BAB 8 : Things to Talk About

1.9K 203 15
                                    

Hari ini aku berehat bersama-sama Chien Li dan rakan-rakan sebangsa dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini aku berehat bersama-sama Chien Li dan rakan-rakan sebangsa dengannya. Disebabkan hanya aku yang tidak mampu berbahasa Cina ketika bercakap, aku tidak mampu untuk berkomunikasi dengan mereka. Sesekali Chien Li memandang aku. Mungkin dia serba salah kerana membiarkan aku sendirian sedangkan dia rancak bersembang dengan rakan-rakan.

"You tak makan?" soalnya.

Aku hanya menggeleng. Aku tak ada selera nak makan sejak Rafa tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari ni. Kebiasaannya kalau aku makan, mesti semua benda yang jadi dalam kelas aku ceritakan satu per satu. Dekat siapa lagi aku mahu membebel kalau bukan si Rafa?

"Nanti you lapar. Mari. I teman you makan," ajak Chien Li sambil bangkit dari tempat duduknya. Dia meraih tangan aku lalu aku dibawa ke tempat membeli makanan.

"Terima kasih, Chien," ucapku ikhlas. Jujur aku tersentuh dengan layanannya. Walaupun aku tidak begitu rapat dengannya, tapi dia sanggup teman aku untuk menggantikan tempat Rafa buat seketika.

"Aiya.. kita kan kawan. Sama-sama lorh." Gadis berbangsa Cina itu akhirnya tersenyum.

Itu kali pertama aku nampak dia senyum. Selama ni aku hanya lihat Chien Li sebagai seorang perempuan pemalas. Alasannya, setiap kali masa pembelajaran berlangsung gadis itu pasti akan tidur dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Negativiti itu seolah-olah lesap begitu sahaja apabila sisi lain Chien Li kelihatan. Positive vibe.

Aku mengemas buku latihan di atas meja usai siap menyalin nota di papan putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengemas buku latihan di atas meja usai siap menyalin nota di papan putih. Baru sahaja aku mahu mencapai pencil case milikku untuk disimpan, Mark terlebih dahulu meletakkan tangannya di atas pencil case itu. Mata aku pantas menghala ke arah Mark.

"Dah lama aku tak tengok kawan kau yang sorang tu. Dia sakit?" soal Mark tiba-tiba.

Walaupun yang ditanya itu tak berkaitan dengan diri aku, tetapi aku terasa agak bahagia apabila Mark mula berbicara dengan aku. "Rafa balik kampung." Sengaja aku membalas pendek.

'Tanyalah lagi,' bisik hati kecilku.

"Ouh. K la aku balik dulu," balas Mark lalu pergi meninggalkan kelas. Tiha yang sedar akan pemergian jejaka itu lantas bertindak pantas dengan mengejar Mark.

"Abe Mark! Balik sama-sama jom!"

Aku terdengar Tiha menjerit. Aku confused. Dia tu betul ke orang Korea?

Mark melepaskan keluhan berat tatkala pembantu rumah menyampaikan berita bahawa ayahnya akan tiba di rumah pada waktu malam nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mark melepaskan keluhan berat tatkala pembantu rumah menyampaikan berita bahawa ayahnya akan tiba di rumah pada waktu malam nanti. Tie yang terasa seperti mencekik leher itu dilonggarkan secara kasar. Ketukan di pintu bilik kedengaran. Walaupun tiada suara menyapa, namun Mark mengenali gerangan itu.

"Masuk."

Sebaik sahaja ibunya masuk, Mark terus duduk di katil tanpa sebarang kata. Dia seakan mampu mengagak apa yang mahu diperkatakan oleh ibunya itu.

"Mark, ibu nak kamu bersiap-siap untuk malam ni. Ayah akan sampai rumah malam ni. Boleh tak kalau kamu ikutkan kehendak ayah walaupun susah? Ibu harap kamu tak hampakan ayah."

Mark menjeling. "Kenapa ibu tanya kalau Mark tak diberi pilihan untuk kata tidak?" Mark membalas dengan nada dingin.

Datin Annisa hanya mendiamkan diri. "Apa-apa pun, ibu harap sangat malam ni akan jadi malam yang aman," ujar Datin Annisa lalu pergi meninggalkan ruangan persendirian anak sulungnya itu. Mark mengeluh.

"Aman? In your dream mum."

Pakaian diperkemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian diperkemas. Tidak sampai lima minit, dia sudah pun segak bergaya. Mark memerhati pantulan imej di dalam cermin pada pintu almarinya. Hanya sepuluh minit masa diperuntukkan untuk dia bersiap pada malam itu. Anak mana perlu tampil bergaya di hadapan ayah sendiri? Lebih-lebih lagi ianya hanya di dalam rumah. Such a nonsense thing to do.

"Tuan, Dato' dah sampai," maklum pembantu rumah.

Mark mengangguk perlahan lalu kelibat pembantu rumah itu pun segera menghilang dari pandangan. Anak tangga dituruni penuh tenang. Kelibat Datin Annisa kelihatan di ruang tamu, jelas wanita itu sedang menunggu anak sulungnya itu bersiap. Di samping Datin Annisa, Melissa, anak kedua dan terakhir dalam keluarga turut kelihatan.

Kedua-dua kaum hawa itu tampak anggun dengan sedikit sentuhan solekan. Mark hanya menggelengkan kepala. 'Bersolek sakan diorang ni,' desisnya di dalam hati.

Deruman kereta kedengaran. Mereka bertiga pantas menuju ke arah pintu untuk melihat. Kelibat seorang lelaki berumur 50-an kelihatan keluar daripada sebuah kereta dengan tongkat di tangan. 'Itulah dia, hero keluarga,' perli Mark di dalam hati.

Mark menghulur tangan untuk bersalam. Hulurannya itu hanya diperhati oleh Dato' Rafiq tanpa sebarang tanda-tanda untuk menyambutnya. Perlahan-lahan Mark menarik semula tangannya yang tidak disambut. Mark hanya memerhati lelaki tua itu bersalaman penuh mesra bersama isteri dan anak perempuan kesayangannya, Melissa.

Senyuman palsu menghiasi wajah. Setiap kali ayahnya pulang, pasti sukar untuk melihat dua orang anak-beranak ini berbaik-baik. "Mark.."

Mata aku menjawab dengan terus memandang ke arah lelaki tua itu. "Ayah nak cakap sikit dengan kau lepas makan malam nanti. Ada hal penting," nadanya sedikit dingin berbanding sebelum ini. Mark dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

'Apa lagi yang orang tua ni nak?' Hatinya meronta meminta dibebaskan daripada terus dibelenggu Dato' Rafiq.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now