Chapter ni agak membosankan em. Esok update lagi ehek 💛
No one’s
"Han,aku kena pergi hospital sekarang. Jimin hyung tengah kritikal" Ucap Jihoon dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ha?! Aku nak ikut!" Lantang Farhan bersuara. Risau juga dia kalau apa-apa terjadi pada abang iparnya. Bukan itu saja, dia juga risau akan keadaan kakaknya sekarang.
"Mana boleh! Nanti orang tahulah kau ada dekat sini" Jawab Jihoon dalam keadaan agak tegas.
"Tak macam mana dengan Kak Fya?!" Mata Farhan bergerak-gerak. Tak sungguh dia risau akan wanita itu.
Tangan Jihoon naik ke dua-dua belah bahu Farhan. Matanya merenung ke dalam anak mata Farhan.
"Han, aku akan tengokkan noona untuk kau. Kau stay dekat rumah. Doa yang baik baik ya?" Kata Jihoon lembut.
Tanpa berlengah, Jihoon terus menapak keluar dari apartment itu. Farhan pula terduduk di atas sofa.
Tuhan saja yang tahu perasaannya sekarang ini. Dia kenal kakaknya. Pasti wanita itu terlalu lemah sekarang ni.
•
•
•Semua keluarga Park sudah sampai di hospital termasuklah Jihoon. Puan Park memeluk Fya agar wanita itu bersabar.
Jimin masih lagi berada di dalam dewan bedah walaupun sudah 4 jam berlalu.
•
•
•
•
•Ting tong ting tong
"Kejap!" Farhan berlari anak ke pintu depan. Pintu dibuka.
"Eo Haru noona"
"Hoon ada?" Haru berjengket sedikit untuk melihat ke dalam rumah itu. Farhan menggeleng sebelum dia menunduk.
"Farhan okay? Ada masalah?" Tanya Haru prihatin. Kebiasaannya jejaka tinggi itu selalu tersenyum tapi lain pula harini.
"Suami kakak Han masuk hospital"
"Jimin oppa?!" Haru sedikit terkejut. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki itu.
"Han risau keadaan kakak Han. Dia mesti perlukan seseorang dengan dia sekarang ni. Dia tak kuat, noona" Farhan semakin menunduk. Mahu saja dia menangis di hadapan pintu itu apabila terfikir akan keadaan kakaknya sekarang.
"Kenapa tak pergi hospital?" Soal Haru pelik. Farhan hanya diam.
Haru pula menjadi serba salah. "Jom" Lengan Farhan yang berlapikkan hoodie itu ditarik.
Nasib baiklah pintu sempat dikunci. Mereka berdiri di hadapan perhentian bas. Menunggu bas datang.
"Noona nak bawak Han ke mana?" Soal Farhan sambil melihat Haru atas bawah. Takkan wanita kecil itu mahu menculiknya pula.
Haru langsung tidak menjawab pertanyaan jejaka berambut tinggi itu.
Selepas beberapa minit, bas akhirnya sampai. Terus mereka masuk dan mengambil tempat di seat belakang.
"Noona kita nak kemanaaaaaa" Farhan memuncung tanda tidak suka dipalau. "Duduk dan diam, Han" Haru buat muka marah.
"Bakpe maroh kita pulok hm jeng pale otok sib baik tomel" Omel Farhan seorang diri. Sengaja bahasa Na na na Ganu kita dikeluarkan agar Haru tidak faham.
Apabila hampir sampai di destinasi, Haru menekan butang yang berada di tepi kelapa Farhan. Bas berhenti tepat-tepat di hadapan J.M.P Specialist Hospital.
Sekali lagi lengan Farhan ditarik. Farhan hanya mengekori apa yang dilakukan Haru.
"Eh noona!" Apabila impuls baru sampai ke otak barulah Farhan berhenti. "Kenapa kita dekat hospital niiiii"
"Ikut aje lah. Han kan nak jumpa dengan kakak Han?" Haru berpaling memandang wajah Farhan.
"Tapi...."
"Han, noona tahu apa yang buatkan Han ada dekat Korea ni. Tapi tolonglah lupakan dulu misi Han tu. Kakak Han perlukan Han sekarang ni" Tanpa menerima apa-apa balasan daripada Farhan, Haru menarik semula lengan Farhan.
Keluarga Park dan beberapa orang kawan Jimin menjadi santapan mata Haru dan Farhan.
"Er anyeonghaseyo" Tunduk Haru sebaik saja sampai di situ. Farhan turut menunduk hormat.
Han jangan lupa hang tu orang Malaysia..
Tangan Haru menolak nolak Farhan agar dia pergi mendapatkan Fya.
Tanpa segan silu, Farhan terus pergi mendapatkan Fya yang berada di sebelah Puan Park.
Semua orang agak terkejut dengan kehadiran Farhan disitu termasuklah Jihoon.
Badan Fya dipeluk erat. "Kak" Semakin erat pelukkannya.
"Han?!" Hampir pengsan Fya dibuatnya apabila tiba tiba adiknya muncul di hadapan mata. Ah di Korea pula tu.
Namun perasaan terkejutnya disimpan dahulu. Dia juga memeluknya adiknya erat.
"Kak Fya okay kan?" Kedua-dua belah bahu Fya dipegang kemas. Air mata Fya mula bertakung.
Semua orang mula meninggalkan dua beradik itu disitu. Memberikan mereka ruang bersama. Termasuklah Eusof juga dibawa oleh Puan Park.
Fya menggeleng. Sungguh dia tidak okay sekarang. Dari tadi dia menahan perasaannya untuk menunjukkan yang dia kuat dan mampu merima ini semua.
Dia malu mahu menangis di hadapan keluarga Park. Sekarang dia lebih selesa melepaskan perasaan apabila Farhan berada di depan mata.
Fya menangis kuat dan terlalu kuat. "Akak. Ingat Allah, kak" Farhan mengesat air matanya.
"Hyung akan selamat. Trust me" Belakang badan wanita itu digosok gosok supaya dia lebih tenang.
"Puan Farisha Saffia" Satu suara datang dari belakang. Lantas dua beradik itu berpaling.
"Pembedahan Dr Park berjaya dan sekarang kita kena tunggu dia sedar je" Senyum Dokyeom.
"Alhamdulillah, Terima kasih doktor!" Bow Farhan beberapa kali. Dokyeom tersenyum sebelum pergi.
•
•
•
•
•"Umar Farhan, thanks me later" Kata Haru sambil bersandar di dinding hospital. Farhan turut tersenyum sinis.
"Hek eleh noona. Yelah yelah nanti Han tapau noona spaghetti macam omputeh tu haaaaa gitew"
Haru tersenyum singkat sebelum kembali memasamkan wajahnya.
Cinta mula berputik ka apa ni gaes? Gaes tikus gaes!
TIBER
TBC
YOU ARE READING
[𝐎𝐆] 𝐒𝐮𝐚𝐦𝐢𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐝𝐞 𝐢𝐧 𝐊𝐨𝐫𝐞𝐚 ° 𝐏𝐉𝐌
Fanfiction"Tengku Hilman Qayyum Park, aku nikahkan dikau dengan Farisha Saffia binti Haji Rafael dengan masa kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Quran tunai" "Aku terima nikahnya Farisha Saffia Binti Haji Rafael dengan mas kahwinnya RM25,000 dan senaskah Al Qu...