S2 - 06

662 90 5
                                    

Namjoon yang baru pulang dari kerja melawat Seokjin yang berada di hospital. Tidak lupa juga, dia membawa makanan untuk Seokjin.

Selalunya dia ke sini bersama Hoseok tetapi memandangkan dia ada urusan kerja, Hoseok tidak dapat menemani Seokjin.

Pintu dikuak dari arah luar dan menuju ke katil Seokjin. Kelihatan dia sedang termenung memandang siling.

"Seokjin, aku dah bawa kau makanan. Jom makan." Namjoon melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang disediakan di sisi katil Seokjin.

Makanan yang sudah tersedia di dalam plastik dikeluarkan.

"Aku tak nak." Terhenti perbuatan Namjoon apabila Seokjin berkata sedemikian.

"Waeyo?" Tanya Namjoon ringkas.

"Bila Jungkook nak terima aku?" Namjoon hilang kata-kata untuk menjawab persoalan Seokjin.

"Aku tak tahu dan sekarang kau makan je." Itu saja yang mampu diungkapkan oleh Namjoon.

Kawan-kawannya selalu berkongsi masalah padanya kerana sudah berapa hari dia tidak makan kerana adik tirinya Jeon Jungkook itu.

Sudu yang berisi makanan itu disuakan kepada Seokjin tetapi dia endahkan makanan itu. Langsung tidak menjamah.

"Seokjin, makan ni." Arah Namjoon dengan tegas tetapi lelaki itu seperti tidak mendengar.

Namjoon mengeluh berat dan meletakkan makanan itu ke atas meja berdekatan. Mahu saja dia melempar barangan yang ada padanya kerana mula hilang sabar.

"Okay enough this! Seokjin aku tahu kau sedih sebab Jungkook tak terima tapi kenapa kau jadi macam ni? Dulu aku kenal kau orangnya yang tabah dan terima apa sahaja perkara buruk atau baik berlaku.

And now what I'm seeing, kau terlalu lemah untuk hadap semua ni. Hakikatnya kau terlalu lemah dan aku dah tak kenal Kim Seokjin yang dulu.

What I can said to you is, I hate this Kim Seokjin. Aku harap kau tak akan jadi macam ni. Ramai yang harap kau kuat hadap apa yang kau rasa." Namjoon lantas bangun dan berlalu keluar meninggalkan Seokjin yang sudah hilang kata-kata.

Ya dia sedar pada dirinya yang berubah kerana Jeon Jungkook. Dia terlalu lemah untuk hadap kesemuanya berbanding dahulu.

Air mata Seokjin tumpah dan menangis tersedu sedan dengan nasib yang menimpa dirinya. Tambahan lagi, dia sekarang menghadapi penyakit yang bahaya.

Seokjin menangis tanpa sedar ada seseorang yang memeluknya. Dia melihat orangnya dan itu adalah Namjoon dan dia langsung tidak tahu bila masa dia masuk.

"Shh ... do not say anything and just crying to throw your hurts" Namjoon tersenyum dan membiarkan Seokjin menangis sehingga dia tertidur ke dalam dakapannya.

"Aku akan cuba tolong kau, Seokjin. Aku tahu kau terlalu sayangkan dia." Kata Namjoon dan membaringkan Seokjin dengan perlahan.

...
-TBC-

Unpublish je kalau tiada siapa yang baca book ni.

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now