BAB 6 : The Reason of Absent

2K 212 27
                                    

RAFA'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAFA'S POV

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam pasar raya itu, aku tercari-cari kelibat seseorang. Mata aku mula bersinar-sinar apabila ternampak Hakim yang sedang menunggu di sebuah gerai makanan berdekatan dengan entrance pasar raya Medifa. Aku melihat kopi ais yang hanya tinggal sedikit di dalam gelasnya. Mesti dah lama dia menunggu, fikir aku.

"Say-"

Baru sahaja aku mahu memanggil jejaka itu, mata aku sempat menangkap kelibat seorang lelaki bersama seorang perempuan yang duduk di meja belakang Hakim. Bukankah itu Mark dengan Tiha? Aku mengecilkan anak mata. Memang sahih, lelaki yang sedang bergelak tawa itu adalah Mark, lelaki pujaan Cafieka.

'Mereka nampak macam pasangan kekasih. Patutlah dua-dua tak datang hari ni. Rupa-rupanya sibuk dating dekat sini. Kesian Cafie,' hati aku mula berkata-kata. Rasa geram dan kasihan muncul pada masa yang sama.

"Sayang, awak buat apa dekat situ?" soal Hakim yang menyedari kehadiran aku disitu.

"Urm.. Tak ada apa. Jomlah kita pergi dari sini. Sakit hati pula tengok pasangan couple sampai tak datang sekolah ni," perli aku dalam nada perlahan.

Hakim yang masih terpinga-pinga hanya menurut kehendak gadis itu. Sedari tadi dia hanya memandang pasangan lelaki dan perempuan yang duduk di meja belakang. Dia yakin buah hatinya itu sedang memerhati mereka sebentar tadi.

CAFIEKA'S POV 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

CAFIEKA'S POV 

Usai habis mandi, aku terus bersiap-siap untuk turun makan malam bersama famili tercinta. Hari ni mama masak makanan kegemaran aku tapi semuanya tak cukup untuk menarik perhatian aku. Fikiran aku melayang lagi.

"Dik.. tak nak makan ke?"

Suara mama sekadar menyapa gegendang telinga aku. Aku dah tak mampu fikir apa-apa selain Mark. Haish, susahlah kalau dah jatuh cinta ni. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.

"Adik?"

Suara mama kedengaran di awangan lagi. Aku terbayang waktu mula-mula aku mengenali Mark dulu. Saat di mana dia hadir bagaikan kesateria hitam yang menyelamatkan aku daripada dibuli sekumpulan perempuan gedik menggeletis.

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now