S2 - 04

672 80 10
                                    

Jungkook duduk di rooftop sambil menangis sepuasnya di situ. Dia rasa ramai sahaja yang memenangkan Seokjin daripada dia. Kenapa mereka tidak tahu Seokjin itu sebenarnya pembunuh?

"Omma, appa. Kenapa pergi dulu sebelum kookie? Kookie tak pernah dipukul macam tadi? Kookie nak ikut omma dan appa. Kalau Seokjin tak bunuh omma dan appa mesti kookie dah hidup bahagia dengan kau orang. Kookie rindu omma dan appa." Semakin kuat tangisan Jungkook. Dia tahu tiada siapa yang mendengar rintihannya.

"Jungkook," sahut seseorang dari belakang dan dia ada Yoongi. Jungkook hanya mengendahkan sahaja Yoongi dan memandang ke depan semula.

"Hyung minta maaf sebab buat kau macam tu, Kook." Yoongi menyapa lembut bahu Jungkook. Lelaki itu membiarkan sahaja kerana Yoongilah yang selalu menjaganya apabila di sekolah.

"Aku ada bawa someone yang dia nak sangat jenguk kau." Jungkook memandang Yoongi dengan mata membulat.

"Siapa yang nak jumpa Kook, hyung?" Riak wajah Yoongi seakan risau tetapi dia tetap tersenyum. Dia menunjukkan ke arah belakang dan terdapat tiga orang kawannya. Dan seorang yang Jungkook benci untuk melihatnya.

"Jungkook," sahut Seokjin sambil meluru ke arahnya. Dengan perasaan benci dia berdiri untuk meninggalkan rooftop itu. Dia tidak mahu berjumpa atau bersemuka dengannya.

"Sabarlah, Jungkook." Seokjin memegang tangan Jungkook dan berhadapan dengannya. Kali ini Jungkook membiarkan apa yang Seokjin mahu bercakap.

"Kenapa Jungkook benci pada hyung?" Tanya Seokjin tetapi tidak terbalas. Tangannya menyapa lembut pada bahu Jungkook tetapi ditepis kasar olehnya membuatkan Seokjin terkejut.

"Sekarang ini kau jangan mengada nak jumpa aku atau bercakap dengan aku." Jungkook segera berjalan dan keluar dari sana tetapi dihalang oleh Seokjin.

"Jebal terima hyung." Air mata bergenang di tubir mata Seokjin. Jungkook sabar menahan amarah dan mengelakkan untuk membunuh lelaki di hadapannya ini.

"Aku tak akan terima kau sebagai hyung akulah, pembunuh!!" Tengking Jungkook sambil menolak kuat Seokjin sehingga dia berlanggar dengan dinding dan kepalanya sudah terhantuk kuat membuatkan Seokjin pengsan di situ.

Jungkook hanya mengendahkan keadaan Seokjin. Yoongi, Hoseok dan Namjoon meluru ke arah Seokjin. Tiada apa-apa riaksi yang ditunjukkan olehnya.

"Cepat bawa dia ke hospital!" Tergagap Hoseok berkata. Namjoon segera mengangkatnya dan turun dari rooftop dengan berhati-hati. Wajah Seokjin yang pucat kebiruan itu dipandang. Rasa risau menyelubungi hati mereka.

"Kuatkan diri kau, Seok. Aku tahu kau kuat." Kata Yoongi dengan perlahan dan berharap dia selamat.

...

-TBC-

...

Siapa nak pukul Jungkook tu diharapkan bersabar. Lolololol

[√] Mianhae Jin Hyung.Where stories live. Discover now