No one’s
Kemana yang Jimin bawa, kesitu juga diikut si isteri. Maklumlah teruja bebeno si Fya ni boleh tawaf satu Korea harini.
Mereka berhenti sebentar di sebuah cafe untuk mengisi perut. Maklumlah dah beberapa jam duk menawan Seoul harini.
Mereka ke Namsan Tower,Myeondong,Han River dan banyak lagi tempat tempat yang Jimin heret bininya.
Lokasi terakhir mereka, semestinya Nami Island. Mereka berdiri ditengah-tengah antara pokok-pokok yang tersusun cantik itu. (wtf haha)
Fya's
Jimin mengenggam erat kedua-dua belah tanganku. Dia tersenyum.
"Sayang, awak nak tahu tak? Setiap kali saya tengok mata awak, senyuman awak, saya rasa bahagia sangat. Kadang-kadang, saya angau seorang diri sebab teringatkan awak" Dia mencebik.
"Saya taknak ia terpelesong ke arah zina, jadi saya buat solat istikharah setiap malam. Bayangan awak yang selalu muncul. Hanya awak! Jadi saya decide untuk melamar awak dan jadikan awak milik saya sayang" Sambungnya.
Aku tersengih. Setiap tutur katanya selalu buat aku rasa cair dan mahu pengsan.
Dia terlalu manis seperti cadburry oreo yang rasanya sangat manissss dan boleh jadi diabetes.
"Dan awak bukan bertepuk sebelah tangan Hilman. Saya pun ada perasaan yang sama" Tersipu-sipu aku mengukapkan itu.
"Saya selalu dengar awak mengaji, Hilman. Saya rasa tenang" Aku menunduk malu.
Memang benar aku selalu perhatikannya dari jauh. Terkadang, kantoi dengan Farhan. Nasib baiklah Farhan tutup mulut.
"Eii awak. Pandai eh curi-curi dengar" Hidungku ditarik. Aku merengek.
Sebelum kami berdua ketawa. Hilman memelukku dan mencium dahiku.
Ya Allah, aku bahagia Ya Allah. Terima kasih kerana hadirkan lelaki ini di dalam hidupku.
✨✨✨✨✨
Kami ke market sebelum pulang ke rumah. Hari sudah malam tapi masih ramai yang pelanggan di sini.
Katanya Hilman, ini salah satu market yang menjual barangan yang HALAL di Seoul.
Aku memilih barang manakala Hilman menolak troli.
"Awak makan salmon?" Tanyaku sambil membelek salmon yang kelihatan segar itu.
"Iya. Saya makan semua makanan yang awak masak"
Dia tersengih. Apa-apa sajalah laki aku ni.
Selepas itu kami ke bahagian sayur pula. Segar! Aku mengambil beberapa jenis sayur. Tak tahan tengok sayur-sayur segar! Mengancam!
YOU ARE READING
[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌
Fanfiction"Tengku Hilman Qayyum Park, aku nikahkan dikau dengan Farisha Saffia binti Haji Rafael dengan masa kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Quran tunai" "Aku terima nikahnya Farisha Saffia Binti Haji Rafael dengan mas kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Qu...