S2 - 09

688 79 1
                                    

Selepas penat bercerita, Seokjin menangis tersedu sedan dan membuatkan Hoseok tidak senang duduk. Dia sebenarnya tidak patut bertanyakan soalan begitu.

"Jebal, uljima Seokjin. Aku tak patut tanya kau tentang itu." Hoseok tidak berputus asa untuk menenangkan Seokjin yang sedang menangis.

"Uhuk Uhuk--- H-Hoseok---" Seokjin terbatuk secara tiba-tiba dan nafasnya menjadi tidak teratur. Hoseok dengan pantas mengambil air dan ubat untuknya.

"Gwenchanayo?" Tanya Hoseok selepas memberinya ubat dan air. Seokjin berasa agak lega selepas itu cuma mukanya yang terlalu pucat bertarung dengan penyakit sendiri.

"Hoseok, tolong hantar aku balik." Hoseok hanya mengangguk dan memanggil doktor untuk menguruskan Seokjin sebelum pulang.

Tetapi ada yang tidak sedar, seseorang memerhati mereka berdua sejak tadi.

...

Seokjin berbaring ke atas katil dan memandang siling biliknya. Seketika kemudian, air matanya yang ditahan tumpah kerana berasa sebak secara tiba-tiba. Mungkin tentang kejadian yang lalu.

"Maafkan hyung, Jungkook. Hyung bukanlah abang terbaik untuk kook. Kalau hyung tak bawa kereta dulu, mesti kook tak bencikan hyung, kan? Hyung benci diri hyung---" Air matanya diseka dan berbaring mengiring ke kanan. Terkejut sungguh apabila Jungkook tiba-tiba berada dengannya.

Tapi keadaan Jungkook seperti baru lepas menangis.

"J-Jungkook---"

"Hyung, kookie rindu hyung. Kookie tahu hyung tak bunuh ibu bapa kookie. Kookie yang salah. Kookie yang tuduh hyung pembunuh tsk---" Jungkook menangis tersedu sedan sambil menyeka air matanya. Seokjin berasa sebak dan terharu dalam masa yang sama.

"Uljima, kookie. Maafkan hyung." Air mata Seokjin tumpah sekali lagi. Jungkook bertindak memeluk Seokjin dan menyebamkan kepalanya ke dada Seokjin itu.

Dia menangis dan menyalahkan diri sendiri kerana sikap tuduh menuduh hyungnya sendiri.

Dia dengar apa yang diceritakan oleh Seokjin tengah hari tadi semasa di hospital. Niatnya untuk berjumpa Hoseok tetapi terbatal apabila dia terdengar perbualan Seokjin yang sedang menangis itu. Dia dengar semuanya.

Dan pada masa itu, dia menangis dan berlari untuk pulang ke rumah.

"Maafkan kookie, hyung!" Seokjin tersenyum dan menenangkan Jungkook sehingga dia terlena.

Seokjin membetulkan posisi Jungkook dan membiarkan dia terlena di sebelahnya. Dia tersenyum kerana Jungkook sudah tahu perkara yang sebenar.

"Gomawo kookie-ah." Dahi Jungkook dicium sekilas sebelum dia juga ikut terlena.

...

-TBC-

...

Is it finish? Hahah belum tau.

Banyak lagi konflik yang akan ditambah.

Hehehe

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now