BAB 41 : The Last Meet

1.6K 145 1
                                    

MARK POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MARK POV

Dia dah bahagia, bersama lawan aku sendiri.

Cincin pada jari manisnya yang berkilauan serba sedikit menyakitkan hati aku. Mereka dah kahwin ke? Atau masih dalam pertunangan? Ah, aku mahu tahu tapi dalam masa yang sama tak ingin hati ini hancur. Rasanya sekarang aku faham perasaan Cafieka ketika dia melihat aku berkahwin dulu.

Sepatutnya aku menolak.

Argh, aku terlampau bodoh sebab takutkan 'ayah' aku.

"So, macam mana sekarang? Awak dah bekerja?"

Gadis itu memerhati aku.

Argh, pandangan dia saja membuatkan hati ini tak tenteram. Gila, dia kepunyaan orang, Mark.

"Saya baru balik Malaysia. Jadi saya masih mencari.  Awak?" soalnya kembali.

"Macam yang awak tengok, kafe ni saya yang—"

"Ehem!"

Melissa mencelah.

"Aish, yela yela. Kafe ni atas nama saya dan adik. So, kiranya saya kerja sendiri jela. For now verything is good."

Good timing!

Tiha turut hadir pada masa yang tepat. Usai menyapa teman-temanku yang lain, dia duduk bersebelahan dengan aku. Wajah gadis di hadapan aku sebentar tadi berubah sedikit apabila melihat Tiha hadir.

Maliq menarik perhatian gadisnya lalu kami berdua terputus perbualan di tengah jalan. Aku mengeluh.

"Kenapa tak cakap dengan Cafie?" soal Tiha dalam nada perlahan.

"Tak tau la. Dia macam mengelak. Mungkin sebab dia akan jadi isteri orang nanti," gumamku sambil memerhati cincin pada jari manisnya.

"Jangan gitu, awaknya. Cuba tanya betul-betul."

"Hm nantilah. Makanlah, saya nak pergi tengok Melissa ngan Bell kat dapur," kataku, segera beredar dari situ.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now