S2 - 11

670 72 0
                                    

" Aku tak sangka pulak kau dah okay dengan hyung kau? Bila baik? "

" Aduh sakitlah, pendek! " Jungkook menggosok bahagian pinggangnya yang disiku kuat oleh rakannya, Park Jimin. Jimin sudah tergelak apabila Jungkook memanggil pendek tambahan lagi wajahnya yang bengis itu.

" Ceritalah! " Taehyung pula mendesak Jungkook. Daripada masuk kelas tadi, tak habis-habis menyuruh Jungkook bercerita tentang Seokjin dan juga Jungkook.

" Sibuklah kau n--- eh cikgu dah masuk! " Jungkook segera berdiri diikuti murid yang lain apabila Saem matematik mereka, Min Yoongi masuk ke dalam kelas. Jungkook tersenyum sehingga menampakkan gigi arnabnya.

" Kenapa dengan kau, Jungkook? "

" Nak manja nak hyung pun tak boleh. " Yoongi menjelir lidah padanya dan meminta semua murid duduk di tempat masing-masing. Mereka membuka buku atas permintaan Yoongi.

...

Seokjin masuk ke dalam pejabat Namjoon. Kelihatan Namjoon sedang menyelongkar barang-barangnya dengan keadaan yang kusut dan mukanya merah menahan amarah barangkali.

" Kau cari apa, Namjoon? " Soal Seokjin. Namjoon mendengus dan membaling kesemua barang yang ada di atas meja menyebabkan Seokjin dan yang lain tersentak. Namjoon terduduk dan mengusutkan rambutnya.

Seokjin meletakkan fail itu di atas sofa dan berlari ke arah Namjoon. Dia berhadapan dengan lelaki itu dan memandangnya cemas.

" Kau kenapa, Namjoon? Ceritalah! " Namjoon memandang Seokjin dan matanya merah menahan tangis. Seokjin menarik Namjoon dan memeluknya. Tidak sangka Namjoon menangis.

Hoseok masuk ke dalam pejabat dan terkejut melihat pejabat Namjoon sudah bersepah. Dia terus berlari ke arah Namjoon.

" Hyung company ayah aku dah muflis hyung. Dah muflis. " Seokjin terkejut. Dia memeluk Namjoon dan mengusap belakangnya. Dia sendiri terkejut apatah lagi Namjoon bos di dalam company.

" Aku minta maaf hyung. Aku minta maaf Hoseok. " Namjoon menarik-narik tangan Seokjin sambil menangis.

" Tak apa, Namjoon. " Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Seokjin manakala Hoseok sudah tidak tahu untuk berkata apa. Dia terpaksa menerima kenyataan.

" Hyung! "

...
To Be Continued
...

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now