No one’s
Setiap sudut di dalam rumah itu hanya kedengaran gelak tawa Jimin dan Eusof.
Jimin menggomol gomol pipi tembam milik bayi kecil itu. Itulah akibatnya kalau asyik makan tido makan tido saja!
"Udah-udahlah tu,B. Karang tak cukup oksigen pulak anak kita tu karang" Fya menggeleng.
Jimin meletakkan Eusof di dalam baby court yang sememangnya ada di tepi sofa di ruang tamu.
Pinggang isterinya dipeluk. "Honey, jom malam ni" Jimin menggigit telinga Fya.
"Ei gelilah! Jom pergi kemana? Dah lewat ni kan. Nak keluar lagi ke?" Fya memandang semula ke arah televisyen.
Jimin mencebik. "Alah honey ni buat tak paham pulak"
Wajah Fya berkerut seribu.
"Cuba cakap betul-betul. Straight to the point pls,Hilman" Jimin tersengih.
"Honey tahu kan, dah 11 bulan kita tak em em. 9bulan honey mengandung, 2bulan honey pantang. So pls?" Jimin menunduk.
Bukan apa, dia cuma rindu. Rindu dengan belaian Fya. Selain nafkah zahir, dia juga mahukan nafkah batin.
"Tapi kan --" Fya menjadi serba salah. Dia faham akan kemahuan Jimin. Tapi..
"Kalau tak boleh tak apa. B tak nak memaksa" Jimin tersenyum sumbing. Mahu menyedapkan hati.
"Hubby! Tak. Tapi macam mana dengan Eusof?" Tanya Fya dengan nada perlahan.
Dia tidak mahu menolak kemahuan suaminya jika tiada uzur syariat. Tapi masalah sekarang ini, adalah Eusof.
"Honey tidurkan lah Eusof dulu" Jimin kembali tersenyum. Dah nampak sedikit demi sedikit green light terbuka. Hekhek.
Okay sebelum tu, keluarga Fya dah balik Malaysia au!
Okay sambung sambung.
Fya mengangguk. Senyuman si suami semakin melebar. Fya mengambil Eusof dari dalam court.
Sekarang masanya untuk tidurkan putera kecilnya.
Sebelum itu dia menyusukan dulu bayi itu supaya bayi itu menjadi ralit.
Dia masih lagi menyusu dada. Alang-alang susunya memang banyak dan cukup untuk menyusukan Eusof.
Ayahnya? Shhh. Namo dirty dirty.
Jadi buat masa sekarang, dia tidak memberi anaknya susu formula biasa. Lebih-lebih lagi Eusof masih kecil.
"Jangan tengok,B!" Sedar akan mata Jimin begitu nakal, terus amaran keras dikeluarkan.
"Ala takpelah. Macam B tak pernah tengok en en en? B rasmi dulu k sebelum Eusof" Jimin tayang muka riak.
Eusof pula buat muka jijik dalam diam. Apa-apa ajelah papa oi, asalkan susunya milik aii.
Eh tiber Eusof. Udah besar jangan pula jadi miang macam bapak engko ya, nak?
———
Farhan’s
Umie yang sedang sibuk menguruskan makcik Salmah, aku lihat.
Keadaan makcik Salmah semakin hari semakin parah. Dia sudah tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
Umie dan walidlah yang selalu menjaganya.
"Maria, b-boleh to--l-long hubungi Han--na tak? A--ku ri--ndukan dia, Ma--ria" Kedengaran begitu sayu suara makcik Salmah.
"Saya dah cuba hubungi dia, Kak. Dia tak jawab" Jawab Umie.
Air mata makcik Salmah mula mengalir. Aku tahu dia rindukan anaknya.
Tapi anaknya pula? Huh disebaliknya!
"Umie, Han nak cakap sikit dengan Umie" Aku bersuara. Hari ini, aku akan bongkarkan semuanya.
Aku tak sanggup tengok makcik Salmah macam tu.
Aku keluar dari wad itu. Aku bersandar pada dinding.
"Ada apa Han?" Tanya Umie sebaik saja dia keluar.
"Kak Hana" Jawabku. Telefon pintarku dibuka. Gambar yang ditangkap pada beberapa bulan lepas dipamerkan pada Umie.
Masih ingat lagi aku dengan Jihoon tengah lepak dekat cafe kat Korea dulu?
Haa tu lah! Tak ingat sila cari chap tu.
"Allahu Akhbar" Hampir terjatuh umie dibuatnya.
"Han terserempak dengan dia masa Han tengah lepak dengan Jihoon. Han tak tahu apa yang dia buat dekat Korea. Tapi Han rasa, dia mesti ada muslihat, Umie" Aku memapah Umie ke kerusi bangku.
No one’s
"Dia buat apa dekat sana Han?" Tanya Umie. Sedikit banyak hati tuanya rasa tidak senang duduk.
"Han rasa semua ni, ada kaitan dengan Jimin hiyong. Umie tahukan Kak Hana sukakan hiyong? Dan dia akan buat apa saja untuk dapatkan hiyong, umie" Farhan berkata perlahan.
"Allahu! Umie risau, Han. Macam mana kalau dia cederakan Fya dengan Eusof? Dan runtuhkan rumah tangga Jimin?" Dia cuba untuk menghilangkan semua fikiran negatif.
Namun apakan daya, positif dengan negatif, semestinya negatif yang akan menang.
Hatinya mula tak tenang.
"Umie,please relax. Han tahu apa nak buat. Umie duduk je sini jaga makcik Salmah. Tapi umie, izinkan Han ke Korea untuk selesaikan hal ni" Farhan memegang erat tangan Puan Maria.
"Tapi Han takkan nak pergi sengsorang? Korea tu jauh, Han" Farhan tersenyum.
"Han kan ada Jihoon? Please trust me, Umie. I'll do my best for my only one noona,hiyong and Eusof aegi" Farhan tersenyum manis.
Perlahan-lahan Puan Maria mengukirkan senyuman.
Dia percayakan puteranya itu.
"Umie izinkan?" Tanya Farhan lembut. Puan Maria mengangguk. Farhan juga turut tersenyum. Air mata ibunya dikesat menggunakan ibu jarinya.
"Jangan nangis lagi. Tak cantik dah bidadari Han ni" Mereka sama-sama tersenyum. Farhan memeluk ibunya erat.
Di dalam hatinya, dia berjanji yang dia akan menjaga rumah tangga kakaknya itu. Walau apa pun terjadi.
»TBC«
Pls i cant brain with Farhan. Walaupun author yang type, tapi rasa macam melt awwwwwweee.
YOU ARE READING
[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌
Fanfiction"Tengku Hilman Qayyum Park, aku nikahkan dikau dengan Farisha Saffia binti Haji Rafael dengan masa kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Quran tunai" "Aku terima nikahnya Farisha Saffia Binti Haji Rafael dengan mas kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Qu...