Bab 19 : The Truth Untold

123 8 0
                                        

Seminggu yang lalu

"SAYANG WATCH OUT!" Jerit Casper apabila melihat Alice yang hampir dilanggar oleh kereta apabila sedang ingin melintas jalan. Mungkin keberuntungan tidak menyebelahinya....

Brukk!

...

Casper memandang Alice yang terbaring lemah di atas katil pesakit itu sambil menggenggam tangannya erat. Dia menyesal kerana tak sempat menyelamatkan belahan jiwanya itu. Sudah 2 hari Alice tidak bangun dari tidurnya.

"Maafkan aku kerana mengingkari janji untuk jaga kau." ujarnya lalu mengusap tangan Alice.

Bunyi pintu dibuka diabaikan olehnya. Muncullah Rif, Lucas dan Noah yang datang melawat pasangan itu.

"Casper, aku ada benda nak bincangkan dengan kau." ujar Noah perlahan.

"Apa?" soalnya tanpa melepaskan pandangannya daripada Alice.

"Tentang kemalangan haritu."

Tiba-tiba Casper bangun lalu memandang Noah dengan tatapan yang sukar difahami.

"Kita bincang di luar."

...

"Ni tentang kes rompakan Ruby Company yang kita lakukan sebelum ni. Aku dapat tahu diorang yang hantar orang suruhan untuk kenakan korang." jelas Noah.

Casper terdiam sambil memikirkan sesuatu yang dapat membalas kejahatan mereka.

Dia akan pastikan orang yang cederakan Alice akan mendapat balasan yang setimpal.

"Aku nak kita kumpulkan budak-budak kita." arahnya tegas lalu beranjak masuk ke dalam bilik wad yang ditempati Alice.

"Aku nak korang hantar budak untuk jaga Alice. Korang ikut aku untuk rancangan kita." arahnya kepada Rif dan Lucas yang berada di dalam.

Tak lama kemudian mereka meninggalkan Alice sebaik sahaja dua orang anak buah Black Rose tiba untuk menjaga mereka. Dan tak disangka, itulah kali terakhir mereka untuk berjumpa dengan Alice.

.....

"Apa kau nak dari aku?" soalku dengan tenang.

Mungkin kena penuh kesabaran untuk bercakap dengan perempuan ni.

"Casper." balasnya.

Aku tersenyum sinis.

Tak sekarang ni, aku pon tak tahu Casper kat mana? Mungkin dia pergi berfoya-foya dengan si Ica Ica tu kot.

"Aku tak ada kaitan dengan Casper." nafiku.

Lauren memandangku marah.

"Jangan tipu! Kau diburu polis sebab kau ikut Casper kan?!" tiba-tiba Lauren mendorong bahuku kasar menyebabkan aku terjatuh ke atas lantai.

Lauren duduk di atas perutku sambil mengacungkan hujung pisau di atas dadaku. Argh perempuan gila tak guna!

"Apa masalah kau! Kau ada nampak Casper dengan aku ke sekarang ni?!" bengangku terhadap Lauren.

"Kau mesti tahu dia kat mana!"

"Lagipun kau tak ada motif nak jumpa Casper!" balasku.

"Dia bunuh ayah aku!" balasnya dengan mata berair.

Tiba-tiba aku berasa iba dengan keadaan gadis di atasku ini. Mungkin perasaan sayang terhadap ayahnya terlalu tinggi menyebabkan obsesinya untuk membunuh Casper sangat mendalam.

Black Rose Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang