Bab 12: The Truth Untold

300 23 8
                                    

Alice membuka pintu wad VIP tersebut dengan perlahan supaya tidak menganggu Casper yang masih tidak sedarkan diri itu. Dia menghampiri Casper yang terbaring lesu itu dengan penuh penyesalan.

"Maafkan aku." Ucapnya dengan ringkas tapi penuh bermakna untuknya.

Alice menyeluk tangannya kedalam poket seluarnya untuk mengeluarkan sesuatu yang membuatkan dia berasa terlalu serba salah terhadap Casper.

Kunci emas.

"Kalau bukan dikeranakan kunci tak guna ni, kau pasti tak akan berada di sini."

Alice mengenggam kunci emas itu.

Bagaimana dia mengambil kunci emas tu? Yes, sewaktu malam kejadian tersebut, Alice sempat membuka laci meja itu dan mencuri kunci emas sebelum pulang bersama Haziq. Baginya, waktu itu la peluang keemasan yang dimilikinya untuk mengambil kunci emas itu memandangkan Casper telah keluar dari ruangnya terlebih dahulu.

"Maksud aku, kalau bukan dikeranakan ego aku yang tinggi ni, aku pasti tak akan mengambilnya dari kau. Kau mungkin tak akan berada di sini." Ujarnya dengan penuh penyesalan.

Alice terus meletakkan kunci itu ke dalam genggaman tangan Casper lalu menggengamnya dengan kuat. Biarlah dia dikatakan pengkhianat oleh pasukannya, Glogent asalkan dia tidak kehilangan orang yang disayanginya lagi. Cukup baginya apabila makciknya, Khaira telah meninggalkannya beberapa tahun yang lalu akibat kemalangan yang  tanpa diduga. Pada waktu itu, Khaira mencuba memohon restu daripadanya untuk hidup bersama dengan kekasih hatinya tetapi Alice tidak bersetuju kerana ketika itu dia risau makciknya akan meninggalkannya seperti kedua ibu bapanya. Malahan Alice sanggup lari dari rumah untuk menunjukkan protesnya terhadap Khaira menyebabkan Khaira tewas dalam suatu kemalangan.

Sejak kejadian itu, Alice menyesal dan dia tidak mahu peristiwa hitam itu terjadi semula terhadap Casper. Dia tidak mahu hidup keseorangan tanpa perasaan kasih sayang dan cinta.

"Tolong, jangan tinggalkan aku." Pohonnya dengan bersungguh-sungguh seolah Casper dapat mendengarnya.

Tak lama kemudian, pintu dibuka oleh Lucas dan Rui yang baru sampai. Lucas terus menghampiri Alice manakala Rui kembali keluar untuk berjaga di pintu bilik wad Casper agar tidak dimasuki oleh sesiapa yang mencurigakan kerana ingin memastikan keselamatan Casper terjamin sepanjang dirawat di hospital ini.

"Alice, kau pergilah ke kafeteria di bawah sana untuk isi perut kau tu. Aku tau kau belum makan dari semalam." Ujar Lucas prihatin.

Alice menggeleng kecil lalu memandang genggaman tangannya bersama Casper yang masih tidak dilepaskannya.

"Aku nak tunggu Cas—"

"No worries. Kalau Casper bangun, kau orang pertama yang aku panggil. Aku cuma nak kau juga jaga kesihatan. Macam mana kau nak jaga Casper sedangkan kau sendiri tak bermaya? And aku tak nak Casper marah aku sebab aku tak jaga kekasih hati dia." Bebel Lucas sambil menolak Alice untuk keluar dari bilik wad Casper.

Alice mencebik sambil menahan wajahnya yang sedang membahang apabila mendengar perkataan 'kekasih hati' itu.

" Tapi—"

" Tak ada tapi tapi. Dah keluar." Halaunya lalu menutup pintu bilik wad itu dengan kuat menandakan Alice tidak diperboleh masuk selagi dia tidak ke kafeteria terlebih dahulu.

Tak guna punya Lucas. Siap kau nanti aku bagitau Casper. Bengang Alice di dalam hati sambil mengutuk Lucas dengan kegeraman.



"Dia dah pergi." Ujar Lucas entah kepada siapa.

Lucas semakin geram apabila kata-katanya diabaikan lalu mengambil sepucuk pistol di sebalik jaket kulit yang berwarna hitam itu lalu menyodorkan kepada Casper.

"Tak perlu nak berpura-pura dengan aku. Aku tak bodoh la bodoh." Sindirnya membuatkan Casper membuka matanya dengan segera.

"Ah takguna! Kau dah kenapa?" Bengang Casper terhadap Lucas tetapi tidak diendah olehnya.

Casper cuba untuk bangun dan menukar posisi baringnya kepada duduk di atas katil itu sambil menahan kesakitan pada bahu kirinya yang telah dibalut itu.

"Kau masih ada masa nak berbaring-baring selepas apa yang terjadi terhadap kau?" Soal Lucas kegeraman. Kemudian matanya tertuju ke arah tangan Casper yang sedang menggenggam kunci emas itu.

"Kau memang tak bijak." Perlinya apabila dapat mengagak hal sebenar yang terjadi disebalik kehilangan kunci emas tersebut.

Casper membalasnya dengan sebuah senyuman licik.

Casper terpandang bekas luka yang berada di hampir seluruh badannya. Seperti apa yang dikatakan Alice kepadanya semasa dia berpura-pura tak sedarkan diri tadi, Casper mungkin tak akan berada di sini jika dia tidak keluar terburu-buru dari markas semalam. Tapi di sudut hatinya, dia lega selepas mengetahui keberadaan kunci ini sebenarnya.

"Kau rasa siapa lebih layak simpan kunci ni? Alice  or si son of bitch tu?" Soal Casper kepada Lucas membuatkannya terdiam seketika.

"Kau tak marah lepas tau Alice yang curi ni?"

Casper menggeleng kecil menidakkannya.

"Alice dah jadi milik aku. Tak kisah berapa lama dia curi kunci tu, dia tetap akan kembalikan kepada aku."

Lucas menayangkan riak wajah yang menyampah. Tapi, apa yang dikatakan oleh Casper ada benarnya. Casper sudah memikirkan semua ini sehingga hujung pangkal. Dia akan pastikan Alice yang akan tunduk kepadanya sebelum Alice menjatuhkannya terlebih dahulu. Satu hal yang Lucas tak tahu, Casper sanggup berkorban apa sahaja untuk Alice selagi gadis itu kekal setia bersamanya. Itu janji dia.

"Huh, aku tak boleh pikir apa yang akan Alice rasa lepas dia tahu hal sebenar nanti."

Sekali lagi Casper tersengeh dengan penuh keyakinan. Dia yakin Alice tak akan sanggup untuk berpaling daripada pesona Casper selepas ini.

"By the way, apa plan kau untuk si son of bitch tu pulak?"

"Well, kita tunggu dan lihat saja. Pastikan Noah buat kerja dia." Balas Casper selamba lalu matanya menuju di luar tingkap.

...

Splashh!

"WOI TAK GUNA! " Jerit Alice dengan penuh terkejut apabila seseorang menyimbahnya dengan air.

"Dah bangun baby girl kita ni?"

Alice terkejut melihat orang yang berada di hadapannya itu.

"KAU?!"


....

Dont forget vote comment guys 💚

Promote :

Dia Lelaki India by zuurzl

Black Rose Where stories live. Discover now