Dalam diam, Alice memandang laci berhampiran Casper itu dengan penuh fikiran. Dia tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengambil kunci emas yang berada di dalam laci itu tanpa disedari oleh Casper. Dengan adanya kunci emas itu, semakin kuat kekuasaan Black Rose nanti.
Rupanya ligat Alice yang sedang memandang laci itu telah diperhatikan Casper sejak beberapa minit yang lalu.
"Melamun apa tu?" Soal Casper walaupun dia tahu jawapan sebenar.
Alice terperanjat kecil lalu memandang Casper.
"Err..." Dirinya masih terfikir untuk membalas apa untuk Casper. Takkan mahu berterus terang? Cari maut namanya.
"Kau tak sabar nak guna kunci emas ni ke?" Umpan Casper membuatkan Alice menggelabah.
"W-what?"
"Mana tau kau tak sabar nak tengok senjata-senjata yang kita dapat tu ke? Aku cadang nak ajak kau nanti kita bukak ruang tu nanti." Balasnya santai.
Mata Alice berbinar mendengar jawapan Casper itu. Mungkin ketika itu merupakan waktu yang tepat untuk menjerat Black Rose dan menangkap mereka.
"Bila?" Soal Alice tidak sabar.
"Bi-"
Kring! Kring!
Bunyi panggilan telefon milik Casper memotong perbualan mereka. Alice mendengus kecil apabila peluang keemasannya terpaksa dilepaskan disebabkan oleh panggilan itu. Alice yang tidak mahu menganggunya bergerak ke ruangan tengah dan duduk di sofa yang berada di dalam bilik ini sambil mencuba mencuri dengar perbualan sepihak oleh Casper itu. Mungkin dia boleh dapatkan beberapa info yang berguna untuknya.
"Ada apa?" Soal Casper basa-basi.
"...."
Casper terdiam beberapa saat lalu memandang Alice yang sedang cuba mengintai Casper. Mungkin dia akan ketawa kecil apabila melihat kegiatan Alice yang agak lucu itu jika berita yang diterimanya tidak seperti yang diharapnya.
"Okey aku jumpa kau kejap lagi." Casper mengakhiri perbualannya dengan seseorang yang tidak dikenali lalu bersiap mengemas mejanya yang penuh dengan beberapa dokumen.
Alice bangun dari duduknya lalu menghampiri Casper dan melihat perbuatannya dengan diam. Dia tertanya apa rancangan Casper selepas ini di lubuk hatinya.
"Lepasni kau terus balik and sorry aku tak dapat hantar kau malam ni. Aku akan suruh Haziq hantar kau okey?" Ujarnya lembut sambil mengusap kepala Alice lembut.
"Ala why? Kau nak pergi mana?" Soal Alice sambil dengan curiga.
Casper membalasku dengan senyuman kecil.
"Tak baik gadis comel macam kau ni merayap tengah-tengah malam ni." Godanya sehingga menyebabkan wajah Alice berona merah akibat menahan malu.
Argh dia nak sweet dengan aku ke apa?
Alice hanya mengangguk kecil tanpa menyoal lebih kerana dia tahu Casper pasti tidak akan memberitahunya apalagi melihat Casper yang sedang terburu-buru itu. Tapi, itu tidak bermakna Alice akan berdiam diri. Tanpa disedari Casper, Alice menyerigai licik untuk menyusun rencananya.
...
"Wei aku nak pergi pekan kejap boleh? Aku ada barang nak beli. And kau boleh balik lepas tu sebab ada kawan aku kat sana." Bohongku kepada Haziq yang sedang memandu kereta dan langsung disetujuinya tanpa banyak soalan.
Aku melihat lokasi yang Casper tuju di dalam telefon pintarku. Ternyata Casper sedang menuju ke sebuah kafe yang sering aku dan Lauren pergi, Glo Cafe. Agaknya dia ingin bertemu dengan siapa? Adakah Casper sedang merancang sesuatu? Untuk apa? Victor Junior? Atau tentang masalah perjumpaan Black Rose dengan Mafia Amerika tempoh hari?
YOU ARE READING
Black Rose
Acción(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...