"Uwargh." Alice dan Lauren meregangkan badan mereka sebaik sahaja keluar dari perkarangan tempat belajar.
"Lepas ni kau pergi kerja ke?" Soal Lauren.
Sepanjang Alice menjadi ahli Black Rose, Lauren hanya menyangka bahawa Alice melakukan part time di suatu tempat yang tidak dipastinya. Alice terpaksa berbohong kepada Lauren memandangkan dia tidak tahu pekerjaan sebenar Alice sebagai Glogent yang sedang menyamar menjadi ahli Black Rose.
"Em maybe tak." Balas Alice sambil menuju ke arah kereta Lauren.
"Eh kejap." Lauren menahan Alice apabila dia terlihat sebuah kereta yang agak familiar.
"Apahal?"
"Tu bukan kereta pakwe kau?" Soal Lauren aneh lalu menunjukkan keberadaan kereta itu yang berada berhampiran mereka.
Pakwe mana lak ni? Fikirnya sendirian.
Alice mengecilkan matanya untuk melihat kereta yang ditunjukkan oleh Lauren.
Ferrari merah.
Mereka berdua terkejut apabila tingkap keretanya tiba-tiba terbuka. Hampir keluar makian comel Lauren itwo.
"Eh betul la tu pakwe kau. Dah la sana pergi date." Dengan kepoh Lauren tolak Alice menjauh darinya.
"Eh?!" Alice memandang Lauren pelik.
"Takpe aku boleh balik sendiri. Dah chaw!" Seakan-akan memahami maksudnya, Lauren terus memasuki keretanya dan meninggalkan Alice sendiri.
"Hantu betul! Entah² Casper datang bukan untuk aku macam mana?" Geram Alice dibuatnya tapi akhirnya dia tetap mendekati Casper.
Harapan terakhir gitwo.
"Ha datang pon."
Alice mencebik.
"Kau tunggu aku ke?" Soal Alice.
"Ha la. Dah cepat la masuk. Kebas punggung aku tunggu kau ni." Ujar Casper menunjukkan riak wajah yang marah. Sengaja ingin bergurau dengan gadisnya itu.
Gadisnya eh.
"Eleh tak cakap pon nak jemput aku." Bebel-bebel pon Alice tetap memasuki kereta.
"By the way kita nak pergi mana?"
"Malam ni ada party kat club untuk menyambut kejayaan kita dapatkan kunci emas haritu-"
"SO KAU NAK BAWAK AKU PERGI CLUB KE?" Potong Alice dengan terkejut.
"Err ye la. Asal?" Soal Casper pelik.
'Macam tak pernah pergi club malam je minah ni.' Geramnya apabila mendengar suara Alice yang tiba-tiba meninggi tadi.
'Aku memang tak pernah pergi club malam huwa. Yang haritu tu pon sebab terpaksa. Kalau tak, memang tak la aku nak jejak kaki kat tempat nakharom tu!' Ujarnya di dalam hati seakan-akan menjawab persoalan Casper.
"Ta-tak ada apa-apa." Nafi Alice menyembunyikan hal yang sebenar.
...
Blair's
"Yo our Leader dah sampai!" Ujar Lucas apabila melihat Casper dan Alice berjalan ke arah mereka.
Ahli Black Rose yang lain menyambut kedatangan Leader mereka dengan meriah. Mereka sempat saling bertoss ria sambil mendengar muzik yang membingitkan telinga Alice.
'Argh runsing aku!' Geramnya dalam hati tapi disembunyikan dengan senyuman sinisnya.
"So harini kali pertama Alice join party kita right? Apakata kita sambut kedatangan Alice?" Cadang Lucas lalu menyerahkan gelas yang berisikan beer kepada ahli yang berada di situ termasuk Alice.
YOU ARE READING
Black Rose
Aksi(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...