Glorid University
"Okey kita tamat kelas di sini. Pastikan tugasan yang saya beri mesti siap 3 minggu dari sekarang." Ujar Prof Joshua.
Aku mengeluh kecil. Aduh 3 minggu cukup ke untuk sediakan tugasan ni? Bukan tugasan mudah tapi bagi aku ianya menyeronokkan. Okey, perkenalkan nama aku Alisya Qaisara Binti Aiman Sufian. Umur aku baru 19 tahun dan aku baru memasuki Gloris University dalam jurusan kedoktoran.
Cita-cita aku nak jadi doktor psikologi yang dianggap merawat orang gila. Bagi aku, semua yang berlaku mempunyai sebab tersendiri. Okey cukuplah perkenalan aku disini. Now aku perlukan 3 minggu untuk focus dengan tugasan yang diberi oleh Prof Joshua.
Kring!
Harry
Urgent!
Aku mengeluh. Time ni jugak la ada urgentnya....
Dengan cepat aku mengemas barang-barang lalu bergegas keluar dari dewan kuliah.
"Alisya! Why so rushing!" Soal Lauren yang mengejar aku.
"Err I have some works to do. Got to go!" Balasku cuba untuk tidak menjelaskan dengan lebih lanjut kepada Lauren.
Rahsia yang satu ni, perlu dijaga. Tiada siapa yang perlu tahu mahupun sahabat aku sendiri.
Aku memasuki satu lorong yang tersembunyi di pekan Glorid ini. Fuh, sebut sahaja tentang lorong tetiba teringatkan lelaki black rose haritu. Rasanya dah sebulan lebih aku cuba untuk melupakannya tapi tetap saja berlegar-legar di kepala memikirkannya.
Clik!
Aku membuka pagar di belakang lorong ini lalu terpaparlah sebuah ferrari merah yang tersergam indah di sana. Aku tersengih. Kalau Lauren nampak ni, mahu melalak perempuan tu.
Selepas setengah jam, akhirnya aku tiba di suatu destinasi yang jarang aku pergi akhir-akhir ini. Nampaknya, aku mendapatkan satu tugasan yang berat lagi.
"Kita ada misi baru."
...
Blair's
Aku memandang club malam dihadapanku dengan penuh fikiran. Betul ke apa yang aku buat ni? Lalu aku melihat baju yang kupakai harini. Just baju yang dikatakan tak cukup kain. Huh, kalau bukan sebab misi tu, memang tak la aku nak buat ni.
Aku beratur bersama Amy dan Adam a.k.a pasukan aku untuk memasuki club malam ini. Tiba-tiba teringatkan misi berat yang diterangkan oleh Harry petang tadi.
...
"Negeri Glorid dah makin tak aman akibat keberadaan Black Rose yang makin berkuasa." Ujar Harry memulakan mukadimah.
Aku mengerutkan dahiku.
Black Rose?
Ni bukan kumpulan mafia yang pernah diceritakan oleh Lauren haritu?
'Black Rose ni adalah bapak segala setan kat Glorid ni.'
"Kau nak kita tangkap Black Rose? Aku tak rasa benda tu perkara mudah." Ujar Amy yang merupakan pasukan kami.
"Thats why aku panggil korang." Balas Harry sinis menunjukkan kami satu persatu.
Aku mengeluh kecil. Aku dah lama tak turut serta dalam pasukan ni. Aku terpilih untuk menyertai Glorid Agent ataupun Glogent pon sebab aku ni mempunyai pelbagai kemahiran. Antara salah satu kemahiran yang paling aku bangga ialah hack. Boleh dikatakan aku antara yang paling pakar dalam bidang IT dalam Glogent. Selalunya, aku hanya akan dipanggil jika terdapat misi yang terlalu berat dan rumit seperti sekarang.
Glogent merupakan satu pertubuhan rasmi untuk membasmi pelbagai jenayah yang berlaku di Glorid. Apabila telah diiktiraf 2 tahun yang lalu, Glogent semakin diperlukan di Glorid mahupun di luar negeri. Glogent ialah antara agent rahsia yang paling hebat kerana strateginya yang tidak pernah menghampakan walaupun mengarut, seperti sekarang.
