BAB 1 : Science Class

3K 270 76
                                    

Sejak daripada kejadian tu, aku tidak lepas daripada terus memandang Mark walau di mana sahaja dia berada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak daripada kejadian tu, aku tidak lepas daripada terus memandang Mark walau di mana sahaja dia berada. Malah, sifat pemalu aku seolah-olah hilang bertebaran sehingga mahu masuk tandas lelaki semata-mata untuk melihat jejaka itu.

"Cikgu akan tukar tempat duduk kamu sebab kelas kamu ni terlalu bising. Lagi satu.. kalau orang luar datang melawat kelas ni pun diorang boleh tahu kamu ni racist. Asyik berkepit dengan orang sekaum je."

Haa sudah.

Orang pertama yang aku pandang adalah Mark. Aku tak mahu duduk jauh daripada dia. Dia satu-satunya manusia yang mahu bercakap dengan aku dalam kelas. Walaupun dia selalu bersikap dingin dengan aku, tapi dia tak pernah layan aku seperti orang lain layan aku.

Aku ditakdirkan berlainan kumpulan dengan dia. Ligat otak aku memikirkan cara untuk sama tempat duduk dengan dia.

"Cikgu!"

"Iya?"

"Saya susah nak faham apa yang cikgu ajar. Biasanya saya akan tanya Mark kalau ada yang saya tak faham. Lagipun saya ni rabun jauh orangnya. Tak boleh duduk jauh dari papan putih," aku cuba memberi sebanyak mungkin alasan untuk membolehkan aku sama kumpulan dengan Mark.

"Kalau macam tu baiklah. Chien Li, kamu duduk di belakang. Dekat belakang ada kipas," kata cikgu, sengaja mahu memujuk hati pelajarnya itu.

Chien Li, tanpa banyak bersuara terus bergerak ke belakang. Aku duduk bersebelahan dengan Mark. Indahnya duduk bersebelahan dengan buah hati sendiri. Sesekali aku memandang Mark yang khusyuk membaca buku.

'Ya Allah, dia nampak makin handsome bila tengah baca buku.' Hati aku berkata-kata.

"Woi, Caca! Kenapa kau asyik pandang Mark?" Fatin menegur.

Serentak dengan itu, Mark terus memandang aku. Malunya aku bila benda ni dah jadi dua kali. Aku terus pura-pura baca buku.

Tahun kedua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun kedua

Rumah sukan, kelab persatuan dan unit beruniform ; semuanya aku ikut dia. Tahun kedua aku ada seorang kawan perempuan, nama dia Rafa. Disebabkan Rafa mahu ikut aku, dia pun masuk kelab persatuan dan unit beruniform yang sama dengan aku.

Tahun lepas aku dan Mark hanya sama rumah sukan ; rumah biru. Tahun ni naik taraf sikit. Kelab persatuan, kami masuk persatuan agama Islam sementara unit beruniform pula Kadet Remaja Sekolah.

Walaupun aku tak biasa berjemur di tengah-tengah panas, tapi disebabkan buah hati, aku sanggup meredah bahang sinaran matahari. Akibatnya tona kulit pada wajah aku semakin gelap.

Rafa pun banyak kali mengadu kulit jadi makin hitam setiap kali habis berkawad. Aku kisah apa. Balik rumah, aku sapu macam-macam krim dekat muka. Alhamdulillah, sampai sekarang muka aku masih flawless.

Tahun ketiga dan keempat

Aku akhirnya sama sukan dan permainan dengan Markimi. Tahun lepas aku terpaksa masuk bola jaring disebabkan bola baling sudah dipenuhi orang.

Alhamdulillah, tahun ni sama sukan dan permainan dengan Mark. Gembiranya perasaan aku semasa tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Rafa pula memang mahu masuk bola baling sejak tingkatan satu lagi namun tidak berpeluang. Baru tahun ini dia dapat masuk.

Gembira aku melihat kedua-dua mereka bersama-sama aku.

Masa tingkatan empat, Markimi dilantik sebagai pengerusi dalam persatuan agama Islam disebabkan kekurangan pelajar tingkatan lima yang boleh diharap.

Aku pula hanya mampu menjawat jawatan sebagai setiausaha. Naib pengerusi dah lah perempuan. Masha, dari kelas B berjaya memenangi undian disebabkan popularitinya. Diva sungguh gadis itu apabila berhadapan dengannya. Tergedik-gedik seperti meminta perhatian.

Daripada tingkatan satu sampailah tingkatan empat, aku tidak pernah gagal untuk sekelas dengan Mark. Aku tahu lelaki itu pelajar 3 teratas paling pandai dalam tingkatan, jadi aku berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan kelas yang sama dengan dia.

They said 4SC1 is hard to deal with. But believe me.. with the power of love everything's gonna be easy.

I love addmath just like how I love him.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now