Aku mengerutkan dahiku apabila merasakan sakit yang amat di kepala. Urgh aku cuba membuka mata dengan perlahan.
"Kau dah sedar?" Soal seseorang membuatkan aku tersedar dengan realiti.
Aku melihat Casper yang sedang duduk di atas single sofa yang tak jauh dari tempat aku baring. Kelihatan Casper sedang membaca surat khabar. Jap, dia faham ke tulisan Japan kat surat khabar tu?
"Err aku kat mana ni?" Soalku mengendahkan soalannya tadi.
Aku melihat sekeliling. Rupanya kami berada di dalam satu bilik yang agak luas. Tiba-tiba teringat dengan kejadian tadi. Aku makan donut dan tiba-tiba tekak dan dada aku berasa sakit. Aku rasa aku dah baca bismillah tadi.
"Kau kat rumah doktor pribadi family aku. Nasib baik sempat kalau tak, bye bye." Balasnya selamba sambil menyelak helaian surat khabar itu.
Aku memandangnya pelik. Doktor pribadi? Macam mana boleh ada kat sini? Baru sahaja aku ingin menyoal, tiba-tiba seorang doktor muda masuk ke bilik kami eh bukan bilik kami ha. Doktor muda itu tersenyum dengan manis. Kelihatan sedikit mukanya yang ke-Jepunan yitu.
"Hai Alice, saya Doktor Yuta. Saya doktor pribadi family tuan Casper." Sapanya dengan mesra.
Aku memandangnya pelik. Dah sejak bila pulak Casper ni tuan? Oh Leader Black Rose ke?
Casper mengeluh kecil lalu menutup helaian surat khabar itu dan menghampiri kami.
"By the way, macam mana keadaan dia?" Soalnya lalu memandangku sekilas.
Doktor Yuta tersenyum kecil.
"Racun yang memasuki tubuh Alice tadi kami berjaya mengeluarkannya. Nasib baik sempat. Then, Alice perlu berehat dalam dua atau tiga hari untuk mengaktifkan semula antibodi-antibodi tubuh badannya." Ujar Doktor Yuta dengan tenang.
Selepas beberapa nasihat, Doktor Yuta meninggalkan kami berdua. Keadaan menjadi hening seketika.
"Err kau dah selesaikan urusan kat sini ke?" Soalku ingin memecahkan kesunyian.
Casper menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.
"Dah, kot."
Aku memandangnya pelik. Apa dia yang 'kot' ni?
"Esok kau ikut aku. Ada hal." Soalnya lalu meninggalkan aku keseorangan pula.
See? Leader yang tak berperikemanusiaan betul. Baru je tadi Doktor Yuta tu cakap yang aku kena berehat dua atau tiga hari. Waduh.
...
Aku memandang sebuah mansion mewah yang berada di hadapanku dengan tatapan kagum. Wah, rumah siapa yang Casper bawa aku ni? Bapak kaya!
"Ni rumah siapa wei?" Soalku dengan mulut yang masih menganga.
Casper tersengih bangga. Pelik dibuatnya.
Wait, jangan cakap-
"Aku punya la."
Aku ternganga.
Aku tak sangka Casper sebegitu kaya sehingga memiliki mansion yang terlalu mewah ini! Kenapa Harry tak pernah bagitau sisi Casper yang satu ini? Aku semakin meragukan mengenai pribadi Casper.
Siapa dia ni?
Casper menarik aku untuk memasuki mansion mewah itu. Berderet para pembantu rumah beratur menyambut kami, tepatnya, Casper. Semua pembantu menunduk sebaik sahaja kami tiba.
"Welcome Sir Aniq!"
Aku mengerutkan dahi. Aniq? Itu nama Casper yang sebenarnya bukan? Kenapa diorang panggil Casper dengan panggilan Aniq?
YOU ARE READING
Black Rose
Acción(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...