Bab 13 : Liar

303 24 0
                                    

Alice memegang perutnya yang kekenyangan. Selesai sahaja mengisi perut, Alice membuat keputusan untuk naik ke bilik wad Casper. Baru sahaja ingin menekan butang lif, seseorang telah menegurnya.

"Cik, duit cik terjatuh."

Alice berpaling ke tepi lalu memandang pelik ke arah lelaki yang tidak dikenali itu. Dia pelik, dia hanya bawak duit cukup-cukup untuk makan tadi.

"Tu bukan duit sa-"

PAKK!!

Tiba-tiba seseorang memukulnya dari belakang menyebabkan kesedarannya menipis.

Ergh apa yang dah berlaku ni? Soalnya didalam hati apabila seseorang mula meletakkannya di atas kerusi roda.

Belum sempat dia ingin melarikan diri, Alice terus pengsan.



...



"Dah ingat sekarang?" Soal lelaki yang dikenali Alice bersama senyuman sinisnya.

Alice memandangnya jengah.

"Kenapa kau culik aku?!"

Persoalan Alice tersebut membuatkan lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Alice sambil memandang Alice dengan dalam seolah-olah ingin menembusi matanya. Seram sejuk dibuatnya.

"Kau memang tak kenal siapa aku ni?"

"Kau David! Abang Lauren!"

"Okay then?" soalnya lagi seperti ingin menarik tali dengan Alice.

Tiba-tiba Alice terdiam sendiri sambil memikirkan tentang David yang telah menculiknya. Lagipun, wajah David agak familiar baginya. Tiba-tiba dia teringatkan nama panjang Lauren.

Lauren V.

V stand for?

"Victor?" bisiknya sendiri yang tidak disangka David turut mendengarnya.

"Pandai pon." Sindir David sambil tersengih.

"Ergh apa kau nak hah? Asal kau culik aku?" soal Alice geram.

Dia sedar bahawa David ni musuh Casper, tapi apa kaitan dengan Alice wui?

"Kau kan baby girl si lucknut tu. So, why not kalau aku babitkan kau sekali?"

Alice tidak sempat ingin membalasnya apabila terdengar bunyi ketukan pintu ruangan tersebut. Tak lama kemudian, muncullah seorang gadis yang amat dikenali olehnya.

DEG!

Alice memandangnya dengan penuh tidak sangka.

"Lauren?!"

Seperti abang lucknutnya, dia turut memberikan senyuman sinis kepada Alice.

"Shock?"

Alice terkedu tidak tahu ingin membalas apa. Dia tidak pernah terfikir bahawa gadis yang selama ini sanggup menemani dan bersamanya akan berkhianat terhadap dirinya. Sahabatnya sendiri! Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

"Ke-kenapa?" Soalnya tergetar-getar.

Bukan takut tapi hatinya seolah dihiris apabila terasa dikhianati. Alice hanya mampu menahan air matanya daripada mengalir kerana egonya yang tidak ingin mereka lihat kelemahan Alice.

"Well...." Lauren berjeda lalu mengelilingi Alice dengan penuh bongkak.

"At first aku memang ikhlas kawan dengan kau sebab kau sahaja satu-satunya student yang berani berkawan dengan aku. Aku sanggup buat apa sahaja untuk tutup mulut setiap student agar tiada siapa bagitau kau tentang aku sebenarnya. Aku sayang kau tapi, sayang aku hilang sebaik saja aku tau kau rapat dan beradu asmara dengan lelaki durjana tu! AKU DAH BAGI AMARAN UNTUK TIDAK DEKATI BLACK ROSE KAN?! So, terima la nasib kau sebab apa-apa saja yang berkait rapat dengan lelaki durjana itu harus dimusnahkan! MATI!" Jeritnya dengan wajahnya yang psiko di hadapan Alice. Naik pekak telinganya mendengar suara Lauren yang nyaring itu.

Black Rose Where stories live. Discover now