"Korang mari makan! Sa- hyung dah masakkan makan tengahari untuk kamu semua!" Jerit Jin dari arah dapur. Ahli yang lain berpusu-pusu berlari ke arah dapur dan duduk di tempat yang disediakan.
Suasana menjadi renggang dan agak janggal. Selalunya dapur akan riuh dengan gelak tawa mereka kerana sudah biasa tapi sekarang sudah berubah setelah kejadian tempoh hari.
Dalam beberapa minit kemudian, mereka semua sudah pun habis makan dan kerja yang selalu Jin buat adalah membasuh pinggan, mangkuk dan cawan.
Jin menyusun pinggan secara bertindih dan tersusun supaya senang diangkat untuk ke dibasuh dan diletakkan ke dalam singki nanti. Baru sahaja Jin ingin mengambil pinggan yang terakhir, ada orang sudah mengangkatnya dan serta merta pandangan Jin teralih pada seseorang itu.
"Namjoon? Apa a-awak nak buat ni?" Tanya Jin berasa agak janggal. Namjoon hanya tersenyum walaupun dalam luka kerana dipanggil awak. Tapi dia tak kisah. Lama kelamaan semua ini akan jadi baik semula.
"Saya nak tolong hyung basuh semua ni. Boleh?" Namjoon tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Jin tersenyum kecil dan memberikan pinggan itu kepada Namjoon untuk diangkat.
Tanpa sedar, kawan mereka yang lain menghendap mereka daripada jauh sambil tersenyum girang.
"Yeay! Jin hyung dah okay!" Ucap Jimin sambil terlompat kegirangan mengalahkan budak kecil.
"Yup rindunya nak tengok Jin hyung tersenyum macam tadi. Pandai juga eh Namjoon pujuk" Sampuk Hoseok tiba-tiba yang duduk di bucu katil.
"Aku harap kita tak akan jadi macam dulu lagi. Aku sayang Jin hyung macam abang aku." Semua terdiam dengan kata-kata Yoongi sambil tersenyum nipis.
"Ya betul tu. Kook sayang Jin hyung!" Jungkook tersenyum membuatkan yang lain tersenyum juga.
"Korang buat apa kat bilik saya ni?" Pandangan mereka teralih pada Jin dan Namjoon yamg baru sahaja masuk ke dalam bilik mereka dengan muka berkerut.
"Jin hyung!!!" Semua berlari dan memeluk Jin dengan erat termasuk Namjoon yang dari tadi melihat drama tak berbayar dekat depan matanya.
"Eh eh kenapa ni?" Tanya Jin pelik.
"Kami sayang Jin hyunglah. Kami taknak lagi jadi macam dulu benci hyung. Kami taknak tinggal Jin hyung lagi. Hyung janji jangan tinggalkan kami semua" Ucap Taehyung dengan nada yang manja. Jin tersenyum dan mengusap kepala Taehyung.
"Hyung janji takkan tinggalkan adik-adik yang hyung sayang sangat ni." Kata Jin sambil memeluk 'adik-adiknya'.
Bersambung
YOU ARE READING
[√] Mianhae Jin Hyung.
Fanfiction[S1 & S2] Warning | Cerita yang mengarut dan penulisan yang agak kucar-kacir. " Maafkan hyung sebab hyung tak dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik hyung. " Aku tak diminta dilahirkan ke bumi dengan cara adik-adik yang aku sayang melayan aku d...