Victor Junior's
"Apa yang kau dapat?" Soal Victor Junior sinis kepada seorang anak buahnya, Zack.
"Diorang tengah berlengah-lengah selepas mendapat kunci emas itu."
BRAK!
Victor Junior memaki Casper di dalam hatinya. Dia semakin tidak berpuas hati semenjak Black Rose yang dibawa Casper semakin melonjak naik kejayaannya. Ditambah dengan kenyataan bahawa Casper merupakan pembunuh ayahnya beberapa tahun yang lalu.
'Ini semua tidak adil!' Fikirnya yang menyalahkan takdir.
"Aku ada info yang mungkin kau dapat gunakan." Sambung Zack yang cuba memanasi hati Victor Junior yang tengah membara itu.
"What?"
"Casper tengah rapat dengan seseorang." Ujarnya dengan ringkas tapi padat itu sambil tersenyum licik.
Dia yakin bahawa ketuanya tidak bodoh dengan apa yang diberitahunya itu. Zack meletakkan sekeping foto di hadapan Victor Junior lalu beredar dari ruangan itu.
Gambar Casper dan Alice.
Victor Junior mengerutkan dahinya pelik apabila melihat wajah Alice.
"Macam familiar." Ujarnya sambil memikirkan wajah Alice.
"But it's okay. Just wait and see Casper. Aku akan balas dendam kepada kau!" Sambungnya bersama ketawa. Semangat untuk membunuh Casper semakin meningkat apabila melihat kemesraan mereka berdua di dalam foto itu.
Kau tak layak bahagia!
...
Alice POV
"Kau okey tak ni?" Soal Lauren yang membuatkan lamunan aku membuyar.
Aku hanya membalas dengan gelengan kecil dan memberikan senyuman yang manis untuk mengurangkan kerisauannya. Aku sendiri sedar akan perubahan diriku selepas kejadian yang berlaku antara aku dan Casper tempoh hari.
Aku seperti tidak dapat berfikir dengan jernih apabila teringatkan Casper. Ah, sudah 2 hari aku tidak bertemu dengannya dengan alasan aku mempunyai banyak tugasan kuliah. Sebenarnya, aku tak sanggup nak menatap wajah tampannya. Aku malu!
"By the way, malam ni abang aku nak singgah kejap. Kau okey ke? Kalau tak okey aku boleh jumpa tempat la-"
"Tak. Aku okey je babe." Potongku.
Aku memakluminya bahawa abang Lauren baru pulang dari overseas jadi semestinya Lauren amat merindui abangnya. Tapi, tak pernah pulak aku berjumpa dengan abangnya. Aku hanya tahu tentangnya dari perbualan Lauren sahaja.
"Kalau macam tu baiklah. Boleh aku perkenalkan kau dengan abang aku memandangkan kau tak pernah berjumpa dengan dia." Balas Lauren dengan gembira lalu bergerak ke dapur untuk untuk menyiapkan makan malam. Harini merupakan tugas Lauren pula untuk memasak.
...
TING! TONG!
"BABE BUKAKAN PINTU KEJAP? AKU BUSY NI!" Jerit Lauren dari dapur membuatkan aku kelam kabut berlari ke arah pintu.
Mesti yang datang itu ialah abang Lauren. Nasib sempat mengemas rumah kalau tau apa la nak dikatakan olehnya. Aku membuka pintu untuk menyambut kedatangan abang Lauren. Terpaparlah seorang lelaki bertubuh tinggi bersama senyuman kecil yang dapat menampakkan ketampanannya itu.
Aku mengerdipkan mata beberapa kali melihatnya. Sedar Alice! Kau dah ada Casper!
EH?
"Err hai?" Sapanya.
"Eh hai jugak. Awak abang Lauren ke?" Soalku walaupun sudah mengetahuinya sambil tersenyum kekok.
Yela aku dah la tak pernah lihat wajah dia. Kalau orang lain macam mana? Malu je.
"Yes saya. Panggil saya David." Ujarnya.
Aku mengangguk kecil lalu mempersilakan David masuk ke dalam rumah.
