin pula sudah terkejut dengan kelakuan kurang ajar Jimin padanya.
...
"Korang mari makan! Hyung dah masakkan makan tengah hari ni!" Jerit Jin seperti biasa selepas menyiapkan hidangan.Mereka berjalan menuju ke dapur dengan malas sekali. Jin pelik dengan kelakuan mereka. Selalunya berlari seperti kandang terlepas dari kandang tetapi hari ini pelik amat pelik.
Mereka duduk di kerusi sambil makan dalam 5 minit, ada yang menguis makanan, ada yang tenung dan ada sahaja yang makan sikit lepastu buang. Siapa lagi kalau bukan Yoongi.
"Yoongi kau makan sikit je? Kenapa tak sedap ke aku masak?" Tanya Jin seraya Yoongi keluar semula.
"Sejujurnya tak!" Yoongi menekankan perkataan tak pada Jin membuatkan dia terasa.
"Dahlah hyung. Takde selera aku nak makan masakan kau ni. Dahlah tak sedap" Namjoon meyampuk lalu menolak pinggan yang berisi nasi ke hadapan dan berlalu naik ke atas diikuti yang lain.
"Apa salah aku pada mereka semua?"
Bersambung
YOU ARE READING
[√] Mianhae Jin Hyung.
Fanfic[S1 & S2] Warning | Cerita yang mengarut dan penulisan yang agak kucar-kacir. " Maafkan hyung sebab hyung tak dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik hyung. " Aku tak diminta dilahirkan ke bumi dengan cara adik-adik yang aku sayang melayan aku d...