"Dimana?" soal Harry sekali lagi.
"Malaysia. Kami dapat mengesan lokasi Black Rose di Malaysia melalui sebuah kamera keselamatan di sebuah syarikat." terang Adam.
"Tapi...." Adam berjeda apabila merasa sangsi terhadap sesuatu.
"Teruskan."
"Dalam kamera keselamatan tu juga, sistem dapat detect wajah Alisya."
Ahli Glogent yang lain mengerutkan dahi pelik.
"Apa maksud kau?"
"Kemungkinan Alisya belum mati." balas Adam tidak yakin.
Jika belum mati, apa maksud dengan segala petunjuk yang mereka dapat 2 tahun yang lalu?
"Maybe she's dead as Alisya. Not Alice." teka Amy si genius.
Akhirnya mereka faham yang Alice telah mengkhianati Glogent dan berkomplot dengan musuh.
"Apa kita nak buat Tuan?" Adam bertanya kepada Harry tentang rancangan selanjutnya.
Harry terdiam sebentar memikirkan sesuatu sebelum berkata,
"Amy, sediakan tiket penerbangan ke Malaysia."
Setelah beberapa minit mesyuarat tamat, semua ahli glogent pun beredar dari bilik mesyuarat meninggalkan Harry keseorangan.
Dia mendiamkan diri sambil memikirkan tentang 'bekas' ahli Glogent iaitu Alice. Dia tersenyum kecil.
" Pandai kau buat pilihan ye." ujarnya sendirian di bilik itu.
....
Alice melihat penampilannya pada pagi ini. Kemas berpakaian formal bersama kaca mata sederhana besar bersertakan rambutnya yang diikat tocang.
"Kerja kau hanya menyusup masuk dan bawa keluar SiCip itu sahaja." terngiang-ngiang suara Casper yang memberinya arahan untuk menyamar menjadi salah seorang pekerja di sebuah syarikat, Ruby Company.
Nampaknya, kerjanya sebagai spy tidak akan pernah hilang walaupun dia telah berhenti secara 'tidak rasmi' sebagai Glogent.
Alice menghela nafas dengan perlahan. Pikirnya, Black Rose akan dihentikan terus.
"Nilai SiCip terlalu tinggi di pasaran. Orang yang upah kita untuk 'mengambil' nya menawarkan harga yang melampau membuatkan aku berat hati untuk menolak." Casper memberi alasan.
Alice pasrah. Siapa sahaja sanggup menolak jika ditawarkan dengan harga 1 juta?
Casper tetap Casper.
Jadinya, Casper mengarahnya bersama Rif untuk melakukan tugas ini sementara Casper akan mengambil perhatian semua orang di syarikat tersebut dengan membuat tinjauan sebagai Presiden AA's Company agar tiada siapa menyedari akan kehilangan SiCip tersebut.
Dan disinilah Alice dan Rif berada. Mereka berdua memasuki Ruby Company dengan mudah setelah menggunakan identiti salah seorang pekerja di syarikat tersebut.
Mata Alice meliar ketepi melihat Casper yang disambut sebagai Presiden AA's Company dengan santai.
"Dimana terletaknya SiCip itu?" soalnya kepada Rif sebaik saja mereka tiba di dalam bangunan itu. Alice terpandang sebuah kamera keselamatan yang berada di sepanjang perjalanan mereka bersama riak wajah yang tidak berperasaan.
"Tingkat 18." balas Rif ringkas.
"Tiada kawalan keselamatan?"
"No worries. Ruang tu hanya dikawal oleh kamera keselamatan tetapi ruang kawalan kamera keselamatan telah diambil alih oleh Black Rose."

YOU ARE READING
Black Rose
Action(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...