"Aku nak salah satu daripada korang rapat dengan Leader Black Rose." Cadang Harry yang merupakan ketua pasukan kami.
"What?! Ingat senang ke?" Soal Adam dengan bengang.
Mungkin bengang dengan Harry si ketua mengarah padahal Harry tak pernah bertindak. Okey ini aku setuju tapi nak buat macam mana dia ni mempunyai 1001 idea dan strategi yang berkesan untuk melumpuhkan para jenayah.
"Ya tak semua benda kat dunia ni mudah baby." Perli Harry membuatkan Adam tersedak air liur.
Bapak gay detected!
"Okey begini rancangannya...."
...
Dan akhirnya kami terkandas di dalam sebuah club malam yang mengandungi pelbagai variasi manusia yang haih.
Bila nak insaf ni kawan?
"Okey kita duduk berasingan. Aku dan Amy duduk di hujung sana, kau duduk kat bar ni." Cadang Adam.
Aku mengeluh lagi. Ini la rancangannya. Aku yang dijadikan taruhan dalam strategi handal si Harry. Aku perlu cuba untuk memastikan leader Black Rose a.k.a Casper untuk sedar kehadiran aku di sini. Apa nak buat lepas tu?
"Pandai-pandai la kau pikir."
Ucapan Harry membuatkan aku terdiam.
Hah pepandai la nanti.
"Bagi saya coke." Ujarku kepada pelayan bar itu.
Semasa aku menunggu pesanan daripada pelayan bar itu, tetiba seorang lelaki duduk di kerusi sebelahku bersama kepala yang terangguk-angguk.
"Give me one glass of champagne." Ujar lelaki di sebelahku ini dengan perlahan.
*OK SIS TATAU LA NAK ORDER KE APA KAT CLUB NI SBB X PERNAH GI HOHOHHO TIBAI JE LA*
Aku rasa lelaki ni dah sampai tahap dewa mabuknya. Tiba-tiba mata aku terpandang tangannya yang berada di atas meja. Ada satu benda di tangannya yang menarik perhatian aku. Tatu black rose.
Adakah ini lelaki yang berada di lorong gelap haritu?
Mengikut bentuk tubuh badannya dan matanya macam spesies je. Kejap, kalau tatu black rose, MEANS DIA NI MEMBER BLACK ROSE LA.
Tiba-tiba dia memandang aku.
Gulp!
Dia memandang aku dengan dalam. Sama seperti haritu dia pandang aku. Jantung aku berdetak laju apabila melihat dia memandang aku dengan lama. Perasaan apakah ini? Kenapa masa ini juga hormon adrenalin dirembeskan dengan begitu banyak? Selama ni aku tak pernah takut untuk menghadapi misi.
Tiba-tiba lelaki itu tersenyum. Sinis?
"Kau ni perempuan haritu kan?" Soalnya sambil tersengih.
Aku syak dia dalam keadaan mabuk lagi ni. Aku rasa ni la kesempatan aku untuk mendekatkan diri dengannya. Mungkin selepas ini aku boleh bertanya tentang Casper. Jujur, aku tak pernah lihat wajah Casper. Menyesal pulak berangan time Harry terangkan detail tentang Casper tadi.
"Err siapa?" Soalku seolah-olah tidak mengenalnya.
Dia kembali tersengih.
"Gadis yang lalu di lorong gelap seolah-olah bersedia untuk dirogo-"
Cepat-cepat aku menutup mulutnya dengan tangan aku. Okey aku tak sanggup untuk mendengar dia menghabiskan ucapannya.
"Oh.. awak ni yang lelaki serba hitam tu ya?" Soalku.
Dia mengangguk kecil.
"Yes. By the way, kenapa gadis comel boleh berkeliaran di tempat liar macam ni? Tak takut ke?" Soalnya lagi.
Aku nak Casper. Mahu sahaja aku menjawab seperti itu.
"Err stress?" Balasku.
"Oh. By the way, I'm Casper. And you?"
Deg deg deg
....
Dont forget vote comment hewhew💚
ANDA SEDANG MEMBACA
Black Rose
Ação(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...
