𝟙𝟙

947 95 36
                                    

Jimin's

Fya yang sedang keringkan rambut itu aku tatap. Tipulah kalau aku cakap tak terasa nak sentuh dia dan jadikan dia hak aku sepenuhnya.

Aku nak dan terlalu mahukan belaian si isteri.
Namun apakan daya, dia masih lagi tidak bersedia. Aku tahankan juga. Aku kahwin dengan dia bukan atas sebab nafsu, tapi cinta.

"Fya, esok jom kita keluar" Aku bersuara. Malas pulak nak masuk kerja esok.

Dasar Jimbit pemalas.

"Awak tak kerja ke esok?"

"Kerja, tapi saya rasa tak ada mood nak bau ubat lah awak. So, kita keluar eh esok? Saya bawak awak pergi jalan-jalan keliling Seoul nak?"

"Sure!" Fya senyum. Amboi teruja beno isteri aku ni.

Sib baik aku ni penyabar orangnya. Kalau tak mahu aku gigit si Fya sapa tinggal tulang rangka aje.

"Tapi awak, lepas kita balik jejalan, boleh singgah market? Kat dapur dah kosong" aku senyum dan mengangguk.

Indah betul kehidupan alam perkahwinan ya. Nanti ada anak pulak.

Eh eh eh sabo banggg

End Jimin's

🌼🌼🌼🌼🌼

Dia telah sampai di Korea. Dia tidak kenal sesiapa disini. Duit pun bawa cukup-cukup makan saja.

Dia berjalan keluar dari airport sambil mengheret bagasi separa lusuhnya.

Telefon berjenama samsung itu dibuka. Dia mengeluh dan sambung berjalan sambil matanya masih lagi memandang telefon.

'ppap'

"Kau tak ada mata ke?" Marah lelaki yang dilanggarnya tadi. Lelaki tinggi lampai itu mencarut.

"Lain kali jalan tengok depan lah woi. Aku lempang karang ei" Bebel lelaki itu. Hana hanya mampu menatap lelaki itu.

"Kau cakap elok-elok tak boleh ke bodoh. Sial" Lancang Hana membalas. Apalagi terkejut lah si lelaki tinggi itu.

"Wah mulut kau tak padan dengan pakai tudung kan" Hana dijeling. Lelaki itu berpeluk tubuh.

Lelaki itu tidaklah kisah mana setakat langgar gitu-gitu je. Masalah ni takkan jadi besar kalau perempuan pendek dan sedikit berisi ini meminta maaf kepadanya.

Pasti masalah ini sudah selesai. Tapi masalah sekarang ni, dia yang langgar lepastu memaki orang pula.

Apake bangangnya tu?

"Kau ni takde adab ke apa hah?!" 

Tahu saja wanita itu berkulit sedikit gelap dan agak jakun.
Pasti ini salah seorang pelancong yang datang, tanggapan lelaki itu.

"Kalau kau nak cakap pasal adab, kau boleh blah aa" Hana menarik bagasinya lalu meninggalkan lelaki itu yang masih terpinga-pinga.

Tidakkah perempuan yang bertudung selalunya perangainya sopan santun dan lembut?

"Argh jinjja" Lelaki itu mendengus. Malas mahu berfikir.

Berbalik kepada Hana. Dia duduk di tempat perhentian bas.

Dia tidak tahu apa-apa. Datang ke sini tanpa sebarang ilmu pengetahuan. Orang bodoh bukan nak fikir dulu sebelum buat. Main redah aje ikut kepala bapak dia.

Hari semakin gelap dan dia masih lagi tidak berganjak dari stesen bas itu. Hanya tinggal dia seorang diri. Datang seorang lelaki duduk di sebelahnya.

[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌  Where stories live. Discover now