S2 - 13

659 63 0
                                    

" Macam mana aku nak bayar duit yuran sekolah kalau duit aku kena curi hiks. " Jungkook tidak berhenti menangis dan mengesat air matanya kerana duit untuk bayar yuran sekolah dicuri. Dia rasa bersalah untuk menyatakan perkara ini pada hyungnya, Kim Seokjin.

Dan sekarang apa yang dia tahu syarikat Namjoon pun sudah muflis dan tidak mampu untuk membayar gaji semua pekerjanya dan tidak mustahil dia mampu untuk membayar gaji pada Kim Seokjin, kan. Dan sekarang apa yang dia perlu lakukan untuk dapatkan duit?

Jimin tidak berhenti mengusap belakang badannya untuk Jungkook berhenti tetapi usahanya sia-sia juga. Daripada mereka pulang daripada klinik tadi, Jungkook langsung tidak berhenti menangis.

" Dahlah Jungkook. Hyung akan usahakan untuk bayar yuran sekolah kau. " Yoongi melabuhkan punggungnya di atas single sofanya. Jungkook terhenti dan memandang Yoongi dengan perasaan terkejut dan tidak sangka.

" Jinjjayo, hyung-ah? " Yoongi hanya mengangguk. Jungkook pula sudah berlari ke arah Yoongi dan memeluknya dengan erat. Yoongi hanya membalas sahaja pelukan adiknya itu.

" Gomawo! Saranghaeyo hyung-ah. Tapi janji jangan bagitahu Seokjin hyung pasal ni okay. " Yoongi mengangguk dan menurut sahaja apa yang Jungkook mahukan. Kalau itu yang terbaik oleh adik dan rakannya itu, dia hanya lakukan. Rambut Jungkook diusap perlahan.

Senyuman Jungkook mula pudar. Dia teringat sesuatu tentang Seokjin. Jungkook cuba tidak luahkan dan hanya memeluk Yoongi. Kepalanya disembamkan pada dada Yoongi. Memang hari-hari Jungkook akan bermanja dengan Yoongi jika berjumpa.

[⚘]

" Namjoon, Hoseok, aku nak keluar kejap tau. " Ujar Seokjin pada dua orang rakannya. Namjoon dan Hoseok memandang Seokjin yang ingin menuju ke muka pintu.

" Kau nak keluar pergi mana? "

" Ada urusan. Kau makanlah nasi goreng Kimchi yang aku masak tadi. " Arah Seokjin. Dia duduk di atas lantai untuk memakai kasut.

Setelah selesai, dia bangun semula dan ingin menapak keluar dari situ tetapi sempat tangan Seokjin ditarik oleh seseorang sehingga dia hampir terjatuh tapi sempat ditahan sehingga dia terjatuh pada dada seseorang itu.

" Yah Namjoon! Kau kenapa? " Tangan yang digenggam oleh Namjoon cuba untuk dilepaskan tetapi tidak berdaya. Seokjin mengeluh dan memandang Namjoon dengan pandangan tajam. Seokjin juga terpandang Hoseok yang ada di belakang.

" Aku tahu kau keluar nak pergi cari kerja, kan? " Dengan secara automatik Seokjin memandang Namjoon dengan perasaan yang tersentak. Terkejut.

" Kalau aku pergi cari kerja pun kenapa? Lagipun aku nak sara Jungkook dan kalau ada rezeki lebih aku boleh sara kita semua. Aku yang bertanggungjawab untuk menyara kehidupan kau orang semua. " ujar Seokjin.

Kali ini dia memang tidak mahu menyusahkan sesiapa dan biarlah dia sahaja yang menyara kehidupan rakan-rakannya walaupun dia sakit. Dia sakit tapi masih berdaya. Dia masih kuat untuk jalani kehidupan seperti biasa.

" Tak aku tak benarkan kau. Kau sakit dan aku tak nak menyusahkan kau. " Ujar Hoseok pula.

Seokjin hanya tersenyum nipis. Tangan Namjoon yang menggenggam lengannya itu dilepaskan lembut. Dia memandang Namjoon dan Hoseok kemudian dia menapak keluar daripada rumah.

" Aku okay. Jangan risau! " Seokjin sempat memandang Namjoon dan Hoseok yang setia di hadapan pintu. Dia terus berjalan meninggalkan perkarangan rumahnya.

Namjoon mengeluh dan terduduk di situ. Wajahnya diraup kasar dan serabut dengan kehidupannya sekarang. Hoseok menenangkannya dengan mengusap belakang badan Namjoon. Bukan Namjoon sahaja risau malah dia juga yang risau.

" Aku tak rasa Seokjin akan okay. " ujar Hoseok sendirian sambil memandang ke luar.

...
To Be Continued
...

Ayu nak habiskan cepat fanfiction ni ♥

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now