BAB 13 : You're Fired!

2K 188 7
                                    

Rafa dan aku mengulangkaji pelajaran dengan diam sementara Mark dan Maliq saling bertentangan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rafa dan aku mengulangkaji pelajaran dengan diam sementara Mark dan Maliq saling bertentangan mata. Sesekali Mark menjeling jejaka itu. Tiba-tiba sahaja Maliq menjerit sehingga hampir semua yang duduk semeja dengan mereka menjeling jengkel.

"Kenapa? Awak sakit ke?"

Maliq memerhati Mark. Lelaki itu tersenyum puas selepas berjaya menendang kaki Maliq sehingga membuatkan orang lain marah akan lelaki itu. Maliq menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Kebas pula kaki ni," ujarnya memberi alasan.

"Ouhh.." Aku pun mengalihkan pandangan ke arah Mark pula. Buku latihan ditarik ke arahnya lalu pelbagai soalan ditanya dengan alasan tak faham. Hanya itu alasan yang aku mampu lakukan untuk meraih perhatiannya. Mark senyum sinis tatkala melihat Maliq.

Maliq hanya mengetap gigi.

Dia memerhati kedua-dua mereka yang duduk di bahagian hadapan. Dia perasan sesuatu. Senyuman hampa terukir di bibir. Kepala ditunduk menghadap meja.

Mark tiba di hadapan pintu rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mark tiba di hadapan pintu rumah. Pintu diketuk beberapa kali sebelum seorang pembantu rumah datang membukanya. Sebaik sahaja pintu dibuka, matanya membulat. Kenapa Melissa pula yang buka pintu?

"Pembantu rumah kita tak boleh diharap. Buka pintu pun kita yang kena buat," Melissa terus membebel.

Aku tersenyum. Langkah diatur ke dalam rumah. Beg dicampak sahaja tanpa mengira tempat. Setelah itu tubuh pantas dihumban ke sofa akibat kepenatan. Nama saja anak orang kaya, tapi tak ada kereta mahupun motor sendiri.

"Mana papa mama?" soal Mark apabila merasakan kekosongan rumah tersebut.

Rasa aneh apabila mama tidak menyambut kepulangannya pada kali ini. Ke mana wanita tua itu pergi? Melissa mengangkat bahu. Automatik kening aku terangkat sebelah.

"Kau buat apa je dekat rumah? Mama papa pergi mana pun tak tahu."

"Orang dah katakan, pembantu rumah kita ni tak guna. Semua kerja aku yang buat. Nasib baik maid tu masak untuk orang. Kalau tak masak, memang terbakarlah dapur tu aku masak."

Mark hanya mampu menggelengkan kepala. Memang patut dipecat semua pembantu dalam rumah ni.

"Ouhh ya.. petang tadi ada sorang lelaki tua datang rumah. Orang tak sempat nak perkenalkan diri, papa mama terus halau aku pergi bilik." Melissa memberitahu hal petang tadi kepada abangnya itu sebaik sahaja dia teringat.

Aku semakin buntu. "Alat kawalan tu mana?"

"Ni haa.. diorang tu susah sikit nak datang kalau abang tekan pun. Jenuh nak menunggu diorang datang," ujar Melissa lalu menyerahkan alat kawalan kepada Mark.

Mark mendengus kasar. Butang di alat kawalan itu ditekan. "Arahan daripada tuan muda Markimi kepada semua pembantu rumah ini, sila datang ke ruang tamu dalam masa 10 saat. Sesaat lambat, bersiap sedia untuk dipecat."

Melissa ketawa. "10 saat? 10 minit, mungkin."

Tiba-tiba, satu rumah itu riuh dengan bunyi kiraan satu hingga sepuluh. Tidak sampai lima saat, sesetengah pembantu rumah tiba di ruang tamu.

5..

6..

7..

8..

9..

10..

Beberapa orang pembantu rumah yang baru tiba tergamam melihat Mark di ruang tamu. Jarang-jarang jejaka itu memanggil mereka sebegitu.

"Tahniah, anda semua dipecat." Senyumannya bertukar sinis.

Fikirannya mulai kusut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fikirannya mulai kusut. Langkah diatur ke bilik air untuk membersihkan diri. Nasib baik kedua-dua ibu bapanya itu tiada di rumah. Kalau tidak, entah drama apa pula yang timbul pada waktu malam begini.

Baju dibuka. Tuala diambil lalu menutupi sebahagian tubuh. Tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat. Tanpa sempat Mark membalas apa-apa, Melissa terlebih dahulu masuk ke dalam bilik.

"Woi, tak reti nak tunggu aku balas dulu ke sebelum masuk? Main terjah je bilik orang!" Mark terus menutup badannya yang terdedah dengan tangan. Walaupun dengan adik sendiri, dia tetap berasa malu.

Melissa menggulingkan bebola matanya. "Badan kau bukannya lawa pun untuk aku tengok."

Mark menjeling adiknya. 'Badan aku tak lawa? Ok, think logic la. Mana ada adik yang puji abang dia dalam dunia ni. Kebenarannya, badan aku memang lawa,' monolog Mark sambil tersengih.

"Mama papa dah balik?" soalnya.

Melissa mengangguk. "Tapi diorang langsung tak cakap apa-apa sejak balik tu."

Dahinya automatik berkerut. Kalau ayahnya tidak membuka mulut, itu merupakan perkara biasa. Tapi, kalau ibunya juga tidak berkata apa-apa dalam sehari, itu memang luar biasa. 'Apa sebenarnya yang jadi ni? Siapa yang papa dan mama jumpa sampai diam tak terkata?'

"Aku keluar dululah. Busuklah duduk sini lama-lama. Orang tu tak mandi lagi." Melissa ketawa mengejek.

Mark mempamer buku lima. 'Ada juga yang kena budak kecil ni nanti,' bisik hati kecilnya yang hanya mampu bersabar melayan karenah adik bongsunya itu.

"Ouh ya.. one more thing. Janganlah kasar sangat dengan pembantu rumah. Diorang semua cuak do!" Melissa ketawa.

Mark sekadar tersenyum sinis. "I'll show who is the boss at home if they're not doing their work. Is that you called 'kasar'? Kira bersyukur aku hanya nak menakutkan diorang and bukan betul-betul pecat. Dah keluar kau pendek. Orang busuk ni nak mandi, biar wangi bak bunga kasturi."

"....."

Boom!

"Kurang ajar ini anak. Tak boleh tutup pintu elok-elok ke? Apa nak jadilah bila besar nanti." Mark menggeleng kepala.

TBC

Option : Yes or Yes ✓Where stories live. Discover now