BAB 2 : First Try of Confession

2.4K 255 47
                                    

Tahun kelima, terakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahun kelima, terakhir.

Bila pejam dan celik berkali-kali, baru aku sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Segala kenangan di sini terlalu indah. Sedar-sedar sahaja aku sudah naik tingkatan lima. Tahun baru, cabaran baru. Tahun ni kena hadap SPM.

"Tahun ni kita last kan?" soal Rafa yang duduk bersebelahan dengan aku.

Angguk pantas mengangguk. "Kau tak nak try confess perasaan kau dekat dia ke?" Pertanyaan Rafa benar-benar membuatkan jantung aku berdegup kencang. Mark yang duduk di meja lain namun hanya bersebelahan dengan aku dipandang lama.

"Kalau boleh memanglah aku nak. Tapi kau rasa dia akan terima ke? Aku dah la nerd, tak lawa pula tu. Nama pun pelik-pelik. Cafieka Adnum. Memang jauh betul dari taste dia." Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengalihkan pandangan aku ke arah papan putih.

"Mana kau tahu dia tak suka perempuan nerd and tak lawa?"

"Well dia handsome kot. Takkanlah boleh suka pada perempuan macam aku." Buku teks dibawa keluar daripada beg lalu dibuka. Mata mula mengimbas tajuk yang akan dipelajari sebentar lagi. Aku perlu berada selangkah ke hadapan.

"Bukan semua lelaki macam tu wahai Cafieka. Ada je yang handsome macam artis dari Korea Selatan tapi taste dia perempuan nerd, tak lawa. Tak tengok drama ke kau ni?" Rafa menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

"What ever Raf. He don't love me. You need to know that."

"Sampai bila nak biar cinta bertepuk sebelah tangan"

Bila difikirkan semula, apa yang dikatakan oleh Rafa ada benarnya juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bila difikirkan semula, apa yang dikatakan oleh Rafa ada benarnya juga. Sampai bila nak biar cinta aku bertepuk sebelah tangan je? Aku perlu buat sesuatu untuk memikat hatinya. Namun, aku terlalu malu untuk berhadapan dengannya. Malah, setiap kali aku bertentangan mata dengannya aku yang akan mengalih pandangan terlebih dahulu.

"Kau boleh buat Cafie. Fighting!" Rafa menolak aku ke arah meja yang dihuni Mark.

Kebetulan pula ketika itu hanya ada Mark di situ. Keberadaan kawan-kawannya yang lain langsung tidak menjadi persoalan aku. Aku terus mendekati mejanya lalu duduk di hadapan.

Daripada jauh Rafa hanya memerhati bersama Chien Li. Entah sejak bila dia mula rapat dengan gadis Cina itu.

"Hai, Mark."

Mata Mark fokus pada aku. Aku mula pelik. Tidak berapa lama kemudian dia membalas sapaan aku dengan jawapan pendek. Kemudiannya dia menyambung makan.

"Awak.. sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu."

"Apa dia?" Seperti selalu, dia menyoal tanpa senyuman. Aneh, tanpa senyuman sahaja sudah sekacak artis Korea. Aku tertanya-tanya bagaimana rupanya apabila dia tersenyum.

"Sebenarnya saya.. saya.."

"Uh huh?"

"Saya... Err.. saya..."

Belum sempat aku berkata apa, aku sudah ditolak ke tepi kerana dianggap mencuri tempat mereka ; kawan-kawan Mark. Hadani dan Izmeer duduk di hadapan Mark sementara Han Yu pula bersebelahan dengan Mark.

Aish!

Aku langsung tiada peluang untuk bercakap dengan Mark. "Apa kau nak cakap tadi?" tanya Markimi ingin tahu.

Aku memandang kawan-kawan dia. Pantas aku menggeleng kepala tanda tiada apa. Tak akanlah aku nak mengaku depan kawan dia pula. Malulah aku kalau ditolak mentah-mentah seperti yang Siti kena.

"Kalau tak ada apa, boleh bla tak?"

Nada Izmeer yang sinis membuatkan aku agak terasa. Hampir meleleh air mata aku. Haih, apalah aku ni. Sudahlah pemalu tahap maksima. Hati tisu pula tu. Sikit-sikit nangis. Mata aku berair tatkala berjalan ke arah Rafa.

"Wui kenapa kau nangis ni? Dia tolak kau?" Rafa menduga.

Aku menggeleng perlahan. "Aku nak pergi tandas."

"Jom aku temankan."

Chien Li menguap sedikit. "I pun nak ikut. Mengantuk sangat mata I ni."

"Jom," ajak Rafa.

Mungkin perasaan ini perlu dipendam selama-lamanya dan tidak perlu diberitahu sama sekali. Kau tak akan berpeluang menduduki takhta hatinya, wahai Cafieka Adnum. Sedarlah akan kenyataan itu.

******

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now