BAB 17 : Melissa, The Secret Spy

1.7K 178 24
                                    

Selepas kejadian semalam, Maliq tidak jemu membuka topik perbualan mengenai Fakrul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas kejadian semalam, Maliq tidak jemu membuka topik perbualan mengenai Fakrul. Aku jadi bosan apabila mendengar dia bercerita. Berbekalkan rasa kasihan, aku dengan rela hatinya menadah telinga. Disebabkan mereka, aku tidak mampu untuk tidur dengan lena semalam. Kawan Fakrul, Naim, tidak habis-habis mengusik aku bersama Maliq. Katanya kami berdua kelihatan comel apabila bersama.

Comel, my ass!

"Kenapa awak tak bagi tahu saya, Fakrul tu abang awak? Kalau tak mesti kita dah lama jumpa," kata Maliq seraya mengukir senyum.

Aku sekadar membalas senyuman nipis. Tempat duduk di sebelahku diperhati. Mungkin ke Mark tidak hadir ke sekolah pada hari ini? Hati aku tetap berasa bimbang walaupun sudah beberapa hari aku tidak bercakap dengannya. Who knows how dying am I when i'm not talking to him these days?

Pandanganku beralih kepada Tiha Lee yang sedang membaca buku. Hati aku tergerak untuk menanya tentang Mark kepadanya.

"Tiha.."

"Hm?"

Hm? Dia ingat dia siapa mahu 'hm' kan aku? Sudahlah mulut berat mahu menjawab, ditambah pula dengan mata yang langsung tidak sudi untuk memandang aku. Walaupun teragak-agak untuk memulakan perbicaraan pada mulanya, namun setelah seketika aku dapat bercakap dengan lancar.

"Mark tak datang ke hari ni?" soalku.

Buku yang dibaca diletakkan di atas meja. Pandangannya beralih kepadaku dengan sepantas kilat apabila nama Mark disebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa gadis itu amat meminati Mark. Apa salahnya? Mereka berdua saling mencintai. Hati aku terasa pedih tatkala mengenang kembali cerita yang disampaikan oleh Rafa.

"Kenapa kau tanya?" soalnya kasar.

Aku sudah terbiasa. Itulah perangainya apabila Mark tidak berada di sekeliling. Dia akan menggunakan gelaran saya-awak hanya di hadapan Mark sahaja kerana takut diberi pandangan negatif oleh jejaka itu.

Aku senyum nipis. "Saja. Tak boleh ke kalau classmate nak tanya dia datang ke tak?"

Oleh kerana aku tidak mahu perasaan suka itu kelihatan begitu ketara, aku terpaksa berpura-pura tenang apabila berhadapan dengannya. Aku dapat merasakan betapa tajamnya renungan Tiha ketika itu. Renungannya itu seolah-olah mahu menelan aku hidup-hidup.

Tiha tidak menjawab persoalanku. Dia membiarkan soalan itu tergantung sepi. Aku tahu dia benci apabila aku mengambil berat fasal diri Mark. Kalau boleh, Mark itu hanya boleh melayan dirinya seorang sahaja.

"Bangun!"

Tanpa aku sedari, guru mata pelajaran pertama sudah masuk ke dalam kelas. Aku hanya menurut arahan ketua kelas lalu memberi salam sebagaimana yang diarahkan olehnya. Sebaik sahaja subjek Bahasa Melayu itu ingin dimulakan, seseorang mengetuk pintu kelas.

Seisi kelas memandang ke arahnya dengan reaksi tercengang. Tidak pernah pula dia datang lewat ke sekolah sebelum ini. Aku berasa lega setelah melihat Mark masuk ke dalam kelas dengan nafas yang tercungap-cungap. Sekurang-kurangnya dia ada bersama pada hari ini walaupun aku tidak menegurnya. Bersama-sama dengannya pada setiap hari sudah cukup membuatkan aku bahagia meskipun dia tidak dapat aku miliki.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now