Bab 14 : Menyerah

310 25 2
                                    

"Kau okey?" soal Harry sambil menyarungkan selimut di tubuh Alice yang kedinginan dengan suasana malam.

Alice mengangguk kecil lalu terpandang David Victor yang telah digari oleh pihak polis. Alice memegang lehernya yang terluka kecil akibat kelaran David Victor yang meleset itu. Mujurlah Alice sempat mengelak perbuatannya itu tadi dengan menumbuk mukanya secara mengejut. Sengaja Alice mengambil masa dengan mencabar hati David Victor untuk melepaskan tangannya yang terikat.

Sebelum David Victor menghilang, sempat dia memberikan pandangan tajam terhadapnya sambil mengisyaratkan sesuatu yang dapat ditangkap oleh Alice.

Kau akan menyesal.

Alice hanya mengabaikan isyarat itu dan menganggapnya sebagai angin lalu.

"Macam mana dengan Lauren?" soalnya apabila tidak terlihat kelibat Lauren dimana-mana.

Harry menghela nafas dengan berat.

"Dia sempat larikan diri tadi tapi jangan risau, kita semua akan luaskan pencarian untuk menangkapnya." jelas Harry.

Alice mengangguk faham. Tiba-tiba pikirannya melayang apabila teringatkan sesuatu.

"Wait, macam mana kau tahu tentang aku yang diculik ni?" soal Alice kebingungan.

David Victor atau kumpulan Dragon bukan salah satu target Glogent selama ni, setahu Alice. Jadi, Glogent tak mungkin tahu tentang mereka.

"Ada orang call aku then inform pasal kau. Aku tak dapat nak track siapa yang call sebab dari private number." balas Harry dengan wajah yang turut bingung.

"Tapi, kenapa kau diculik oleh dia?"

"David Victor musuh Casper."

Casper.

Alice baru terpikirkan tentang Casper. Dia mahu lihat Casper. Dengan segera Alice bangun dan keluar dari kereta.

"Sorry tapi aku perlu pergi."

Belum sempat Alice pergi, Harry menahan lengannya.

"Ada apa?" soal Alice kalut.

"Kau cakap kau dah dapatkan benda tu?"

"Benda apa?"

Alice mengerutkan dahinya. Dia tak dapat pikirkan benda lain selain Casper.

"Kunci emas."

....

Maafkan aku Harry. Aku janji lepasni aku takkan susahkan kau lagi.

Tak lama kemudian, teksi yang membawaku menuju ke hospital berhenti. Selepas membayar tambang, aku segera menuju ke ruang wad Casper. Darah yang berada di sekitar bajuku dan juga luka di leher aku abaikan sahaja. Tidak memperdulikan pandangan aneh oleh orang sekeliling. Tujuanku hanya satu.

"Mana Casper?" soalku sebaik sahaja tiba di hadapan ruang wad Casper.

Di dalamnya telah kosong. Seakan-akan tiada pesakit yang menempatinya lagi. Seorang nurse yang lalu digapai olehku dan aku soal dengan soalan yang sama kepadanya.

"Oh, mereka dah discharged beberapa jam yang lalu cik."

Aku terkedu.

Discharged? Walhal, kali terakhir aku jumpanya, dia masih tidak sedarkan diri.

Dia dah tinggalkan aku ke?

Aku cuba untuk call Casper tapi tidak dapat. Sekali lagi aku call dan ditolak!

Kenapa tolak?!

Aku juga cuba call Lucas juga tetapi masih tidak berjaya.

Apa yang dah berlaku ni?!

Aku melangkahkan kaki meninggalkan hospital dan menuju ke apartment milik Casper dengan harapan mereka berada di sana.

...


"Kau yakin dengan apa yang kau buat ni?" soal Lucas yang masih teragak-agak dengan rancangan Casper.

Casper hanya tersenyum sinis memerhatikan segala pergerakan sang kekasih dari cctv yang diaktifkan oleh Noah.

"Jangan risau. Kau buat je tugas kau. Aku nak kita bertolak tengah malam ni juga."

Lucas hanya mengangguk patuh dan menjalankan tugasnya dengan segera. Malas mahu berdebat dengan sang leader. Casper tahu apa yang dia lakukan.

....

Alice memasuki apartment Casper dengan mudah. Memang Casper sudah memaklumkan kata laluan untuk memasuki apartmentnya kepada Alice sebelum ini.

Dia membuka pintu bilik Casper.

Kosong.

Alice terduduk di atas katil Casper dengan penuh penyesalan.

Inikah pengakhirannya?

You are my angel~

Alice mengambil telefonnya dan terpaparlah nama Casper.

Casper is calling....

"Hello?! HEI kau kat mana?!" soal Alice dengan separuh menjerit.

Kedengaran dari suaranya menandakan yang dia sedang risau membuatkan Casper terkekeh.

"kenapa kau nak tahu?"

Alice makin tidak faham dengan soalan Casper.

"Kau kat mana bodoh?! Aku risaukan kau!" balas Alice kegeraman.

"Yeke kau risaukan aku?"

Alice mengerutkan dahinya.

"Apa maksud kau?"

"Lepas kau masukkan aku ke dalam penjara, kau masih risaukan aku?"

DEG!!!

Alice memegang dadanya yang tiba-tiba berdetak dengan laju.

Dia sendiri terkejut dengan soalan Casper yang tidak diduga itu.

"Mak-"

"Aku dah tahu semuanya."

Alice terdiam.

"Aku pikir, kau dah janji untuk tak tinggalkan aku."

Hatinya semakin senak mendengar suara Casper itu.

"Tapi kau pasti akan tinggalkan aku lepas misi kau dah selesai kan?"

Alice tidak dapat membalasnya. Lagipun, memang itu niatnya sebelum ini. Tapi semuanya sudah berubah. Malah dia sanggup berpaling daripada Harry dan pasukannya.

"Tapi semua tu takkan mudah bagi kau. Sebelum kau tinggalkan aku, bagi aku yang pergi dulu."

"Urusan kita tak akan berhenti sampai disini, sayang."

Dan panggilan berhenti meninggalkan Alice yang terkaku. Dia memikirkan tindakannya selepas ini. Dia tahu, Casper sedang mencabarnya. Casper tak akan senang-senang untuk melepaskan apa yang dimilikinya selagi Casper tidak mengucapkan 'selamat tinggal' yang sebenar kepada Alice.

Alice menggapai telefonnya dan cuba untuk menghubungi Casper.

"Ada apa sayang? Kau dah menyerah?"

Alice terdiam sebentar sebelum berkata,

"Ya, aku menyerah. Bawa aku pergi bersamamu."

"Urusan antara kita belum habis lagi." sambung Alice.

Casper tersenyum puas.

"As your wish, sayang."

....

Okey vote comment juseyooo hewhew💚

Black Rose Where stories live. Discover now