"BROTHAAA!" Tiba-tiba Lauren menjerit sambil berlari menuju ke arah David.
David merentangkan tangannya untuk menangkap Lauren lalu memeluknya dengan penuh erat. Kelihatan mereka yang sedang beradu asmara untuk melepaskan kerinduan masing-masing. Ligat mereka seperti pasangan kekasih jika aku tidak mengenal mereka. Aku hanya tersenyum kecil melihat mereka. Perfect sungguh hidup Lauren. Ada orang yang disayang, kehidupan lengkap dan masa depan terjamin. Kalau nak dibandingkan dengan aku, masa depan ditentukan oleh aku sendiri. Aku tiada masa untuk berlengah-lengah masa kerana dari kecil aku hanyalah sebatang kara yang tidak mempunyai apa-apa. Aku hanya Alisya Qaisara sahaja.
"I miss you David!"
"Miss you too baby." Balas David singkat lalu mengusap air mata yang mengalir dari mata Lauren.
Aku yang tak ingin mengganggu perbualan mereka terus menuju ke arah dapur untuk menolong Lauren. Mungkin ada kerja yang tergendala ke kan? Hmm.
Aku memandang screen telefon seakan-akan menunggu panggilan dari seseorang sa-
You are my angel~
Aku membulatkan anak mataku apabila tiba-tiba telefonku berbunyi dan terpaparlah nama seorang yang lama aku tidak dengar.
AA💔
Aku mengambil masa 3 saat untuk mengangkat panggilan itu. Aku menghembuskan nafas dalam-dalam untuk membuang perasaan gementar itu.
"Hello?"
"Alice aku rindu kau." Sergah Casper membuatkan jantung aku makin berdegup laju. Casper tak pernah menunjukkan sisi romantiknya dan dia gemar berterus terang akan perasaannya. Tapi kelakuannya itu cukup membuatkan hidup aku semakin bergelora.
"Err aku pon." Balasku dengan nada yang rendah.
Huwa sis malu!
...
Author POV
"Casper, kau kena berhati-hati dengan Alice. Dia boleh membahayakan Black Rose." Ujar Lucas sedikit memberi amaran kepada Casper.
Jujur, dia sukakan sikap Alice yang sporting itu tapi dia perlu sedar siapa Alice dalam Black Rose sebenarnya. Rancangan Casper untuk membiarkan Alice tetap berada dalam Black Rose amat membimbangkan dia apalagi ditambah dengan masalah Victor Junior. Tapi dalam pada masa yang sama, dia kagum dengan gadis itu kerana berjaya merubah perwatakan kaku si Casper dalam sekelip mata. Itu merupakan perubahan positif yang tak ingin dia halangi tapi dia risau jika pada akhirnya, Casper yang tersakiti.
"Jangan risau bro. Aku tau apa yang aku buat." Balas Casper dengan tenang seolah-olah mempunyai rancangan sendiri.
"Aku dengar Victor Junior dah sampai Glorid. Nampaknya dia dah cukup bersedia untuk membalas dendam kepada kau." Ujar Lucas kegeraman apabila mengingatkan info terbaru yang mereka dapati tadi.
"Aku pon dah sedia untuk menyambut kedatangan dia." Balas Casper sambil tersengih licik.
Victor Junior's
Victor Junior memandang sekeping foto yang memaparkan dua orang manusia di sana bersama darah yang menghiasi foto itu. Dia tersenyum sinis.
"Kau takut ke Casper? Aku akan musnahkan semua milik kau!" Geramnya lalu membuang foto itu ke dalam bakul sampah. Foto itu amat bermakna untuknya tapi dia tidak memerlukan foto yang telah dihiasi sebegitu.
Just wait and see, Casper.
.....Dont forget vote comment 💚
YOU ARE READING
Black Rose
Action(on hold for a while) Black Rose Sebuah nama kumpulan Mafia yang paling digeruni semua penduduk Glorid mahupun di negeri lain. Mempunyai leader yang kuat mampu meningkatkan kekuasaan Black Rose. Siapa yang tidak kenal Casper atau nama sebenarnya ia...