PROLOG

3.8K 298 71
                                    

Tahun pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun pertama

"Cafieka Adnum binti Ahmad."

Aku perasan kebanyakkan orang di dalam kelas itu mentertawakan aku kerana keunikan nama aku. Aku pun tak faham kenapa nama aku Cafieka, dan bukannya Syafika ataupun Syafiqah.

Aku hiraukan mereka. Melihat mereka hanya membuatkan aku malu sehingga mahu membenamkan kepala di dalam tanah. Hari ini merupakan hari orientasi aku di sekolah menengah.

Aku masih belum ada kawan. Al-maklumlah, sifat pemalu aku ni semakin teruk apabila berhadapan dengan suasana baru. Aku duduk di meja kosong, jauh daripada semua orang.

Puan Ainon, selaku guru kelas mengedarkan borang kepada kami untuk diisi. Disaat aku mahu mengisi borang, seorang lelaki datang ke tempat aku.

'Mungkin dia baru sampai,' fikirku lalu menghiraukan kehadirannya.

Tidak sampai lima minit, meja yang didiami aku dipenuhi oleh pelajar perempuan lain. Mata mereka tertumpu pada lelaki di hadapan aku. Meja di kawasan aku ada lima buah yang digabung bersama.

"Nama awak apa?"

"Awak tinggal dekat mana?"

"Nak nombor telefon boleh?"

Aku memandang wajah lelaki itu. Padanlah, dia diserang berbagai soalan. Kacak sungguh tuan empunya badan. Sayangnya, lelaki itu langsung tidak menjawab persoalan mereka. Ceh, jual mahal.

"Ada correction tape?" tiba-tiba lelaki itu menyoal.

Terkejut aku dibuatnya. Dahlah dia tanya semasa aku perhati muka dia. Spontan aku mengangguk. Tangan aku menggelabah mencari correction tape dalam pencil case.

"Tak payah pinjam dia punya. Guna saya punya," ujar gadis di sebelahnya.

Lelaki itu memandang si gadis dengan pandangan dingin. "Aku tak minta kau. Pergi main jauh-jauh please."

Pandangannya beralih pada aku. "Mananya?" soal lelaki itu lagi.

Sepantas kilat, aku menghulur correction tape yang diminta. Takut pula aku dengan lelaki ni. 

Siti menghentak kaki tanda geram. Perempuan secantiknya ditolak mentah-mentah oleh lelaki kacak itu. Tanpa menunggu lebih lama, dia dan rakan-rakan beredar dari situ.

"Nama kau apa?"

Aku teragak-agak. "Capieka."

"Ouh. Nice name."

Buat pertama kalinya, orang memuji nama aku. Bahagianya rasa. Aku tersipu malu. Entah kenapa aku cepat sangat rasa malu. Dia cuma puji nama sahaja yang cantik, bukannya tuan empunya nama.

"Err.. nama awak?"

"Mark."

Mark? Bukan orang Melayu ke? Aku bingung.

"Muhammad Markimi Bin Rafiq."

Markimi mengangkat tangan dengan muka selamba. Wah, nama dia juga unik. Mark, nama awak unik tau.

"Apa pandang-pandang?" Markimi menyoal.

"Err.. tak ada apa."

Muka aku merah padam disebabkan malu ditegur. Aku menunduk untuk mengelak daripada terpandang dia.

"Weh Caca!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Weh Caca!"

"Nama saya Cafieka laa."

Mereka ketawa. "Tak kisahlah. Kau duduk semeja dengan Mark kan? Kau tahu tak apa-apa pasal dia? Kalau tahu, share la dengan kami." Kumpulan paling diva dalam kelas aku mula bersuara.

"Awak tanyalah dia."

"Kau tak nak bagi tahu la ni?" soal Nadia geram. Sinis dia tersenyum.

"Bukan macam tu.."

"Dahtu apa?"

"Saya tak nak bocorkan maklumat peribadi seseorang dekat orang lain. Kalau awak nak, awak tanyalah dia sendiri." Aku mempertahankan diri. Aku sangka mereka akan berputus asa. Ternyata aku silap apabila muka aku ditampar kuat oleh Nadia.

"Kalau aku suruh kau buat, kau buat jela. Jangan banyak soal." Nadia bengang.

"Tapi.."

"Ishhh.. kau ni memang nak kena."

Aku menutup mata. Sakit kena tampar ni bukan boleh bawa main. Dahlah tangan Nadia tu lagi besar daripada aku. Melekat kesan tapak tangan dia dekat muka aku nanti.

Pelik.

Lima saat sudah berlalu namun pipi aku masih tidak terasa bahangnya. Aku membuka mata.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Mark muncul dengan penuh gayanya. Urat-urat di tangan jelas kelihatan tatkala dia menghalang tangan Nadia daripada menyentuh muka aku.

"Kalau kau nak membuli, buli la orang yang setanding dengan kau."

"Ahh Mark.. sakit sakit." Nadia mengaduh kesakitan.

Markimi akhirnya melepaskan pergelangan tangan Nadia. Lintang-pukang Nadia dan rakan-rakannya melarikan diri. Aku menunduk. Malu sungguh. Hari pertama sudah dibuli orang.

"Mark.."

Markimi menoleh.

"Terima kasih."

"Itu untuk correction tape," kata Markimi lalu beredar dari situ.

Aku tersenyum. Aku tak tahu kenapa jantung aku berdegup kencang tika itu.

Maybe, I have crush on him.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now