S2 - 14

671 63 0
                                    

Seokjin mengeluh dan mengesat peluh di dahinya. Cuaca tersangatlah panas dan sampai sekarang dia tidak dapat mencari kerja. Semuanya sudah penuh dan langsung tiada kerja kosong untuk dia berkerja.

Dia duduk di tepi longkang dan mengambil nafas yang seakan tidak teratur. Sesekali dia terbatuk dan memegang dadanya yang terasa sakit secara tiba-tiba.

Ubat yang ada di dalam beg dicapai dan mengambil dua biji pil untuk dimakan. Air mineral dicapai dan meneguknya dengan pil tersebut. Dia menarik nafas dan menunggu sakitnya hilang.

Dia kembali berdiri dan berjalan di sekitar kawasannya untuk sambung mencari kerja yang boleh dia menyara kehidupannya dengan Jungkook. Asalkan kerja dan rezeki yang halal sudahlah.

[⚘]

" Seokjin hyung, Kookie dah balik! " sahut Jungkook dari luar. Pintu dibuka dan muncullah Hoseok yang sedang tersenyum manis dengan kepulangan Jungkook.

" Hobie hyung! Kookie rindu hyung! " badan Hoseok dipeluk dengan erat. Hoseok hanya membalas pelukan itu.

" Dah jom masuk. By the way Seokjin keluar sekejap jumpa dengan kawan. " Jungkook hanya mengangguk dan menapak masuk ke dalam rumah. Dia terlihat Namjoon yang sedang berbaring di atas sofa sambil menonton televisyen tapi fokusnya seperti ke tempat lain.

" Namjoon hyung? Macam mana Namjoon hyung dengan Hoseok hyung ada kat rumah? " Namjoon tersentak menukar posisi baringnya kepada duduk.

" Oh kami menetap di sini untuk sementara. " Jungkook hanya meng 'oh' kan sahaja dengan ujaran Hoseok itu. Dia mengambil tempat untuk duduk bersama Namjoon. Namjoon kelihatan murung dan memandang ke bawah. Tidak langsung perasan Jungkook sedang memandangnya.

" Hyung, janganlah sedih-sedih. Jungkook tolong hyung eh. " Namjoon memandang Jungkook. Senyuman nipis terbentuk pada bibirnya. Jungkook segera memeluk Namjoon dengan erat.

[⚘]

" Encik di sini ada kerja kosong tak? " Soal Seokjin pada seorang cashier di restoran itu. Juruwang itu tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

" Jinjjayo? "

" Ya ada. Tapi encik kena berjumpa dengan bos kami untuk persetujuan. Mari. " Seokjin bersetuju dan hanya mengikuti juruwang tadi ke bilik bosnya.

" Bos, ada orang nak minta kerja kosong di sini. "

" Baguslah. Bawa dia masuk ke sini. " Juruwang itu hanya mengangguk dan mempelawa Seokjin untuk masuk sebelum dia ke meja cashier semula untuk menyambung kerjanya.

Seokjin duduk di atas kerusi berhadapan dengan bos itu. Bos itu tersenyum mesra pada Seokjin.

" Nama awak apa? "

" Er nama saya Kim Seokjin. " Bos itu hanya mengangguk dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Seokjin. Seokjin segera menyambut huluran itu dan memandang bos itu.

" Awak diterima. Esok awak akan mula kerja. " Seokjin tersenyum gembira dan bangun daripada duduknya. Dia segera tunduk dan berterima kasih pada bosnya.

...
To Be Continued
...

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now