Bab 5 : Suka

384 26 0
                                    

Bang! Bang!



Bang!



Terkejut aku dibuatnya dengan bunyi tembakan dari belakang kereta Casper.

"Siapa yang tembak ni?" Soalku keliru sambil memandang kebelakang.

"Siapa lagi kalau bukan si Victor Junior!" Balas Casper dengan muka serius sambil membawa kereta dengan kepantasan yang tinggi.

Aku terdiam mendengarnya. Victor Junior merupakan ketua kumpulan Dragon. Victor Junior mempunyai dendam kesumat dengan Casper kerana telah membunuh ayahnya beberapa tahun yang lalu. Dan secara tak langsung, Victor Junior la yang meracuni aku tempoh hari. Argh! Dia pikir dia siapa nak racun aku?!

Aku mengambil desert eagle ku di dalam beg lalu melepaskan beberapa peluru di belakang untuk melumpuhkan pertahanan mereka.



Bang! Bang! Bang!



Beberapa ahli kumpulannya telah jatuh tapi semakin lama semakin bertambah.

"Mereka semakin ramai!" Berangku sambil mengisi peluru. Saat ini juga aku menggunakan 2 senjata api di tangan kanan dan kiri.

Kelihatan Casper tersenyum sinis.

"War has begun." Ucapnya dengan tenang sambil memandu keretanya.

Argh I cannot brain with this shit!

Tak lama kemudian, beberapa buah kereta hitam menghampiri sisi kami. Ah, mereka ialah anak buah Black Rose yang dari Japan! Cepatnya mereka dapat info.

Semakin lama semakin bertambah kereta anak buah Black Rose sehingga Casper boleh menghindari pertempuran tadi. Casper membelok ke kiri sehingga akhirnya bunyi-bunyi tembakan sudah tidak terdengar lagi.

Aku mengerutkan dahiku. Casper melarikan diri daripada pertempuran ke?

Kelihatan Casper memutarkan bola matanya bosan apabila melihat riak wajahku.

"Aku just malas nak cabut nyawa orang harini." Balasnya dengan tenang seolah-olah dirinya malaikat maut sambil memandu kereta menuju ke bandar Tennoji.

Aku memandang kawasan Tennoji dengan penuh kagum. Pelbagai variasi deretan kedai yang menjual berbagai benda yang menarik hati.

"Wah kau memang nak aku bankrap kat sini ke apa siak?" Soalku tanpa sedar apabila melihat permandangan ini.

Casper menggeleng kepala kecil melihat kerenahku lalu memakirkan keretanya. Aku keluar dari kereta lalu bersedia untuk menuju ke kedai-kedai sana. Tiba-tiba Casper menahan lenganku sehingga aku terhenti.

"Kenapa?" Soalku pelik.

Aku memandang tangannya yang masih memegang lenganku. Bila nak lepas ni?

"Tunggu aku. Kat sini ramai orang. Kau hilang macam mana?" Perlinya lalu melihat aku atas bawah untuk menyindir tentang ketinggianku.

Heh, pendek tetapi licik okey!

Aku mencebik mendengarnya lalu menuju ke kedai-kedai itu tanpa mengendahkan tangannya yang masih memegang lenganku. Ah nanti dia penat, lepas la tu.

Aku memasuki satu kedai yang menjual pelbagai cenderamata yang menarik di sini. Aku bercadang ingin membelikan sesuatu untuk Lauren. Hah rindu pulak gadis itu.

Tiba-tiba mataku terarah sebuah snow globe kecil yang sungguh menarik hatiku. Di dalamnya terdapat patung sepasang kekasih yang sedang berpegangan tangan di bawah pokok salji. Aku tersenyum kecil. Ah manisnya. Tiba-tiba pikiranku mengingatkan seseorang.

Black Rose Where stories live. Discover now