"Macam mana? Dah jumpa?" soal Casper dengan penuh tidak sabar.
Hampir seminggu lebih dia mencari isterinya yang hilang dibawa Harry. Hampir sahaja dia membakar hospital yang merawat Alice apabila mengetahui isterinya menghilang.
"Aku dah cek tempat terakhir yang dikunjungi Harry adalah Glorid. So, aku suruh Yuta selidik kat sana and memang Alice pernah dirawat disana." balas Noah.
Casper terdiam mendengar penjelasannya.
"Tapi tak pelik ke?" celah Lucas membuatkan yang lain memandangnya.
"Apa dia?"
"Aku rasa semua yang berlaku sejak Alice kemalangan haritu memang dirancang. Lagipun anak buah yang jaga Alice haritu pun menghilang." balas Lucas dengan penuh curiga.
"Jadi kau rasa Ruby Company ada kaitan dengan Harry?" soal Rif pula.
Lucas hanya mengangkat bahunya tanda tak tahu.
"Entah la. Lagipun kenapa Harry nak culik Alice sampai bawa ke Glorid?" soalnya sendiri membuatkan yang lain semakin curiga.
"Aku syak dia memang nak Casper balik ke Glorid semula. Kat sana je Glogent boleh berkuasa sepenuhnya." ujar Noah.
"Kalau macam tu kita buat plan untuk kenakan mereka balik. Tapi, macam mana keadaan Alice sekarang?" soal Casper yang masih memikirkan keadaan Alice. Sepertinya dia memang tidak mengendahkan bahaya yang mendatang kepadanya demi memikirkan keadaan Isterinya.
"Yuta melaporkan yang Alice melarikan dari hospital dan masih tak dapat dikesan."
....
"Siapa kau sebenarnya?" soal Lauren penuh curiga apabila melihat Alice yang sedang ralit menggunakan komputer untuk melakukan sesuatu pekerjaan penting.
"Kau tak pelik ke siapa yang tiba-tiba serang kau dan abang kau sebelum ni?" soalnya balik dengan mata yang masih memandang skrin komputer.
"Polis la....." tapi tiba-tiba Lauren terpikir sesuatu apabila melihat satu logo yang berada di pakaian mereka.
"Err aku tak sure tapi macam Glogent? Sebab ada sorang anak buah aku dulu masuk persatuan tu." sambungnya lagi.
Alice mengangguk kecil dengan penuh santai membuatkan Lauren semakin pelik. Lalu Lauren mendekati Alice dan memandangnya.
"Kau Glogent?!" soalnya tak sangka.
"Ex." balas Alice curiga.
"Sebab kau ikut Casper?"
Alice tersenyum sinis mendengar soalan itu sambil memandang Lauren.
"Sebelum ni, aku dekati Casper sebab misi aku sebagai Glogent. Aku sanggup ditembak dan mengorbankan diri aku demi memasuki dunia Black Rose."
Lauren memandang Alice dengan tak percaya.
"Kau memang gila." komennya.
Alice tersengih.
"Aku sanggup buat apa saja untuk selesaikan misi ini. Tapi tu la, tak sangka hati perasaan dalam hal ni memang tak boleh dimainkan. Casper terlalu bijak untuk memanipulasikan perasaan aku sendiri. Dan mungkin aku sendiri dah terjebak dalam permainan aku sendiri? " luahnya sambil memandang skrin komputer.
Sebenarnya dia tengah cuba mencari keberadaan Casper melalui Noah. Dan akhirnya dia berjaya dan berharap Casper segera mendatanginya. Kalau boleh ingin sahaja dia terus menghubunginya tapi dia risau kalau Harry dapat mengetahuinya.
"Sekarang macam mana? Kita tunggu Casper je?"
Alice terdiam kecil. Tiba-tiba dia teringatkan tentang dirinya dan masa lalu. Dah lama dia nak tahu macam mana Casper boleh mengetahui tentang masa lalunya yang sudah disimpan rapi olehnya.
"Aku nak cari tentang parents aku."
Tok! Tok! Tok!
Belum sempat Lauren ingin membalas, tiba-tiba terdapat beberapa bunyi ketukan di pintu rumah mereka membuatkan mereka terdiam. Like what? Rumah tu dah lama kosong and tiba-tiba ada orang datang. Tak pelik?
Tak lama kemudian bunyi ketukan pintu berhenti. Belum sempat Alice ingin meraih revolvernya, seseorang memecahkan pintu rumah mereka membuatkan keduanya terkejut.
"Siapa kau!!" soal Alice terkejut melihat beberapa lelaki memasuki rumah mereka dan berusaha untuk mendekati mereka.
Salah seorang yang mungkin ketua mereka tersenyum licik.
"Tangkap mereka berdua."
Alice dan Lauren mencuba sedaya upaya untuk melawan lima orang lelaki yang berbadan besar itu dan malangnya mereka gagal. Akhirnya mereka dibius dan dibawa pergi.
Ketua mereka menyeringai melihat mangsanya yang lemah tak berdaya lalu mendekati Alice yang mulai tak sedarkan diri.
"Selamat tidur. Kalau boleh terus jumpa mak ayah tak guna kau tu."
...
"Casper, aku dah dapat signal dari Alice and dia di rumah lamanya bersama Lauren." ujar Noah dengan lega. Akhirnya usahannya beberapa hari ini membuahkan hasil.
Casper mengerutkan dahinya.
"Dia bersama Lauren?"
Noah menggelengkan kepalanya tanda tak tahu.
"Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan mereka sekarang ni tapi memang mereka sedang berdua bersembunyi dari Harry. Tapi, signal Alice dah terputus dari sini. Mungkin dia dah tutup atau sesuatu telah berlaku padanya."
Casper semakin risau akan keadaan Alice.
" Sediakan tiket kita balik Glorid. " ujarnya tegas.
Lucas mengangguk kecil.
" Tapi sebelum tu kita kena plan sesuatu. Banyak kemungkinan yang akan berlaku bila kita balik ke Glorid." ujar Lucas.
Ya, mungkin mereka akan ditangkap kerana banyak bukti yang dimiliki untuk memastikan mereka diberkas. Atau mungkin semua ini perangkap untuk mereka agar pulang ke Glorid.
...
Yes I know cerita ni dah makin mengarut.
Vote comment ❤️
YOU ARE READING
Black Rose
Aksi(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...