34

480 56 3
                                    


Fyas

Suara azan subuh tersayup-sayup kedengaran di corong telinga. Jimin disebelah masih lagi tidur. Aku tersenyum. Comel sungguh si suami aku ini.

"Biy bangun. Dah subuh" Aku menggocangkan lengannya. Namun dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

"Hilman!" Aku menggoncangkannya lebih kuat. Bibirnya yang pucat menarik perhatian aku. 

"Hilman bangunnnn!!!!" Air mata aku mula menitis. Kata-katanya semalam bermain di fikiran. 

Tangan aku ligat mencari nadinya. Masih bergerak tetapi perlahan.

Aku tidak mahu kehilangan lelaki ini. Tidak tidak. Pantas aku bangun lalu memapahnya hingga ke kereta. Kemudian Eusof di katil aku ambil sebelum mengunci rumah.

Aku memecut laju ke hospital. Aku kena cepat atau aku akan kehilangan Jimin. Aku tidak mahu. Aku masih lagi mahu bersama dengannya. Aku mahu membesarkan Eusof dan anak dalam kandungan aku bersamanya.

"Biyyy tahan ya? Jangan tinggalkan Fya" Air mataku semakin deras turun mencucuri pipi.

Sampai di hospital milik Jimin, lantas aku mengangkat tangan bermaksud emergency.

"Jimin!" Mingyu dan Wonho berlari pantas ke arah Jimin yang sedang diletakkan ke atas katil. 

"Fya kenapa dengan Jimin?!" Tanya Wonho keras namun masih lagi ada kelembutan.

"Tak tahu tiba-tiba dia tak sedarkan diri" Kataku sebak sambil memeluk Eusof erat di dukungan.



Otp

"Assalamualaikum, eomma"

"Waalaikummussalam, Fya. Ada apa call eomma pagi-pagi ni?"

"Eomma...."

"Eh Fya kenapa ni? Kenapa menangis?"

"Jimin.. Masuk hospital"

"Allahu Akhbar! Fya ada dekat mana sekarang ni? Jimin macam mana? Eusof sape jaga?"

"Fya kat hospital dengan Eusof. Jimin masih dekat dalam"

"Okay Fya tunggu dulu ya? Nanti eomma dengan appa sampai. Dah jangan nangis. Assalamualaikum"

End call

No one’s

Fya masih lagi duduk di sebuah bangku di tepi wad Jimin ditempatkan. Walaupun sudah digesa beberapa kali oleh Mingyu supaya berehat di pejabat Jimin, wanita itu tetap menolak. 

Eusof dipelukkan merengek perlahan.  Kata Mingyu,mereka perlu memeriksa punca Jimin tidak sedarkan diri. Ia mungkin mengambil masa sedikit. 

Perutnya yang masih kempis itu diusap perlahan. Jimin masih lagi tidak tahu akan hal itu. Difikirannya mahu membuat suprise namun lihatlah apa terjadi.

"Saffia" Panggil seseorang. Mingyu. 

"Jimin terkena jangkitan kuman di bahagian hati. Keadaannya sangat kritikal sekarang ni dan separuh daripada hatinya harus dibuang.  Kalau tak ia akan merebak ke bahagian lain" Kata Mingyu perlahan. Dia juga terasa sebak di dada.

Buat kali ke berapa air mata Fya mula mencurah membasahi pipi. Sungguh dia tidak kuat. 

"Awak ke yang uruskan pembedahan tu?" Soal Fya.

"Tak, saya bukan doktor bahagian hati. Saya doktor pakar sakit puan. Dokyeom yang akan uruskan pembedahan ni. Kenapa ya?" Terang Mingyu panjang lebar.

"Awak busy?"

"Tak. Saya dah habis waktu kerja. Tapi saya nak tunggu Jimin dekat sini"

"Jadi boleh awak tolong jaga Eusof sekejap? Saya nak pergi solat. Tak lama dalam 30 minit?" Fya menunduk. Jahil sungguh dirinya. Mengutamakan kesedihan sampai terlupa akan kewajipannya sebagai seorang umat islam.

