33

522 61 9
                                    

No one's

Hana menjeling tajam kepada orang suruhannya. Tapi lelaki berbadan sasa itu langsung tidak takut akan jelingan tersebut.

"Dia cakap dia boleh bayar aku lagi mahal. So aku rasa lebih baik aku bekerja dengan dia. Upah kau tu langsung takde hasil" Ujar lelaki itu spontan sebelum dia keluar dari bilik hotel tersebut.

Hana mengusutkan rambutnya. Sudahlah sekarang dia jarang ada customer. Nak keluar jejalan pun kena pandang kiri kanan.

Takut-takut ada orang tahu yang dia pendatang asing tanpa passport yang sah.

Sekarang ini, orang suruhan pula mahu berhenti.

"Siapa pulak yang nak mengintip Jimin lepas ni?! Eghhhh!" Dia menjerit.



Sebaik saja sampai di Seoul, dia terus bergegas ke hospital milik suaminya. Rasa rindu membuak-buak dalam dirinya terhadap Eusof. Padahal baru beberapa jam tak jumpa.

Pejabat suaminya dituju lalu pintu pejabat itu dibuka.

Jimin langsung tidak sedar akan kehadiran isterinya itu. Sibuk tangannya menaip di papan kekunci komputer. Sebelah lagi tangannya memegang erat Eusof di riba.

Boleh bayangkan? InsyaAllah bayangilah menggunakan jantung dan hati. Sumpah melt.

"Biy!" Fya berlari ke arah Jimin lalu dipeluk leher lelaki itu. Sib baik suaminya tiada penyakit lemah jantung.

Kalau idok, mati sudaaa hero kita.

"Aduh honey terkejut itewwww. Nanti kena heart attck karang takde abang man kesayangan honey daaa" Jimin memuncung.

"Alololo sowwy ler" Fya menarik kedua-dua pipi Jimin kemudian dia mengambil Eusof di riba Jimin.

"Anak mamaaa. Siapa duduk dengan papa dia harini?" Eusof di bahu Fya memeluk bahu ibunya erat. Menunjukkan dia sudah serik tinggal dengan ayahnya itu.

✨✨✨✨✨✨

"Unnie please laa pujuk Jimin" Rengek Rachael sambil menggocangkan lengan milik Hyurin.

"Kau tahukan yang Jimin tu memang busy dekat hospital dia. Mestilah dia stress. Yang kau buat macam tu pulak. Siapa je yang tak marah? Kalau akulah bukan setakat blacklist nama, dibunuhnya kau" Hyurin berpeluk tubuh.

Bukan dia tidak mahu menolong kawan baiknya itu. Tapi kadang-kadang rasa bosan. Rachael selalu tak sabar-sabar. Cakap orang bukan nak dengar. Tahu ikut kepala dia je.

Bila ada masalah, baru pandai nak merengek. 

"Kalau unnie tak nak tolong, takpe. I'll do it myself" Rachael bangun dan mengambil tas tangannya sebelum dia melangkah pergi. 

Hyurin mengeluh kesat. Tangannya mengacau air minumannya sebelum disisip perlahan.



Jimin mengeluh panjang. Laptop di depannya ditutup kasar. Mukanya diraup. Entah kenapa dia rasa tidak berapa sedap hati sejak kebelakangan ini. 

Rasa seperti dia akan kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidupnya.

"B, ni susu b mintak tadi" Segelas susu diletakkan di atas meja kerja Jimin dengan hati-hati. 

"Thankyou sayang" Jimin tersenyum kelat. Fya mengambil tempat di atas sofa di dalam bilik kerja Jimin.

"Eusof dah tidur?" Soal Jimin sambil menghirup susu. Fya mengangguk perlahan.

"B kenapa ni? Ada masalah ke?" Tangan Jimin dipegang. "Tak saya rasa tak sedap hati sikit. Tak tahu kenapa" Raut wajah Jimin kelihatan sangat serius. Langsung tiada secalit senyuman. 

"Biy letih sangat kot. Sebab tu la rasa macam tu. Dah sekarang ni b pergi tido" Fya berkata perlahan.

Jimin mengangguk dan tangan Fya ditarik ke katil. Jimin sempat menanggalkan bajunya sebelum berbaring selesa di atas katil. Sudah menjadi habitnya selepas berkahwin tidur tidak memakai baju haaaa pikir apaan lo? 🌚

Fya dipeluk erat seeratnya seperti tidak mahu dilepaskan.

"Sayang, andai kata biy pergi dulu, biy nak sayang jaga diri elok-elok tau? Jaga Eusof. Kalau biy pergi, Eusof satu-satunya harta biy yang sayang ada. Yang boleh jaga sayang sampai sayang tua" Kata Jimin perlahan sambil mengusap pipi Fya.

"Fya tak suka biy cakap benda macam tu!" Agak keras kedengaran suara si isteri. Tidak suka Jimin bercakap perkara sebegitu.

"Kita tak tahu sampai bila kita boleh hidup, sayang" Jimin mencium dahi Fya lama.

"Biy tak boleh tinggalkan Fya dengan Eusof. Kita berkongsi jantung. Kalau jantung biy berhenti, jantung Fya pun akan berhenti" Dalam dia merenung anak mata Jimin walaupun dalam keadaan gelap. 

"Saranghae yeobo"

"Nado saranghae"

Mereka tersenyum sebelum kedua-duanya terlelap ke alam mimpi. 

TBC

Lama tak update! Semua suckolah punya pasai 😭. Author janji cuti sekolah nanti author rajinkan diri untuk menaip!

Terima kasih kepada yang setia menunggu author update! Shayangggg mmuah gituw ❤

[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌  Where stories live. Discover now