Casper menggenggam tangan Alice dengan lembut sambil membawanya ke suatu tempat. Alice tidak pernah berharap tinggi tapi apabila melihat suasana di restoran itu membuatkan wajahnya membahang.
Disekitarnya penuh dengan lilin yang menyinari kegelapan malam dengan indah. Terjelas sisi romantik yang ingin ditunjukkan oleh Casper.
"Sit, sayang." Casper mempersilakan Alice duduk di sebuah meja yang terletak di luar restoran dan menghadap laut.
Pelbagai hidangan yang terdapat di atas meja itu membuatkan Alice meneguk liur dengan kasar.
"Err... Ada apa sebenarnya harini?" soal Alice pelik.
Pelik juga la tiba-tiba Casper menyuruhnya memakai dress dan berdandan dengan cantik untuk malam ini.
Alice sempat terpaku apabila melihat Casper yang mengukirkan senyuman manis yang jarang ditunjukkan kepadanya dan lain-lain. Casper miskin dengan senyuman. Sekali dia senyum, ada la tu makna tersirat yang membuatkan Casper senang hati. Seperti sekarang.
"Seperti yang dikatakan, aku nak lamar kau harini." ujarnya dengan ringkas tapi sungguh bermakna bagi Alice.
Alice menutup mulutnya tidak sangka. Tidak tahu rupanya Casper serius untuk menjalinkan hubungan yang lebih dalam dengannya.
Casper mengeluarkan sebuah kotak hitam kecil dan membukanya. Terpaparlah isi kotak itu yang merupakan sebuah cincin perak yang bersinar membuatkan Alice jatuh hati. Tiada yang istimewa yang dapat menarik hati tentang corak cincin itu tapi dapat Alice rasakan kejujuran dan keikhlasan daripada pemberi cincin itu.
"Will you marry me?" soal Casper dengan lembut.
Alice terkekeh menahan air mata daripada mengalir.
"You said yang kau tak nak soal tu?" godanya.
Casper tersengeh.
"Well, walaupun aku tanya, aku tetap tahu apa jawapannya bukan?" balas Casper sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Tidak tahu sama ada lelaki itu malu atau bangga dengan jawapannya. Semua kelakuannya itu dianggap comel bagi Alice!
"Kalau macam tu.... Sarung kan la!" ujar Alice terharu dan menyodorkan jari manisnya agar Casper menyarungkan cincin tersebut.
Casper tersenyum lega.
"Thanks sayang. I love you." ujarnya ikhlas.
Alice terkekeh kecil.
"I love you too."
....
"Awak balik pukul berapa harini?" soal Alice kekok apabila cuba menukar panggilan antaranya dan Casper.
"Hmm, mungkin aku balik lewat sikit. Kenapa?"
"Baru nak ajak lunch bersama." balasnya dengan sedikit merajuk.
Casper tersenyum kecil melihat telatah Alice yang kelihatan comel itu.
"Apa kata kau datang office tengah hari ni then kita lunch bersama."
Alice memandang Casper dengan mata yang berbinar.
"Boleh ke saya datang?"
Casper mengangguk.
"Untuk kau semua boleh." usiknya membuatkan wajah Alice merona.
...
Sementara menunggu tengah hari tiba, Alice membuat keputusan untuk berjalan-jalan sebentar di shopping mall bersama Rif.
"Kau ada nak beli something?"

YOU ARE READING
Black Rose
Action(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...