Prologeu

1.1K 39 10
                                    

Lauren💜

Babe, aku harap kau tak lupa choki2 aku eh. Lupa lak nak pesan tadii

Aisheman budak ni! Aku dah habis bayar baru nak chat siak. Dah la jauh aku jalan dari kedai tadi. Nak tak nak, terpaksa la patah balik demi sahabat terchenta!

Aku memandang kawasan lorong yang aku lalui sekilas. Sunyi jugak. Kadang rasa takut jugak tapi ni sahaja la jalan yang boleh aku lalu. Nak guna jalan lain kena naik kereta. Ingat aku rajin memalam ni? Kalau bukan kerana bendera merah nak datang memang tak la aku keluar memalam ni.

Sup!

Langkahku terhenti. Aku menoleh kebelakang kerana terdengar suara angin yang tiba-tiba melintas. Ceh.

Siapakah? Takkan la hantu? Ceh ni Alisya la!

Srup!

Eh!

Sling bag aku kena tarik oleh jembalang tak guna tu!

"Woi jangan lari!" Jeritku sambil berlari mengejarnya.

Semakin lama semakin laju jembalang tak guna tu. Tiba-tiba jembalang itu berhenti dengan mengejut sehingga aku juga turut berhenti. Ada apa ni?

Aku melihat keadaan di depannya. Oh, ada sesosok manusia rupanya. Aku agak dia seorang lelaki kerana dia memakai jaket kulit yang gelap dan cap hitam bersama mask hitam di mukanya. Fuh ajaran sesat ke apa. Tapi ada sesuatu yang aneh. Kenapa jembalang ni macam teragak-agak nak lalu depan aku je ni?

"Lepaskan beg tu." Ujar lelaki yang dihadapan itu dengan suara yang mendalam.

Jembalang itu teragak-agak meletakkan sling bag aku lalu dengan sepantas kilat berlari menjauhi kami.

Tak lama kemudian, lelaki itu berjalan mengambil sling bag aku lalu menghulurkannya kepadaku. Walaupun dalam keadaan gelap di lorong ini, aku dapat rasakan yang dia memandang aku. Lama. Seperti cuba untuk menghipnotis aku.

Okey aku terkesan kejap.

"Tak nak ke?"

Aku tersentak. Alamak kantoi usha anak orang. Aku mengambil sling bag aku dengan tangan yang tergetar-getar. Okey bukan aku takut tapi aku rasa lain macam dengan lelaki ni. Apalagi selepas melihat jembalang itu seperti ketakutan melihat lelaki ini. Siapa lelaki ini? Orang jahat ke? Aku harus berhati-hati selepas ini.

Semasa menyambut sling bag di tangannya, aku terlihat satu tatu kecil berbentuk bunga. Macam black rose? Okey ini mencurigakan.

"Te-terima kasih."

...

Bruk!

Aku tersentak.

"Oi kau tak dengar ke apa yang aku cakap ni!" Maki Lauren.

Aduh perempuan ni la.

Aku memegang bahuku yang dipukul oleh Lauren tadi. Berbisa jugak pukulan dia ni. Aku menjelingnya tajam.

"Apahal kau ni?" Soalku geram.

"Kau la. Punya lama aku cakap kau boleh lagi termenung! Kau termenung anak siape pulak kali ni?" Perlinya.

"Sibuk je." Aku mengabaikannya lalu menyedut straw jus epal aku.

Kisah apa aku. Aku lagi kisahkan tentang hal malam semalam. Tatu bunga. Aku tak pasti benda tu tatu atau bukan. Tapi aku pelik kenapa dia letak tatu bunga black rose?

Ya, aku rasa setiap tatu yang dipakai ada sebabnya untuk seseorang. Takkan dia saja-saja membuat tatu tanpa sebab. Aku tak percaya dia suka bunga black rose. Tapi boleh jadi jugak kan?

"Sebab apa ye?"

"Apanya Alisya?" Aku memandang Lauren dengan pelik.

Lauren menggulingkan matanya menyampah.

"Hm and again, kau cakap sorang-sorang. Hah hal apa pula yang kau pikirkan ni? Cuba story mory sikit."

Aku terdiam. Nak cerita ke taknak? Lagipun benda yang aku fikirkan ni bukan penting dalam kehidupan aku mahupun Lauren pun.

"Aku just curious."

"Curious apa?"

"Kenapa orang pakai tatu bunga black rose?"

Kelihatan Lauren sedikit terkejut dengan soalan aku. Pelik ke?

"Err kat mana kau nampak orang pakai tatu black rose tu?" Soalnya agak berhati-hati. Hah ni dah kenapa pulak?

"Emm somewhere la dekat Glorid."

Lauren ternganga sehingga kebanyakan air yang diminumnya terkeluar memasuki gelasnya semula.

Bruk!

Aku membaling pasu plastik di atas meja kepadanya.

"BAPAK LA PENGOTOR LA KAU NI! JANGAN NGAKU KAU KAWAN AKU LA!" Maki aku.

Serius firstime Lauren berkelakuan seperti ini. Nasiblah pelanggan di Glo Cafe tiada. Ya selalu kosong hanya aku dan Lauren je. Tak laku la kot. Tak apa la, lagi aku selesa ada la. Okay back to topic.

Terkejut sangat ke Lauren ni sampai buat perkara tak senonoh ni?

Lauren tersengih lalu mengambil tisu untuk mengelap mulutnya.

"Hehe sorry la babe. Aku terkejut sangat ni." Balasnya malu-malu.

Dah la menyampah pulak dengan dia ni. Gila la geli siakkkk.

"Kenapa kau sampai terkejut beruk bila aku cakap pasal tatu black ro-"

"Shuhhhhh. Jangan kuat-kuat!" Lauren memotong ucapanku.

Aku memandangnya pelik.

"Sebab?"

"Sebab orang Black Rose ada dimana-mana saja."

"Kalau tanak mati, better kau diam dan buat tak tau saja pasal ni. Kita watlek watpeace okey?"

Hmm Black Rose?

...

Vote comment juceyoo💕

Black Rose Where stories live. Discover now