Mingyu kelihatan kekok apabila solat disebut. Sudahlah dia non muslim. Tapi dia faham akan kewajipan seorang muslim. Dia sudah biasa melihat Jimin solat di surau mini di hospital itu.

"Takpe lagipun saya free" Mingyu tersenyum. Eusof kini sudah bertukar tangan. "Terima kasih ya Mingyu" Ucap Fya sebelum kakinya laju melangkah ke surau. 



"Ya Allah Ya Tuhanku dengan Kaulah aku berlindung dan meminta. Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang lemah. Kau sembuhkanlah suamiku,Ya Allah. Janganlah Kau memberikan kesakitkan kepadanya. Aku tidak sanggup melihatnya dalam keadaan begitu Ya Allah. Anak-anakku masih memerlukannya dan andai kata ini takdir yang telah Kau tetapkan, Kau kuatkan hatiku untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka. Amin Ya robbalamin"

✨✨✨✨✨

Syukurlah Eusof tidak merengek bila ditinggalkan dengan Mingyu. Dan syukur juga Mingyu tidak biul seperti biasa. Normal dia hari ini. 

Tangannya masih lagi erat mendukung bayi kecil itu ke sana dan ke sini agar bayi itu tidak menangis.

Sumpah nampak seben material doh :(

Fya berlari anak ke arah Mingyu. Hampir sejam juga dia tinggalkan Eusof dengan Mingyu.

"Mingyu, saya mintak maaf sebab terlebih masa pula" Ucap Fya. Rasa bersalah pula apabila menyusahkan lelaki bujang itu. 

"Eh tak. Saya dah anggap Eusof ni dah macam anak buah saya sendiri dah" Sengih Mingyu sebelum mencium dahi bayi itu. 

"Oh btw, Dokyeom suruh awak masuk dalam untuk sign persetujuan pembedahan" Sambung lelaki tinggi lampai itu.

"Oh ya? Sekali lagi Mingyu tolong jagakan Eusof sekejap" Ucap Fya. Aduh rasa tak selesa pun ada. 

Mingyu ketawa singkat sebelum mengangguk. Fya menolak pintu wad itu sebelum masuk ke dalam.

Kelihatan si suami sedang terbaring lemah di atas katil. Wayar penuh mengelilingi badannya. "Awak kena kuat" Bisik Fya ditelinga Jimin. 

"Puan Farisha Saffia?" Panggil seseorang dari arah belakang.  Lantas Fya berpaling.  Seorang doktor berkot putih dan memakai mask mulut menjadi santapan matanya.

"Ya saya"

"Selepas saya memeriksa keadaan Dr Park, saya mendapati yang Dr Park pernah memakan beberapa jenis ubat untuk mematikan kuman serta bakteria. Jadi pada pandangan saya, Dr Park mungkin sudah lama tahu akan hal ini namun dia rahsiakan oleh semua orang" Doktor yang memakai name tag Dr Dokyeom itu menghuraikan panjang lebar.

Fya hanya mengagguk faham. Terasa hati juga kerana suaminya langsung tidak memberitahunya akan hal itu. 

"Jadi untuk selamatkan Dr Park, kami harus membuat pembedahan untuk membuang separuh daripada hati Dr Park yang telah dijangkiti kuman. Boleh Puan tandatangan di sini?" Sehelai kertas diacukan kepada Fya.

Tanpa berfikir panjang, lantas kertas itu ditandatanganinya. Dia cuma mahu Jimin selamat dan hidup seperti sedia kala.

"Okay Puan terima kasih. Puan boleh tunggu di luar sementara pembedahan dijalankan" Sebelum keluar Fya sempat mencium dahi suaminya.

"Semoga cepat sembuh, biy. Fya tahu biy kuat" Bisik hatinya perlahan.

TBC

[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌  Where stories live. Discover now