Bab 6 : Casper In Love

364 24 4
                                    

Aku hanya terdiam melihat pertemuan antara Black Rose dan Eagle iaitu kumpulan mafia dari Amerika itu dari belakang. Pertemuan kami dilakukan di sebuah gudang lama yang jarang dilalui oleh orang ramai.

Casper tersenyum sinis kepada Alex iaitu Leader Eagle sambil menyerahkan sebuah beg bimbit hitam.

"As your wish." Ucapnya tenang.

Seorang anak buah Eagle membuka beg bimbit itu dengan berhati-hati seolah-olah di dalamnya ada berli-

Wow!

Aku menahan mulutku dari ternganga luas apabila melihat isi di dalam beg bimbit itu. Memang benar tekaanku! Terdapat sebiji batu berlian bersaiz sederhana yang kian popular kerana hilang dicuri semasa melakukan pameran sebelum ini.

Ja-jadi.... Black Rose lah dalang disebalik kehilangan batu berlian itu!

Aku dapat jangka ahli kumpulanku juga turut terkejut di sebalik kamera kecil yang diletakkan di jaket kulit hitamku ini.

"What the fish?!" Maki Adam di sebalik earphone tersembunyiku dengan tidak sangka.

Alex melihat batu berlian itu dengan penuh puas hati lalu terangguk-angguk kecil.

Kemudian Alex menyerahkan sebatang kunci emas kepada Casper. Casper menyambutnya dengan senang hati. Siapa saja yang tidak senang hati untuk menerima pelbagai jenis senjata api daripada Mafia Amerika itu?

Baru sahaja Casper ingin berucap, kedengaran siren polis yang membuatkan kerjasama ini tergendala. Alex dan semua ahli Eagle meninggalkan gudang lama ini dengan segera, tidak terkecuali kami.


...



"Shit! Macam mana polis tahu tentang perjumpaan kita ni?" Berang Lucas apabila kami sudah tiba di markas Black Rose.

Kelihatan Lucas menendang seorang anak buahnya, Haziq yang bertanggungjawab untuk memastikan perjanjian ini tidak diketahui polis. Haziq hanya tertunduk dengan penuh kekesalan akibat perbuatannya yang leka itu tanpa mereka ketahui dalang sebenar yang membocorkan rahsia mereka.

Heh!

"Casper, aku perlu berbincang dengan kau." Ujar Lucas dengan serius sebaik sahaja semua anak buah Black Rose sudah meninggalkan markas yang hanya menyisakan kami bertiga sahaja.

"Apa dia?"

Lucas memandang aku dengan tajam.

"Hanya kita berdua." Sambungnya.

Aku yang memahami Lucas menginginkan privasi terus keluar dari markas dengan segera. Mood Lucas bukan boleh dibawa main-main.

Aku mengerutkan dahi sendirian sambil menuju ke arah kereta.

Agaknya mereka ingin berbincang tentang apa?

Takkanlah-

Dengan cepat aku meng'on microfon yang sengaja aku letakkan di sudut ruang markas itu untuk mengetahui segala kegiatan mereka. Malah aku juga telah meletakkan kamera tersembunyi di sana tanpa disedari mereka.

Aku melihat Lucas dan Casper sedang berbincang dengan penuh serius. Asalnya, aku syak yang Lucas curiga dengan penglibatan aku dalam Black Rose. Siapa saja yang tidak curiga dengan kehadiran seorang gadis yang berlagak berani untuk menyertai Black Rose yang amat dijauhi oleh orang lain?

"Aku syak ada pengkhianat dalam Black Rose." Teka Lucas sambil memandang tajam ke arah Casper.

Aku meneguk air liur dengan kasar. Sungguh tidak bagus jika Lucas boleh meneka pengkhianat itu secepat ini.

Kelihatan Casper memandang Lucas tak percaya.

"Apa kau merepek ni? Setiap ahli kita dah check profil dia kan? Kau ingat aku ambil diorang sesuka hati je?" Geram Casper.

"Tapi-"

"Dah aku tak nak dengar semua ni. Nonsense!" Ujar Casper bengang lalu beranjak meninggalkan Lucas sendirian. Tapi sempat Casper berhenti sekejap di tepi Lucas dan berbisik sesuatu yang tidak dapat aku dengari.

Aku mengeryitkan mata dengan penuh curiga. Apa yang mereka bisikkan tu?

...

"Aku nak kau check CCTV di kawasan gudang tu." Arah Casper kepada Noah.

Noah mengangguk kecil lalu mengakses CCTV yang terpasang berhampiran gudang itu. Kami melihat beberapa buah kereta yang Casper syak adalah pihak polis. Memang benar tekaaan Casper kerana disana terdapat kereta yang dipandu Glogent juga.

Ah kenapa glogent begitu cuai pulak ni? Tak sedar ke diorang bahawa di sana terdapat banyak CCTV?

Huh

"Kenapa mengeluh?" Soal Casper yang menyadari kelakuanku itu.

"Nampaknya mereka dah tahu dari awal tentang pertemuan semalam." Ujarku dramatis.

Casper mengangguk kecil lalu tersenyum sinis.

Hmm pelik je lelaki ni.

Dia ada rancang something ke apa?

...

"Apa kau nak buat lepas polis dah tau pasal pertemuan semalam?" Soalku kepada Casper yang sedang duduk di kerusi kerjanya dengan santai.

Aku hanya berdiri di sampingnya sambil menunggu jawapan darinya.

"Nak buat apa? Aku dah dapat kunci emas tu pun." Balasnya bangga sambil memegang kunci emas itu lalu memasukkannya ke dalam laci di meja kerja itu.

Akan aku ingat itu untuk mengambil kunci emas itu sebelum Casper menggunakannya terlebih dahulu. Soal lokasi gudang yang menyimpan pelbagai senjata api itu belakang kira.

Casper POV

"Aku rasa Alice ada kaitan dengan semua ni." Ujar Lucas yang masih tidak menamatkan perbualan tentang kejadian haritu.

"Then?" Soalku bosan.

Kelihatan Lucas yang terkejut dengan reaksiku lalu tersengeh kecil.

"So kau dah tau something la ni?"

Aku menyeringai apabila mendengar soalan Lucas itu.

Aku melihat kertas yang berisikan maklumat peribadi seorang Alisya Qaisara atau Alice. Seseorang yang telah berjaya mengusik pintu hati aku sejak pertama kali kami berjumpa. Seumur hidup, aku tak pernah bertemu dengan seorang gadis yang begitu berani untuk menyapaku terkecuali dia. Tapi siapa sangka, dia mempunyai hasrat tersendiri untuk menyapaku.

Jadi, apa salahnya jika aku memenuhi hasratnya itu bukan?

Aku tersenyum sinis memandang gambar Alice.

"So apa perancangan kau?" Soal Lucas.

"Selagi ianya tak jatuhkan Black Rose, kita ikutkan je permainan dia." Balasku selamba.

Well, kekuasaan aku terlalu tinggi dan tidak mungkin akan musnah disebabkan oleh sekumpulan glogent itu.

"Well I guess, Casper in love huh." Sindiran Lucas tidak diendahkan.

Aku kembali terbayangkan gadis itu.

Alice, aku akan pastikan kau sendiri yang mengkhianati mereka.

....

Maaf kawan dah lama tak hapdate . Aye baru dapat on huhu btw dont forget vote comment moah 💜💚

Promote:

Dia Juara Dihatiku by unicornxxx__

Black Rose Where stories live. Discover now