BAB 16 : Fakrul and His Friends

1.7K 186 7
                                    

"Kejap Cafie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kejap Cafie. Aku dah ingat apa yang aku nak bagi tahu kau hari tu!"

Keningku terangkat spontan. "Apa dia?"

Rafa memandang aku dengan reaksi serba salah. Aku cuba untuk bersabar menunggu perkara yang ingin disampaikan oleh Rafa walaupun pada hakikatnya aku ingin Rafa lekas memberitahu.

"Kau ingat tak hari yang Mark dan Tiha sama-sama tak datang sekolah tu?"

Aku mengangguk.

Aku semakin gementar apabila Rafa melibatkan nama Mark bersama Tiha.

"Sebenarnya diorang tak datang sekolah sebab.. diorang sibuk dating dekat mall hari tu. Aku nampak diorang makan sama-sama dekat satu cafe ni. Diorang nampak rapat sangat masa tu. Aku rasa betul laa yang diorang tu couple walaupun Mark selalu nafi."

Auch, my heart babe.

Gambar-gambar Mark hasil daripada proses 'stalking' aku dilihat satu per satu. Penuh galeri dengan gambar Mark sahaja. Mark memang jarang memuat naik gambar ke laman sosial. Kebanyakan gambar diambil daripada laman akaun Instagram milik adiknya, Melissa. Malah, aku juga berjaya membuktikan bahawa diri aku seorang 'stalker' yang berjaya dengan kejayaan mencari akaun Instagram milik ayah dan ibu Mark.

Pendek kata, aku mengikuti kesemua akaun Instagram milik keluarga Mark dengan sukses. Namun, semenjak munculnya kehadiran Tiha Lee ini, semuanya tidak berjalan dengan lancar bagi aku. Patutkah aku menyalahkan gadis itu atas sebab Mark tidak menyukai aku kembali? Tiha sememangnya cantik. Memang logik sekiranya jejaka itu terpikat dengan kejelitaannya.

Aku apa saja ada? Aku hanyalah sebiji kentang.

"Adik, kau teman aku pergi beli barang kejap."

Suara Fakrul kedengaran dari luar. "Tak berminat. Kau pergi laa s.."

"Tealive!"

"Ok ok.. Jangan tarik balik eh."

Aduhai Cafieka. Cepat betul kau jatuh dalam perangkap. Ini semua Tealive punya fasal. Kalaulah aku tak ketagih dengan minuman tu kan bagus. Tak adalah melayang RM10 sekali beli.

"Aku nak dalam seminit, kau turun. Lambat tinggal."

Serupa tak payah ajak.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now