"Sudah 2 tahun, Alisya tinggalkan kita." ujar Adam pasrah sambil memerhatikan gambar pasukan mereka bersama Alice di dalam galeri telefon.Amy turut berduka cita dengan kepergian Alice.
Ada banyak kemungkinan yang berlaku kepada Alice. Kata Harry, mungkin Alice sudah mati di tangan Casper. Mungkin juga Alice diculik sekali lagi oleh musuh-musuh Black Rose. Atau Alice sudah dibawa pergi oleh Casper. Tapi, banyak bukti yang mengatakan Alice sudah mati.
Salah satunya nota terakhir yang ditinggalkan oleh Alice di tepi Glo River.
Maafkan aku semua. Aku memang tak layak hidup dalam kalangan kalian. Aku memang tak berguna. Benarkan aku pergi. Selamat tinggal, semua.
Itulah salah satu kata-kata yang tertulis di dalam nota itu. Mungkin Alice sudah terjun ke dalam sungai yang besar itu dan tidak menimbulkan diri.
"Jadi, macam mana dengan rancangan kita untuk jatuhkan Black Rose?" soal Amy setelah dua tahun tidak diungkit.
Sejak kepergian Alice, masing-masing mendiamkan diri dan tidak membuka suara mengenai Black Rose.
Harry menggeleng kecil.
"Pihak atasan suruh kita hentikan rancangan ni. Lagipun, jejak Black Rose dah hilang sejak kepergian Alice. Mungkin Black Rose berasa terancam."
Terancam sebab kepergian Alice.
...
Malaysia
"Masalah yang dicetuskan oleh kumpulan mafia semakin berleluasa yang menyebabkan ramai penduduk di Malaysia terkorban. Malah—"
Klik!
Alice menutup siaran televisyen dengan muka masam.
"Lagi teruk daripada di Glorid." komennya selepas melihat berita itu.
"Yela keselamatan di sini tak seketat di sana." balas Rif sambil membandingkan keselamatan di Glorid dan Malaysia.
Alice memutarkan matanya menyampah apabila mendengar Rif yang seperti merendahkan tahap keselamatan di Malaysia. Ceh, Alice lahir dan membesar di sini, berani dia memburukkan tanah airnya ya?
Walhal, Rif juga berasal dari Malaysia.
Perkenalkan sahabat baru Alice, Rif atau nama panjangnya Rifki. Asalnya, Rif merupakan anak buah Black Rose yang baru, sejak mereka tinggal di sini. Dua bulan yang lalu, Casper membuat keputusan untuk berpindah di Malaysia pula. Casper juga menugaskan Rif untuk menjaga Alice walaupun dia tahu Alice mampu menjaga dirinya sendiri.
Sepanjang dua tahun kepergian Black Rose, bermacam-macam negara mereka berhijrah. Dan di setiap negara yang mereka pergi, tidak pernah sekali pun mereka terlepas daripada masalah. Seperti di berita tersebut.
"Baik kau diam sebelum aku sula kau." ugut Alice.
Rif hanya tersengeh tidak menanggapi ugutan Alice. Well, umur mereka yang sebaya itu membuatkan mereka akrab dengan cepat walaupun penuh dengan pertengkaran sepanjang hari.
"By the way, dah seminggu Casper tak balik." ujar Alice kesedihan.
Rif hanya terdiam.
"Kau rasa dalam berita tu, diorang cakap pasal Black Rose lagi ke?" soal Alice lagi.
"Em aku tak pasti. Tapi bukan ke Casper cakap dia ada business trip di Japan?"
Mereka berdua terdiam memikirkannya.
Jadi, kumpulan mafia mana pulak yang membuat kacau itu? Setahu mereka, kawasan yang diberitahu oleh pembaca berita tadi merupakan kawasan Black Rose dan anak buah Black Rose tak akan meneruskan kerja mereka selagi Casper belum pulang.
YOU ARE READING
Black Rose
Acción(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...