"Aku terima nikahnya Alisya Qaisara Binti Aiman Sufian dengan mas kahwin sebanyak RMXXX.XX tunai."
Dengan sekali lafaz, Alice telah rasmi menjadi isteri kepada Casper ataupun seorang Aniq Aqashah.
"Maaf aku tak mampu buat majlis untuk kita berdua tapi aku akan pastikan kau tetap akan bahagia sepanjang bersama dengan aku, sayang."
Alice terdiam mendengar ucapan ikhlas daripada Casper. Dia mengerling sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya itu.
"Selagi aku hidup, aku akan tetap jaga kau. Mulai sekarang, kau merupakan orang yang terpenting dalam hidup aku. Kau keutamaan aku. Kau adalah nafas aku. Jadi aku mohon, jangan tinggalkan aku."
Alice tersenyum mendengarnya lalu mendongak untuk melihat Casper yang sedang memandangnya.
"Tiada sebab saya nak tinggalkan awak, kecuali maut dan keinginan Allah untuk saya lepaskan awak."
"Aku pegang kata-kata kau Mrs. Aniq Aqashah."
Gelaran yang disebut oleh Casper itu cukup membuatkan wajah Alice merona.
Sebenarnya dia masih tak percaya dia telah melepaskan title 'single' dalam dirinya dan sudahpun menjadi seorang isteri. Tapi dalam pada masa yang sama, dia gembira. Kerana suaminya ialah Casper.
Dia tahu. Casper seorang pendosa. Dia juga. Tapi dia berharap kehidupan mereka akan berubah seiring berjalannya waktu. Dia hanya berharap hubungan mereka kekal sehingga ke Jannah.
Boleh bukan?
InsyaAllah.
...
"Sebagai hadiah perkahwinan kita, aku akan tunaikan 3 permintaan daripada kau."
Alice memandang Casper dengan mata yang berbinar.
"Serius ke?"
Casper mengangguk yakin.
"Emmmm."
"Emmmm."
"Emmmm."
Casper menggulingkan mata menyampah melihat isterinya yang terlalu lama memikir.
Susah sangat ke nak fikir?
"Lamanya berfikir?" soal Casper jengah.
Alice mencebik.
"Ish yela. Bukan selalu awak bagi peluang dengan 3 permintaan ni kan?" balas Alice geram.
"Ala untuk kau semua boleh sayang." goda Casper membuatkan wajah Alice membahang.
"Ish. Kalau macam tu, saya nak pergi bercuti!"
"Kat mana kita nak honeymoon?"
Alice sempat tersenyum malu mendengar soalan Casper itu. Honeymoon? Honeymoon bermaksud waktu yang diluangkan oleh sepasang suami isteri sahaja tanpa gangguan.
"Emm saya ikut awak je la. Saya tak kisah." Alice tersengih.
Casper mengangguk kecil.
"Pack your back. Kita pergi sekarang."
Arahan Casper secara tiba-tiba itu membuatkan Alice tersedak air liur.
"Hah sekarang? Cepatnya!"
Casper tersenyum kecil.
"Ada suatu tempat yang aku nak bawak kau."
.....
"Daddy, Aniq nak perkenalkan isteri Aniq." ujar Casper perlahan di depan sebuah kubur. Di batu nisannya terpahat nama seseorang yang dikenali mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Black Rose
Action(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...