Jam berdetak dan berdetak sehinggalah langit hampir malam. Itu yang merisaukan hati mereka berenam.
"Korang mana Jin hyung? Tak balik lagi ni?" Tanya Jungkook dan menyerabutkan lagi rambutnya yang memang dah kusut
"Aku tak tahulah kook. Takkanlah dia marahkan kita sampaikan tak balik rumah" Jimin membalas kata-kata Jungkook.
"Tah-tah dia kena kidnap ke?" Serta merta pandangan mereka jatuh pada Hoseok.
"Mana kau tahu?" Tanya Yoongi
"Teka je" jawab Hoseok.
...
Aku yang duduk di atas kerusi dan diikat itu terbangun dengan kepala yang terasa sengal akibat bau ubat yang busuk itu."Aish shit! Siapa yang pergi kidnap aku ni?" Tanya aku sendirian dan berusaha untuk lepaskan diri dengan tali yang diikat dari tangan aku.
Kriekk~
"Dah bangun pun kau" kata lelaki itu. Pandangan aku jatuh pada wajah lelaki itu dan nampaknya memang aku tak kenal siapa lelaki ini.
"Kau siapa huh?! Lepaskan akulah bodoh!" Carut aku di depan dia.
"Hahaha lepaskan kau senang-senang macam tu je. Jangan haraplah. Lepasni aku akan bunuh kau juga" balasnya dan beredar dari situ
"Bagus juga eh kalau aku mati. Takdelah diorang semua hadap diri aku yang diorang dah benci dan tak ambil kisah ni" kata aku sendirian.
...
"Kita report polis, nak?" Tanya Jungkook."Report polis? Aku taknak benda ni jadi lebih besar lah kook."
"Yoongi hyung nak ke dia tak balik tanpa kita belum lagi minta maaf pada kita." Yoongi terdiam.
"Okaylah aku report polis sekarang" kata Namjoon lalu mengeluarkan telefon.
Skip
"Saya akan cari kawan awak sampai jumpa dan kamu semua jangan buat apa-apa tindakan yang bahaya" arah polis itu dan semua hanya mengangguk.
Selepas sahaja polis beredar, mereka semua duduk di atas sofa dengan keluhan berat dilepaskan.
"Kook rasa serba salah" sampuk Jungkook. Kepalanya ditundukkan ke bawah.
"Kalau kook tak cakap macam tu pada Jin hyung. Semua ni takkan jadi tsk. Kook bodoh. Bodoh sangat. Benda ni semua salah kook kan? Sebab tu Jin hyung pergi tsk tsk" tangisan kuat mula didengari. Namjoon yang berada di sebelahnya menarik Jungkook dan memeluknya.
"Kook bodoh sangat. Semua salah kook. Kook menyesal buat macam tu pada Jin hyung tsk"
"Shh Jungkook. Dah eh nanti kita akan jumpa Jin hyung juga. Kook bersabar dan rehat eh" Pujuk Namjoon.
...
"Sini kau!" Lelaki itu menarik Jin ke tengah-tengah gudang itu dengan kuat."Kau nak buat apa pada aku?!" Lelaki itu mengacukan pistol pada Jin. Nampaknya geng dia ada sekali.
"Sebelum aku bunuh kau, maybe best kot kalau aku tengok kau tersiksa dulu" Lelaki itu membuat isyarat pada 2 orang kawannya.
Mereka menyerang Jin dan emmukulnya bertubi-tubi membuatkan cecair darah keluar dari mulutnya.
....
"Namjoon sekarang dah pukul 9 malam. Mana polis ni? Dah jumpa ke belum" rungut Jimin sambil mengusutkan rambutnya"Sabarlah"
"Dah aku tak boleh nak sabar lagi. Aku nak pergi cari juga Jin hyung. Korang nak ikut tak nak ikut suka hati koranglah" Yoongi meluru ke arah pintu. Baru beberapa langkah, Namjoon memanggilnya.
"Aku nak ikut" katanya diikuti yang lain kecuali Jungkook kerana dia tertidur di dakapan Namjoon.
"Jungkook macam mana?" Tanya Taehyung pula.
"Bawa jelah masuk kereta" Taehyung mengangguk. Namjoon mengangkatnya secara perlahan agar tidak menganggu lena Jungkook.
Bersambung
YOU ARE READING
[√] Mianhae Jin Hyung.
Fiksi Penggemar[S1 & S2] Warning | Cerita yang mengarut dan penulisan yang agak kucar-kacir. " Maafkan hyung sebab hyung tak dapat jadi abang yang baik untuk adik-adik hyung. " Aku tak diminta dilahirkan ke bumi dengan cara adik-adik yang aku sayang melayan aku d...